Penulis Smart Generation pada hari ini ingin mengulas berkenaan Forum Ekonomi Dunia pada tahun ini yang mana Malaysia mencatatkan peningkatan mengagumkan sebanyak lima anak tangga dan merupakan antara 20 negara terunggul dalam indeks pembangunan kewangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) tahun ini, ekoran pertambahan besar pengumpulan matanya, terutama daripada segi kestabilan kewangan hingga mengatasi Singapura.
Kekuatan negara sebagai pusat perbankan Islam juga jelas berdasarkan indeks itu, kata laporan pembangunan kewangan tahunan ketiga Forum Ekonomi Dunia yang dikeluarkan itu.Malaysia meningkat daripada kedudukan ke-22 kepada kedudukan ke-17 dalam indeks keseluruhan yang diterajui oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom.Ia mengumpul jumlah mata yang tinggi dalam kategori kestabilan kewangan - tonggak ketiga dalam merumuskan indeks pembangunan kewangan- ia menduduki tempat ketiga selepas Arab Saudi dan Hong Kong manakala Singapira pula tempat keempat.Laporan itu menetapkan kedudukan 57 sistem kewangan dan pasaran modal terkemuka di dunia, dengan menganalisis pemacu pembangunan sistem kewangan dalam ekonomi negara maju dan baharu sebagai alat perbandingan bagi negara-negara untuk menentukan keutamaan bagi reformasi.Seperti tahun lepas, kata laporan itu, ekonomi-ekonomi pasaran baharu mencapai prestasi yang baik dalam bahagian kestabilan kewangan indeks itu, dan ini termasuklah Malaysia, Chile, Brazil, Republik Slovak, Mexico, Maghribi, China dan Peru.Malaysia, yang melonggarkan pelbagai bidang dalam subsektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan kewangan juga diberikan ditempatkan pada tangga ke-18 di kalangan negara-negara dunia dalam perkhidmatan kewangan bukan perbankan.Antara tonggak yang digunakan dalam merumuskan indeks itu ialah persekitaran institusi; persekitaran perniagaan; kestabilan kewangan, perkhidmatan kewangan perbankan; perkhidmatan kewangan bukan perbankan; pasaran kewangan; dan akses kewangan.Kekuatan negara ini sebagai sebuah pusat perbankan Islam terus terbukti apabila ia kekal pada ditangga ke-12 dalam tonggak perbankan, satu tahap penzahiran kewangan sebagai penyumbang utama kepada kedudukannya itu.Bagi akses kewangan, ia menduduki tempat ke-20
Namun begitu projek-projek kerajaan yang tidak bermanfaat, dan meminggirkan soal melaksanakan dasar-dasar yang efektif menyebabkan Malaysia corot dalam indeks daya saing dan rasuah.Tahun demi tahun, Malaysia gagal mendapat tempat di kumpulan teratas indeks antarabangsa.Forum Ekonomi Dunia melaporkan Malaysia terus jatuh dari tahun ke tahun, dari tempat ke 21 ke 26, dalam Indeks Daya Saing sedunia.Kerajaan Pusat harus meneliti saranan Forum Ekonomi Dunia yang menggesa Malaysia mengambil langkah drastik untuk memulihkan kebebasan badan kehakiman dan institusi awam bagi menghentikan penurunan prestasi negara dari tahun ke tahun. ekonomi Malaysia akan terus tempang, dan rakyat akan terus tertekan,jika terdapat pemimpin-pemimpin negara yang mendorong pemerintah untuk mencabul sistem politik, ekonomi dan undang-undang.Sistem kehakiman yang benar-benar bebas dan tidak memihak kepada kekuasaan adalah ciri-ciri utama yang meletakkan negara seperti Switzerland mengungguli carta 10 ekonomi terbaik di dunia.kerajaan perlu melihat dan menghadami keresahan rakyat dan pelabur apabila rasuah dan penyelewengan kuasa semakin membudaya lalu membawa kerosakan yang bukan kepalang.kerajaan persekutuan jangan hanya mengejar slogan dan pencapaian astetik 1 Malaysia, tanpa perlaksanaan dasar-dasar wajar.Berhadapan dengan kedudukan ekonomi sebegini, ternyata generasi akan datang terpaksa jua menanggung permasalahan yang diakibatkan oleh ketirisan seperti rasuah, kelemahan pengurusan serta tamak membolot khazanah negara.
Penulis melihat bahawa kerajaan harus memandang serius kelemahan yang terdapat dalam laporan yang telah dikeluarkan oleh Badan Forum Ekonomi Dunia ini dan juga mengatasinya bagi memastikan Program Transformasi Ekonomi kerajaan terus berjaya dan Negara akan menjana Ekonomi Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020.Tahniah juga Penulis ucapakan atas kejayaan dalam peningkatan indeks pembangunan kewangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) tahun ini.Semoga ekonomi Malaysia akan terus kukuh dan maju seiring dengan kemajuan yang telah dicapai oleh negara-negara maju yang lain.
sekian,
Penulis:Mohd Asri Zulkifli,Pelajar Tahun Akhir Universiti Malaya.
2 ulasan:
wow...malaysia naek 5 anak tangga....terbaek r
tahniah utk mesia..dh byk improvement
Zip Bed : Bagi Mereka Yang Malas Mengemas Katil
Catat Ulasan