salam kepada semua..
Penulis Smart Generation mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana berjaya menduduki ranking ke 57 dalam indeks pembangunan Manusia. Malaysia menduduki ranking ke-57 dari kalangan 169 negara dalam kategori pembangunan tinggi manusia Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).Sememangnya Malaysia mampu mengatasi negara-negara jiran di sekitar asia tenggara dalam pencapaian ini,Namun untuk mengekalkan prestasi ini memerlukan komitmen yang tinggi terutama dalam menghadapi cabaran di kalangan negara-negara membangun yang lain.Pencapaian dan proses pendidikan harus di tingkatkan serta pembangunan modal insan harus direalisasikan untuk Malaysia terus maju ke hadapan...
Berikut merupakan kenyataan berhubung perkara ini:-
Wakil UNDP Malaysia Kamal Malhotra berkata nilai HDI Malaysia naik dari 0.541 ke 0.744 antara 1980 dan 2010, kenaikan 38 peratus atau peningkatan purata tahunan kira-kira 1.1 peratus.
"Malaysia berada pada ranking ke 19 dari segi penambahbaikan HDI dalam tempoh ini, di belakang China, Korea Selatan, India dan Indonesia tetapi di hadapan Thailand.
"Dalam tempoh 40-tahun dari 1970 ke 2010, Malaysia menduduki ranking ke 23 dari segi prestasi HDI, sementara prestasi pendapatannya di ranking ke 5 dan prestasi bukan pendapatan di 66, ketara menurun dalam ranking keseluruhan," kata beliau.
Beliau memberi taklimat media selepas melancarkan Laporan Pembangunan Manusia UNDP 2010 bertajuk "The Real Wealth of Nations: Pathways to Human Development", sempena ulang tahun ke 20 laporan itu, di Pusat Konvensyen KualaLumpur (KLCC), di Kuala Lumpur hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Noriyah Ahmad, dan Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, Datuk Dr Mahani Zainal Abidin.
Malhotra berkata jangka hayat Malaysia dari masa lahir meningkat sebanyak lapan tahun antara 1980 dan 2010, bermakna tahun persekolahan meningkat kira-kira lima tahun dan tahun persekolahan yang dijangkakan meningkat kira-kiratiga tahun.
Per kapita Pendapatan Negara Kasar (GNI) Malaysia meningkat sebanyak 173 peratus dalam tempoh yang sama dan Malaysia menyaksikan jangka hayat dari masa lahir meningkat dari 73.7 tahun ke 74.7 tahun antara 2005 dan 2010, sementara per kapita GNI bertambah dari US$12,143 ke US$13,927, katanya.
"Malaysia perlu mereka dan melaksanakan dasar dan gabungan institusi yangbetul, dan menjamin perkongsian kukuh antara kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta bagi mempertingkatkan kedudukannya.
"Ini kerana Malaysia akan berdepan dengan cabaran sukar untuk menduduki ranking lebih tinggi pada HDI di masa depan ekoran banyak negara ekonomi baru dibeberapa bahagian dunia mencapai prestasi baik," katanya.
Sementara itu, Noriyah berkata menambah baik sektor pendidikan akan mengambil masa dan kerajaan sedang mengambil langkah seperti mempertingkat modal insan dan mempelawa bakat-bakat seberang laut ke Malaysia.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan