Penulis hari ini mahu memberikan pandangan dan ulasan penulis sendiri berkaitan Artikel yang telah dikelaurkan oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk ``POLITIK KITA MEMERLUKAN ANJAKAN BARU``.Penulis sememangnya bersetuju dengan tajuk artikel ini yang sememangnya merupakan satu harapan besar Rakyat untuk melihat satu anjakan politik baru dalam negara kita.Namun,Penulis tidak setuju dengan pandangan beliau apabila meminta DATUK SERI ANWAR IBRAHIM untuk bersara dalam Politik beliau.Penulis masih menghormati kenyataan tokoh ini,tetapi mungkin Penulis mempunyai pandangan yang tersendiri.Kenyataan bahawa ``Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.``
Penulis melihat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merupakan seorang tokoh yang masih relevan dalam politik tanah air.Jika benar DATUK SERI ANWAR IBRAHIM mahu bersara dalam politik dan berundur,Sudah tentu beliau akan berundur sejak beliau dipenjarakan lagi.Namun,kerana semangat juangnya untuk memperbaiki sistem politik dan kerajaan yang sedia ada serta misi yang penting baginya untuk memastikan keadilan untuk semua rakyat memerlukan pengorbananan yang sangat besar dalam diri beliau.Dengan segala tohmahan dan ancaman daripada setiap sudut dan juga fitnah-fitnah yang tersebar luas mengenai dirinya,serta keaiban beliau yang dipertontonkan kepada umum merupakan perkara yang perlu rakyat nilai ke atas sosok tubuh pemimpin ini.Penulis yakin bahawa pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dipenjarakan dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang telah beliau lakukan mungkin tidak akan keluar daripada tirai besi itu lagi untuk membela dan mempertahankan hak rakyat.Malahan mereka akan terus pulang ke rumah untuk memulakan rutin harian seperti rakyat biasa.Mungkin umur Anwar Ibrahim telah pun semakin tua,tetapi beliau masih mempunyai perjuangan yang belum diselesaikan.Begitu juga dengan pimpinan dalam UMNO yang umur mereka semakin larut dan kelihatan sudah tidak relevan lagi dalam politik tanah air,Tetapi pandangan mereka dan nasihat mereka masih diperlukan oleh pemimpin-pemimpin muda di dalam UMNO.
Untuk membina anjakan baru dalam politik,Penulis melihat bahawa bukan faktor umur dan usia yang perlu dipersoalkan,tetapi adalah sistem yang terdapat dalam mana-mana parti politik tersebut.PARTI UMNO dalam perhimpunan agungnya pada kali ini melihat bahawa politik baru sebagai salah satu perkara dan aspek terpenting untuk memastikan parti ini terus relevan.Manakala PAKATAN RAKYAT dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu telah membawa slogan ``HARAPAN BARU UNTUK RAKYAT MALAYSIA`` telah membuktikan mereka mendapat sokongan rakyat dan merampas 5 negeri dan mengurangkan majoriti 2/3 dalam Parlimen.Rakyat melihat kepada faktor politik mana yang telah berubah dan memberikan harapan kepada mereka.
Kewujudan susuk tubuh pemimpin berkarisma dan sudah larut usia ini bukan perlu menjadi persoalan dalam politik tanah air kita.Generasi muda sudah tentulah akan mempersiapkan diri mereka untuk menerajui legasi kepimpinan ini,dan sudah tentulah generasi muda akan membawa suatu idea baru yang sesuai dengan generasinya.Bagi penulis DATUK SERI ANWAR IBRAHIM walaupun sudah lanjut usia tetapi beliau masih berjiwa muda dan kita memerlukan pemimpin yang berjiwa muda kerana dapat merasai denyut nadi generasi muda.Pemimpin Muda belum tentu berjiwa muda walaupun berada di zamannya.Dalam politik memang banyak perkara di luar dugaan akan berlaku demi mendapatkan kuasa pemerintahan.Pemimpin politik juga boleh berubah hati.Sebab itu lah wujudnya pemimpin katak,iaitu pemimpin yang suka lompat-melompat parti.Mungkin ada kebaikan pemimpin sebegini kerana beliau mahu pergi dan berhijrah ke parti yang benar-benar ikhlas dan memperjuangkan hak rakyat.Tetapi ada juga pemimpin politik yang melompat kerana di beli dan ditawarkan dengan wang ringgit,harta,pangkat dan kuasa.Pemimpin sebegini yang perlu di suruh bersara di dalam politik mereka.
PEJUANG SEBENAR TIDAK AKAN PERNAH MENGAKU KALAH DAN BERPUTUS ASA DIPERTENGAHAN JALAN.MEREKA AKAN TERUS BERJUANG SEHINGGA MATLAMAT MEREKA TERCAPAI.JIKA BENAR DATUK SERI ANWAR IBRAHIM MAHU MENGANGKAT MARTABAT RAKYAT DAN MEMASTIKAN KEADILAN UNTUK RAKYAT JIKA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH.TERUSKAN PERJUANGAN DSAI.SETIAP PARTI MEMERLUKAN NAKHODA YANG MAMPU MELAYARKAN BAHTERA PARTI ITU.``BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL``.KALAU HANYA KUASA UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI YANG DINGINKAN,HARUS SEGERA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM BERUNDUR KERANA ITU UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI BUKAN KEPENTINGAN RAKYAT``
BERIKUT MERUPAKAN ARTIKEL PENUH PROF MADYA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN:
Saya rasa politik kita memerlukan nafas baru. Seperti mana UMNO memperkatakan keperluan anjakan baru dalam politik mereka, demikian saya fikir pihak pembangkang pun perlu mula memperkatakan hal yang sama. Saya seperti kebanyakan rakyat marhaen yang hanya ingin melihat kesejahteraan negara berteraskan kerajaan yang amanah dan pembangkang yang berkualiti. Sudah banyak diperkatakan, dikritik dan diulas mengenai kerajaan hari ini. Kita jangan lupa pembangkang juga perlu untuk diberikan penilaian tentang peranan mereka yang diberi amanah dalam Parlimen kita. Ini kerana dalam konteks politik kita kualiti kerajaan dan pembangkang menjaga kemaslahatan negara. Ada beberapa perkara yang mungkin perlu dinilai:
1. Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksanaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara. Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat. Kita mahu ahli-ahli politik kita berkualiti sehingga kita rasa mereka layak mewakili kita atas kebolehan kepimpinanan mereka yang berteras ilmu dan budi.
2. Justeru, politik kita memerlukan watak-watak baru yang bernas, matang dan tangkas. Mereka yang disifatkan oleh sarjana politik Islam sebagai mempunyai ‘al-quwwah’ (kemampuan) dan al-Amanah‘hero’ dalam pentas baru politik hari ini. Biarlah mereka tersimpan dalam diari sejarah politik kita dengan kadar sumbangan yang telah dibuat. Jika Tun Abdulllah pun bersara, makin mereka yang ‘sewaktu’ dengannya dalam pembangkang pun perlu bersara. Kata-kata Prof A. Aziz Bari mungkin patut dinilai semula. (amanah). Mereka yang berteraskan politik idea dan nilai, bukan politik duit, atau politik taukeh. MAKA, semua ahli politik yang merasakan zaman mereka sudah habis, berilah laluan kepada mereka yang baru demi untuk kebaikan rakyat. Samada di pihak pembangkang ataupun kerajaan, hal yang sama mesti dilakukan. Ramai pelakon veteran sudah tidak sesuai menjadi
3. Di samping menghormati sumbangan, saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama. Berilah peluang untuk beliau berundur dengan aman. Demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan. Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi. Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar.
Maaf atas pandangan ini. Saya insyaAllah, tiada apa-apa kepentingan kedudukan ataupun jawatan atas pandangan yang seperti ini. Saya tahu sesetengah pembangkang cepat ‘melenting’ jika ada pandangan yang mereka tidak setuju. Namun, mereka kena ingat banyak pandangan yang saya tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan