Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 31 Disember 2010

NOVEL INTERLOK MENGHINA KAUM MELAYU DAN INDIA?MAHU DIHARAMKAN?


Salam kepada semua....

MASYARAKAT INDIA MARAH DENGAN TULISAN NOVEL SASTERAWAN NEGARA DATUK ABDULLAH HUSSAIN ?
SEBAB NOVEL INTERLOK INI DIJADIKAN SEBAGAI TEKS KOMPONEN SASTERA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU (KOMSAS) TINGKATAN 5..

NOVEL INI DIKATAKAN MEMPUNYAI UNSUR PENGHINAAN KEPADA MASYARAKAT MELAYU DAN INDIA DI NEGARA INI..BETUL KAH?

KEMENTERIAN PELAJARAN DAH TARIK BALIK KE NOVEL INI DARIPADA DITERBITKAN?

PERTUBUHAN INDIA MALAYSIA(PRIMA) MAHU MENGADAKAN DEMONTRASI MEMBANTAH PENGGUNAAN NOVEL SASTERWAN NEGARA INI DI SEKOLAH?

PILIHAN RAYA KECIL DUN TENANG PUN MEREKA NAK HANTAR CALON SEBAGAI PROTES KEPADA KERAJAAN MENGENAI ISU INI?
HAHAHA...KERAJAAN PENING KEPALA KALAU ISU KAUM DI MAINKAN...ORANG INDIA SUDAH PANAS..ORANG MELAYU PUN TURUT DI HINA DALAM NOVEL NI...MANA PERGI PEJUANG MELAYU?...

ISU PERKAUMAN MASIH DIMAINKAN TERMASUK DALAM PEMBELAJARAN DI SEKOLAH...


Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini:-


JARANG sekali karya sastera mendapat perhatian meluas daripada masyarakat umum di negara ini seperti diperoleh novel Interlok karya Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Husain, tetapi malangnya atas sebab yang salah.

Interlok yang dipilih sebagai teks Komponen Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk Tingkatan Lima didakwa sebagai karya yang mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu dan India.

Atas alasan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah membuat kenyataan kepada media pada 15 Disember bahawa Interlok ditarik balik serta-merta daripada menjadi teks KOMSAS dan makluman itu disiarkan dalam akhbar pada keesokannya.

Persetujuan Interlok ditarik balik serta-merta didakwa dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman.

Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran.

Buku teks berkenaan didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India.

Bagaimanapun, dakwaan itu bukan saja dinafikan oleh pengarangnya, bahkan dipertikai pengkaji sastera dan persatuan penulis, manakala agensi kerajaan yang terbabit dalam penterjemah novel itu ke bahasa Inggeris turut memperaku novel berkenaan.

Pengkaji sastera, Dr Mohd Hanafi Ibrahim, berkata keistimewaan Interlok adalah kerana ia mengisahkan bangsa Melayu, Cina dan India yang dibina secara terpisah dan diceritakan dalam bentuk mozaik, tetapi menjurus kepada pertemuan penyatuan bangsa seperti dalam bab akhir.

“Plot Interlok dibina dengan jurang perbezaan bangsa yang luas berbentuk fragmen sehingga ia boleh dianggap sebagai mozaik budaya, tetapi jurang berkenaan dikecilkan lalu berjaya memperlihatkan persefahaman bangsa.

“Di sebalik watak dan nilai negatif yang ditunjukkan pengarang, novel ini menonjolkan watak positif untuk memberi keseimbangan dan memperlihatkan nilai terbaik bangsa dimanfaatkan untuk perpaduan kaum,” katanya kepada Sastera di DBP, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hakikatnya Interlok membentangkan sejarah awal dalam era moden di Tanah Melayu dengan kemasukan kaum Cina dan India yang mempunyai faktor penolak di negara asal mereka dan faktor penarik di bumi baru yang didiami.

Interlok sebenarnya sebahagian fragmen penting sejarah negara ini dari zaman penjajahan Jepun, darurat, Malayan Union dan akhirnya kemerdekaan dengan setiap bangsa menyumbang kepada pembinaan negara dan terbabit dalam sistem ekonomi.

“Lihat saja watak daripada Keluarga Maniam yang asalnya buruh, tetapi akhirnya anak mereka, Maniam berkhidmat sebagai inspektor polis, manakala Keluarga Chin Huat dengan bapa yang bersifat kapitalis, tetapi anaknya mempunyai sifat baik hati,” katanya.

Pandangan Dr Mohd Hanafi terhadap Interlok dikongsi Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Mohamed Saleeh Rahamad, yang menegaskan Interlok berada di pasaran sejak awal kemerdekaan tanpa sebarang krisis perkauman atau implikasi buruk.

Interlok bertepatan dengan gagasan 1Malaysia kerana mampu menterjemahkan konsep perpaduan dan kerjasama antara kaum. Alasan novel itu kononnya ada unsur menghina kaum tertentu tidak tepat. Teks berkenaan perlu dibaca secara keseluruhannya bagi mendapatkan mesej sebenar.

“Biarpun ada unsur kejelekan pada sesetengah tempat, pengakhirannya membawa kepada pemahaman bersama bahawa perpaduan antara kaum penting, sekali gus mendaulatkan perpaduan kaum yang bersesuaian sebagai pemangkin perpaduan di kalangan pelajar,” katanya yang juga Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM).

Mohamed Saleeh turut menyifatkan andaian akan berlaku rusuhan atau pembakaran teks tidak sepatutnya timbul dan dakwaan berkenaan tampak bersifat terlalu politikal tanpa dukungan asas yang kukuh.

Mohamed Saleeh berkata, sekiranya Kementerian Pelajaran menarik teks terbabit, ia akan merugikan banyak penerbit dan penulis termasuk buku ulasan, selain DBP sudah mencetak ratusan ribu naskhah untuk diedarkan ke sekolah.

“PENA berharap perkara ini diteliti sebaik mungkin dan dibawa pada peringkat lebih tinggi dengan membabitkan mereka yang pakar bidang serta bukannya diputuskan individu tertentu saja. PENA juga berharap Kementerian Pelajaran mengambil kira kepentingan industri perbukuan negara,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Mohd Khair Ngadiron, berkata kajian mendalam dan teliti perlu dilakukan, sekiranya wujud dakwaan membabitkan isu sensitif ,tetapi sebarang kritikan mesti bukan diada-adakan atau bersifat andaian.

Interlok boleh dianggap karya nadir dalam sastera Melayu yang membincangkan isu pelbagai kaum dengan natijah akhirnya membawa kepada penyatuan bangsa yang berjaya digarap dengan baik oleh Abdullah.

“Oleh sebab itu, kita tidak boleh melihat ayat terpencil atau isu yang diambil di luar konteks novel, sekali gus menidakkan niat suci dan murni pengarang untuk menyatukan masyarakat Malaysia melalui karyanya,” katanya.

Mohd Khair menegaskan, ITNM melihat pelbagai aspek ketika memilih Interlok untuk diterjemah ke bahasa asing termasuk kedudukannya sebagai karya mengenai asal usul dan proses pembentukan masyarakat serta keperluan hidup saling bergantungan yang jarang dihasilkan penulis Malaysia.

“Atas dasar itulah, kami menterjemahkannya ke bahasa Inggeris agar masyarakat dapat melihat rakyat negara ini dengan pelbagai bahasa, budaya dan agama, tetapi masih boleh bersatu untuk memartabatkan kedudukan Malaysia.

“Saya juga percaya panel pemilih KOMSAS melihat kesimpulan akhir novel ini sebagai penyatuan bangsa yang membabitkan proses interaksi dan saling bergantungan untuk memilihnya sebagai teks,” katanya.

Berhubung isu perkataan atau ayat yang menjadi kontroversi, Mohd Khair yakin guru boleh menerangkan kepada pelajar termasuk ketidaksesuaian penggunaannya dalam konteks semasa berdasarkan peribahasa Melayu, yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

‘Saya tidak bersifat perkauman’

SASTERAWAN Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain, menafikan novelnya Interlok yang didakwa menghina bangsa Melayu dan India atau agama mereka seperti didakwa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam.

“Pembacaan teliti dan mendalam terhadap Interlok akan membawa pembaca kepada konsep 1Malaysia janaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Novel itu mengingatkan keburukan pemerintahan kolonial Inggeris yang membiarkan orang Melayu hidup mundur, manakala Cina dan India dibawa masuk ke negara ini bagi mencari wang dan pulang ke negara mereka.

“Bagaimanapun, apabila mereka menetap dan berkeluarga di sini, mereka sudah melupakan niat itu sehingga anak mereka menganggap masyarakat Melayu sebagai rakan mereka,” katanya kepada Sastera ketika ditemui di kediamannya di Puchong dan pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Interlok dipilih sebagai teks untuk Komponan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu (KOMSAS) untuk pelajar Tingkatan Lima sekolah negara ini berkuatkuasa 2011 dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipilih sebagai pencetak novel edisi murid.

Abdullah turut mengimbau proses kreatif Interlok yang dihasilkannya kerana mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, ketika itu mahukan karya sastera yang dapat menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini melalui peraduan mengarang novel.

“Peraduan itu sebenarnya tiada hadiah utama, sebaliknya hanya hadiah sagu hati diberikan. SN Allahyarham Arena Wati mendapat sagu hati pertama, manakala saya pula memperoleh sagu hati kedua. Saya harap pembaca dan masyarakat faham mengenai hasrat sebenar saya sebagai pengarang novel terbabit.

“Amat jelas pada akhir Interlok, Yew Seng yang memerlukan kaki palsu selepas kakinya ditembak dibawa ayahnya Cing Huat ke Kuala Lumpur dan tinggal di rumah anak Maniam, Inspektor Rama Krisynan,” katanya yang menjawab semua pertanyaan Sastera secara bertulis kerana Abdullah kini mengalami masalah pendengaran dan terpaksa berkerusi roda.

Interlok yang mengambil latar 1910 dengan kisah orang India berhijrah ke Tanah Melayu untuk mencari peluang lebih baik dengan semua kasta terpaksa berkongsi satu kapal tanpa niat memperbesarkan aspek penghinaan kasta, manakala keluarga Seman dan Mak Limah yang menjadi mangsa mainan ekonomi.

Meskipun berasa keluarganya dianiayai Cing Huat, Seman dan Mak Limah yang merempat selepas tanah milik keluarganya dirampas selepas kematian suami kerana berhutang RM10,000, tetap mereka tetap menyelamatkan Poh Eng pada zaman darurat.

Pengakhiran novel yang mengambil latar masa 1957 ketika menyambut kemerdekaan negara memaparkan orang Melayu, Cina dan India, masing-masing sudah membina rupa bangsa Malaysia berdasarkan kepada silam masing-masing dan kerana sudah saling mengenali serta berasakan keperluan saling bantu membantu.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse