Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 6 Disember 2010

Pengasas WikiLeaks mahu dedah fail UFO




Penulis Smart Generation berminat mengikuti perkembangan terbaru berkaitan Laman Web WikiLeaks ini yang banyak membuat pendedahan dan dokumen rahsia.Sememangnya hebat Rangkaian Laman Web ini dalam mendapatkan Sumber maklumat dan mengumpulkan hampir ratusan ribu data dan maklumat di Seluruh Dunia.Namun,timbul persoalan sejauh manakah Keshahihan berita yang telah dikeluarkan ini,Mungkin hanya 2 atau tiga berita sahaja yang benar manakala yang lain hanyalah sebagai suatu Propaganda murahan.Masih menjadi tanda tanya.Apa yang lebih penting  adalah Jika benar Pendedahan yang telah dilakukan ini mungkin lebih banyak konspirasi di Dunia ini akan di dedahkan.Namun tiada pendedahan berkaitan Negara Haram Yahudi?Siapakah di Sebalik Pengasas Laman Web WikiLeaks ini?



LONDON - Pengasas laman WikiLeaks, Julian Assange (gambar) memberitahu bahawa satu kabel diplomatik yang akan didedahkannya adalah berkaitan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO).
Assange yang berasal dari Australia yang dikehendaki oleh polis Interpol berhubung dakwaan rogol dan serangan seksual di Sweden menyatakan terdapat rujukan mengenai kehidupan makhluk asing yang belum disiarkan.
Menurutnya, fail itu diperoleh daripada pentadbiran Amerika Syarikat (AS).
Beliau sebelum ini menggegarkan dunia diplomatik apabila mendedahkan lebih 200,000 maklumat rahsia kedutaan AS.
Maklumat itu turut mengandungi penilaian oleh pegawai-pegawai AS terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan dunia.
Rahsia itu turut mendedahkan senjata nuklear AS selain menyebabkan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton membuat penjelasan bahawa pendedahan maklumat tersebut tidak akan menjejaskan hubungan AS dengan negara-negara di dunia.
Sementara itu, peguam Assange, Mark Stephens memberitahu bahawa usaha untuk menangkap anak guamnya itu atas dakwaan serangan seksual sebenarnya bermotifkan politik.
Pada Jumaat lalu, Assange mendedahkan dalam satu sembang di Internet bahawa beliau telah meningkatkan kawalan keselamatan selepas menerima ancaman bunuh. - Agensi


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse