Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Ahad, 21 November 2010

Parti Keadilan Rakyat (PKR) :Satu Analisa Ringkas

salam kepada semua...

KRISIS DALAM PKR

Penulis Smart Generation ingin memberikan sedikit pandangan dan pemikiran penulis sendiri berkaitan satu analisa politik berkaitan Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang sekarang ini tampak seolah-olah berlaku tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang barang kali boleh bertukar menjadi seganas taufan jika  tidak diberikan perhatian serius oleh pimpinan parti.Pergolakan yang belaku akibat krisis pemilihan pucuk pimpinan PKR baru-baru ini sememangnya boleh dikatakan menjadi punca akibat bahtera PKR ini terumbang-ambing.Tidak cukup dengan itu Ketua Penyelaras Pakatan Rakyat iaitu Zaid Ibrahim yang juga merupakan calon Timbalan Presiden PKR mengumumkan keluar daripada Parti itu dan mahu menubuhkan parti yang baru kerana bosan dan muak dengan segala perkara yang telah menimpa PKR ini.Apa yang Penulis Smart Generation dapat simpulkan berkenaan keputusan Zaid Ibrahim ini adalah kerana beliau tidak benar-benar menyelami perjuangan Pakatan Rakyat yang sebenar dan beliau sememangnya sudah biasa dengan kehidupan yang mewah dan selesa.Idealisma yang cuba dibawakan oleh Zaid Ibrahim ini juga barangkali tidak sesuai dengan perjuangan dalam PKR yang mana mentaliti dan pemikiran yang terlalu tinggi mahukan perubahan tetapi tidak boleh di terima oleh kalangan ahli PKR sendiri yang membawa perjuangan rakyat.Seharusnya Zaid Ibrahim berundur daripada parti ini daripada terus menjadi racun dan bisa yang akhirnya menyengat dan membawa barah ke dalam PKR.Bahkan Bekas Timbalan Presiden PKR sendiri iaitu Syed Husin Ali yang menyatakan bahawa ahli-ahli parti yang keluar daripada PKR merupakan suatu pembersihan dan menyifatkan seperti bila sampah sarap berlalu, sungai akan menjadi jernih.Penulis Smart Generation juga melihat bahawa kekuatan yang mahu di bina oleh PKR ini akan terhalang sekiranya terdapat pimpinan yang tidak benar-benar faham dan menghayati prinsip perjuangan parti ini.Sampah-sampah ini jika tidak dibersihkan akan mendatangkan kemudharatan yang lebih besar.Namun persoalan yang mahu penulis timbulkan di sini adalah bagaimana sampah ini dibersihkan?adakah ia dibersihkan secara aoutomatik atau pun dibersihkan sendiri?ataupun terdapat orang lain yang membersihkannya?

PKR AKAN  KARAM DAN TENGGELAM?

Penulis Smart Generation juga berminat mahu mengulas mengenai perkara ini rentetan kenyataan di beberapa buah akhbar terkemuka negara berkenaan pandangan beberapa menteri dan pimpinan Barisan Nasional yang menyatakan bahawa PKR bakal menuju ke alam kehancuran.Sejauh manakah kebenaran kenyataan oleh Pemimpin-pemimpin besar itu yang melihat parti ini akan hancur begitu sahaja.?Adakah mereka melihat kepada pergolakan dalaman yang sedang berlaku dalam PKR ini atau mereka benar-benar pasti bahawa parti ini akan menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum PRU 13 yang akan datang dan adakah terdapat satu strategi Politik untuk terus memusnahkan dan menghancurkan Parti ini suapaya tidak menjadi pencabar utama pada PRU ke 13 nanti.Mungkin ini beberapa persoalan yang penulis cuba bawakan.

Tetapi secara peribadi Penulis Smart Generation melihat bahawa Parti ini akan semakin kukuh dan kuat menjelang PRU-13 nanti  oleh sebab mereka telah mempunyai pasukan dan pengemudi-pengemudi parti yang benar-benar komited dengan perjuangan parti dan tidak akan ada lagi istilah Katak Politik iaitu terdapat pimpinan yang lompat melompat parti kerana tidak bersetuju atau bosan dengan Parti ini.Selain itu,Pernyataan bahawa PKR ini akan tenggelam dan hancur seperti Parti Semangat 46 juga sering kali dinyatakan pada PRU ke 12 yang lalu,Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila parti ini semakin kuat sehingga berjaya merampas beberapa negari di bawah pemerintahan Barisan Nasional.Sewaktu ini penulis sering kali mendengar analisa daripada Beberapa tokoh politik yang menyatakan bahawa Parti ini akan hancur dan karam,namun sampai sekarang perkara itu tidak pernah berlaku.Adakah perkara ini benar-benar akan berlaku?.Bagi Penulis jawapannya ada di tangan rakyat.Parti Keadilan Rakyat(PKR) ini merupakan perjuangan titik peluh daripada rakyat bawahan yang tertindas,keringat dan air mata rakyat yang hidup dalam kesengsaraan,titisan darah yang keluar demi mempertahankan kebenaran dan parti ini adalah untuk rakyat kerana memberikan kuasa kepada rakyat dengan di gelar sebagai `Ketuanan Rakyat`.Penulis melihat bahawa PKR sememangnya berani memberikan kebebasan kepada rakyat untuk memastikan parti ini terus relevan,justeru pemilihan PKR yang diadakan itu diberikan juga peluang kepada rakyat untuk memilih pimpinan dalam parti mereka.Perkara ini menyebabkan punca permasalahan yang berlaku dalam PKR akibat daripada kelantangan suara rakyat yang mahukan kebebasan dalam memilih pimpinan mereka.

BOLEHKAH PKR KE PUTRAJAYA?

Penulis Smart Generation melihat bahawa PKR harus membuktikan kepada rakyat segala janji-janji mereka jika mahu mendapatkan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Setiap negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat harus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan lebih baik daripada pentadbiran Barisan Nasional.Segala isu dalaman parti terutama dalam perebutan jawatan kepimpinan perlu dihentikan dengan serta merta.Kelemahan yang secara terang-terangan ditunjukkan oleh mereka kepada rakyat ini harus dihentikan kerana rakyat tidak mahu melihat hanya slogan yang berkobar-kobar tetapi permasalahan dalaman akibat krisis kepimpinan pun tidak dapat diselesaikan inikan pula mahu menjadi pemerintah negara?.Persaingan mereka untuk menuju Putrajaya bukanlah mudah,Sememangnya Barisan Nasional sudah tentu akan menggunakan segala kekuatan pertahanan dan senjata yang ada untuk memastikan cita-cita mereka ini tidak akan tercapai.Seperkara lagi penulis mahu tekan kan di sini bahawa Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan juga Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepada kelemahan parti lawan ataupun Barisan Nasional.Kelemahan sememangnya dapat diperbaiki.Jika Barisan Nasional benar-benar memperbaiki kelemahan mereka dan memperbetulkan segala tindak tanduk mereka pasti PKR dan Pakatan Rakyat akan kecundang.Apa yang lebih penting adalah menampilkan kekuatan Parti Untuk mendapat kepercayaan bukan mencari kelemahan Parti Lawan.



1 ulasan:

diana sofian berkata...

yakin lah kepada barisan nasional!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut