Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 28 November 2010

MENDIANG TUN DR LIM CHONG EU DALAM KENANGAN



salam kepada semua..

PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA  TUN DR LIM CHONG EU ATAS KEMATIAN BEKAS KETUA MENTERI PULAU PINANG SELAMA 21 TAHUN IAITU DARI TAHUN 1969-1990.SEMEMANGNYA TUN DR LIM BANYAK MENYUMBANG BAKTI DAN JASA KEPADA RAKYAT MALAYSIA DAN PEMBANGUNAN DI NEGERI PULAU PINANG SENDIRI.JENAZAH TUN DR LIM SELAMAT DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN CINA BATU GANTUNG KIRA-KIRA 1.15 PETANG SETELAH DIBERIKAN PENGHORMATAN OLEH NEGARA.

BERIKUT MERUPAKAN SEDIKIT BIODOTA TUN DR LIM CHONG EU:-

Tun Dr. Lim Chong Eu (28 Mei 1919 – 24 November 2010) merupakan bekas presiden MCA dan juga mantan Presiden GERAKAN yang pertama selama 9 tahun. Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.Dilahirkan di PULAU PINANG, beliau mendapat pendidikan di Penang Free School. Kemudian, pada 1937, beliau mendapat biasiswa King untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Edinghburg,Scotland dan mendapat ijazah perubatan dan pembedahan pada 1944.
Pada tahun 1951, beliau dilantik Ahli Lembaga Tempatan Pulau Pinang dan pada tahun 1955, beliau dilantik ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan.Pada 1958  ketika perhimpunan agong parti MCA, beliau mencabar Tun Tan Cheng Lok, dan menang dengan majoriti 22 undi.Selepas kemenangan itu,beliau memanggil Perhimpunan Agung Luar Biasa untuk meminda perlembangaan MCA. Tindakan beliau telah menyebabkan perpecahan dalam parti dan pada masa yang sama, beliau berselisih pendapat dengan TUNKU ABDUL RAHMAN
Krisis tersebut bertambah tegang apabila pada pilihan raya 1959, beliau mendesak 40 kerusi parlimen dan mendesak bahasa cina sebagai bahasa kebangsaan. Ketika pentadbiran beliau, MCA  mendapat tekanan dari dalam dan luar parti.Kemudian pada Desember 1960, beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA  untuk PARTI DEMOKRATIK BERSATU  United Democratic Party (UDP) pada 1962 dan kemudianya menubuhkan pula PARTI GERAKAN pada 1968.Selepas bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi pengerusi pelbagai syarikat gergasi.Pada akhir bulan Oktober 2010, Lim dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang kerana diserang angin ahmar. Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Hillside, Taman Bungah, pada jam 9 malam, 24 November 2010.


BERIKUT KENYATAAN PERDANA MENTERI MALAYSIA ATAS SUMBANGAN DAN JASA BELIAU KEPADA NEGARA:-

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu adalah seorang pemimpin yang telah membantu ke arah penyatuan dan perpaduan negara.Perdana Menteri berkata mendiang Dr Lim lebih mementingkan masa depan negara daripada perkara lain apabila beliau yang memimpin parti Gerakan menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1972."Sebab itulah beliau memilih jalan untuk bersama BN sebagai satu mekanisme dan platform terbaik untuk masa depan Pulau Pinang dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Lim di sini, Ahad.Najib yang tiba di Dewan Seri Pinang pada kira-kira pukul 10.15 pagi diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan serta beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang juga Timbalan Presiden MCA dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, merangkap Naib Presiden MCA.Perdana Menteri berkata mendiang Dr Lim membawa Gerakan menyertai BN ketika itu disebabkan kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri semasa itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.Najib berkata kerajaan menghargai jasa mendiang Dr Lim yang telah memberi sumbangan kepada negara dan pembangunan Pulau Pinang."Kerajaan dan rakyat tentu sekali akan mengenang jasa beliau tetapi dari sudut keluarga saya ingin melahirkan penghargaan atas keyakinan dan hubungan akrab yang terjalin selama ini yang memberi banyak manfaat kepada rakyat Pulau Pinang dan negara," katanya.Mendiang Dr Lim pernah menjadi ketua menteri kedua Pulau Pinang dan memegang jawatan itu selama 21 tahun dari Mei 1969 hingga Oktober 1990.
Beliau pernah menjadi presiden MCA sebelum meninggalkan parti itu dan menjadi presiden parti Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971 dan di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai BN pada 1972.
Semasa pentadbirannya, Dr Lim banyak menyumbang kepada pembangunan Pulau Pinang antaranya membangunkan kawasan Zon Perdagangan Bebas (FTZ) yang kini dikenali sebagai Zon Perindustrian Bebas (FIZ) dan mercu tanda Pulau Pinang, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang menempatkan pentadbiran kerajaan negeri.Dr Lim, 91 meninggal dunia malam Khamis lepas di kediamannya di Hillside, Tanjung Bungah, George Town, Pulau Pinang setelah diserang angin ahmar sejak sebulan lalu.Beliau meninggalkan seorang balu Toh Puan Goh Sing Yeng, 85, dan empat orang anak, dua lelaki, Chien Aun dan Chien Cheng serta dua perempuan, Pao Lin dan Pao Yen.


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse