salam kepada semua..
Penulis Smart Generation mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Berkovensyen buat semua Ahli Pakatan Rakyat yang akan berkumpul di Dewan Milenium,Kepala Batas Pulau Pinang pada 19 desember pada Ahad iaitu esok.Semoga semua Ahli Pakatan rakyat dapat memastikan bahawa segala Pelaksanaan Agenda dan Muafakat dalam Pakatan Rakyat akan terlaksana dan terus di pertahankan.
Kovensyen ke-2 Pakatan Rakyat ini merupakan satu cabaran terbesar buat Gabungan Parti PKR,PAS dan DAP ini sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.Kekuatan dan semangat dalam membawa Agenda Perjuangan Rakyat harus di terjemahkan supaya rakyat tidak melihat bahawa perjuangan ini sebagai suatu Perjuangan yang retorik.Pakatan Rakyat harus berani mengistiharkan Prinsip perjuangan parti mereka terutama dalam isu Negara ini yang di anggap sensitif dan bakal memecah belahkan pakatan rakyat terutama dalam isu Menubuhkan Negara Islam dan juga isu hak dan keistimewaan orang melayu.Rakyat perlu tahu sejauh mana mereka boleh mempercayai Pakatan Rakyat untuk memastikan bahawa Kedaulatan Melayu akan terus terpelihara dan Negara ini tidak akan menjadi negara Sekular seperti yang di inginkan oleh DAP.
Pakatan Rakyat sudah tentu akan mengalami masalah jika Kovensyen yang diadakan pada hari esok berjalan dalam keadaan yang tidak dijangkakan.Mereka sudah pasti tidak mahu menyentuh isu-isu sensitif yang boleh meretakkan hubungan yang telah di bina secara bersama untuk menuju ke Putrajaya.Adakah gabungan ini sekadar mahu menang Pilihan Raya Umum dan menuju ke Putrajaya dan selepas terbentuknya Kerajaan nanti mereka akan berpecah dan bergaduh sesama sendiri menuntut hak masing-masing.Sudah tentu janji Anwar Ibrahim untuk meletakkan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri harus di tunaikan dan bagaimana jika orang-orang melayu di negara ini akan mebantah sekeras-kerasnya perkara ini.Sudah tentu laluan getir dan sukar yang harus di lalui oleh Pakatan Rakyat.
Semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskankesepakatan politik.Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.Kenyataan ini dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Aziz sempena Kovensyen pada hari esok.
Penulis Smart Generation mengharapkan Pakatan Rakyat harus benar-benar membuktikan kepada rakyat bahawa mereka adalah Pilihan terbaik buat rakyat Malaysia.Jika Pakatan Rakyat gagal untuk memastikan perkara ini cita-cita dan matlamat untuk ke Putrajaya tidak akan kesampaian.Apa yang pasti adalah Rakyat akan memilih pimpinan negara yang benar-benar dapat menjamin kestabilan dan keamanan serta menjaga kebajikan rakyat.Rakyat adalah penentu dalam sistem Demokrasi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan