Salam kepada semua..
Penulis Smart Generation mengucapkan tahniah kepada kerajaan Negeri Pahang kerana telah memberikan tanah kepada Majlis Ugama Islam Pahang untuk membina rumah untuk fakir dan miskin yang terdapat di Negeri Pahang.Usaha yang di ambil oleh kerajaan di Negeri Pahang ini harus di puji kerana memberikan sedikit bantuan kepada golongan fakir dan miskin.Sememangnya golongan fakir dan miskin ini sudah tentu begitu sukar untuk mencari rumah dan penempatan untuk mereka berlindung.``kais pagi makan pagi,kais petang makan petang`` itulah ungkapan yang selalu kita dengar untuk menilai golongan ini.Kalau mereka tinggal di rumah sewa atau tanah sewa sememangnya menjadi satu bebanan buat golongan ini untuk membayar sewa.Nak makan pun tak cukup duit,inikan pula nak bayar sewa rumah.Semoga Kerajaan Negeri Pahang terus Prihatin kepada golongan yang memerlukan ini.
Berikut merupakan kenyataan mengenai perkara ini:-
Kerajaan negeri Pahang bersedia memberikan tanah kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bagi tujuan pembinaan rumah untuk golongan fakir dan miskin.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sumbangan berkenaan adalah sebagai usaha kerajaan negeri membantu golongan yang tidak berkemampuan menerima bantuan pembinaan rumah daripada pihak MUIP.
"Kita (kerajaan negeri) berikan kawasan tanah, MUIP pula guna duit zakat yang dikutip membina rumah untuk mereka yang layak,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan zakat perniagaan korporat 2010 di sini, hari ini.
Beliau berharap lebih banyak syarikat korporat menyumbangkan zakat kepada MUIP bagi membolehkan pengagihan bantuan dapat dilakukan dengan lebih efisien untuk mereka yang layak. — Bernama
1 ulasan:
tahniah
Catat Ulasan