Salam kepada semua..
Pada Hujung Minggu ini Penulis Smart Generation meluangkan masa untuk hadir ke Kuala Lumpur International Motor Show 2010 yang kini sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Wah..memang cukup meriah sekali sambutan yang telah diberikan oleh para pengunjung terutama yang berada di sekitar Ibu Kota.Memang Hebat dan Dahsyat sekali pameran ini dengan pelbagai Model Kereta terkini.Tapi..tiket untuk masuk pameran ini punyalah mahal..RM 20.00 seorang...tapi nak buat macam mana..nak tengok kan..kenalah bayar juga..Ada cabutan bertuah juga..Hadiahnya Lumayan..mestilah Kereta kan..Harap-harap adalah rezeki menang hadiah kereta kat KL International Motor Show ni..ameen...Tapi yang paling menarik sekali adalah Model kereta Proton yang sangat canggih diberikan nama Pahlawan Melayu zaman dahulu kala..Tuah,Jebat,Lekir,Lekiu dan Kasturi.Perodua juga ada memperkenalkan model baru yang tidak kurang hebatnya iaitu Bezza..Wah..Pameran terbesar kali ini memang menarik sekali..Ramai betul Jurugambar yang datang...Sesiapa yang ada peluang...datanglah saksikan Pameran Kereta Terbesar ini kerana diadakan sehingga 12 desember ini.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan