Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 5 November 2010

FAKTOR BULAN MENANGIS DI GALAS

salam kepada semua...


Penulis pasti pada hari ini dalam kemeriahan Sambutan Deepavali di Malaysia dan juga kejutan yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional dalam 2 Pilihan RayaKecil masing-masing di Parlimen Batu Sapi dan juga Dun Galas masih lagi segar menjadi cerita di dada akhbar,perbualan di kedai-kedai kopi dan sebagainya.Sudah pasti kemenangan ini memberikan satu semangat kepada seluruh jentera Barisan Nasional untuk bercuti dan berehat pada cuti sempena hari Deepavali hari ini.

Penulis mahu membuat pandangan berkaitan Pilihan Raya Kecil di Dun Galas yang mana dikhabarkan Bulan Menangis di Galas,tetapi tetap bernafas walaupun di belasah teruk Pilihan Raya kecil Galas sudah berakhir jam 5:00 petang semalam dan secara rasminya pada jam 8:30 malam apabila Pengurus pilihan raya mengistyharkan calon BN,Abdul Aziz Yusof menang besar dengan majoriti 1,190. Beliau mendapat 5,324 undi manakala calon Pas Dr Zulkefli Mohamad mendapat 4,134 undi. Sebanyak 132 undi yang ditolak manakala peratus keluar mengundi sebanyak 83 peratusKemenangan Abdul Aziz itu benar-benar mengejutkan kerana menang dengan majoriti yang besar. Ia hampir dua kali ganda dengan kemenangan Allahyarham Che Hashim Sulaiman dalam pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti sebanyak 646 undi.Barisan Nasional bolehlah bergembira dengan kemenangan itu menebus kekalahan sebelum ini. Perlu penulis nyatakan di sini juga bahawa DUN Galas tidak pernah jatuh ke tangan Pas sejak ia diwujudkan pada tahun 1955 dikenali dengan nama Gua Musang dan menjadi Galas pada tahun 1986.

Menyedari sejarah itu Pas tidak perlu menangis dan berdukalara atas kehilangan kerusi yang dipegang selama lebih dua tahun itu kerana kerusi itu asalnya hak Barisan Nasional dan secara peribadi kepunyaan Tengku Razaleigh Hamzah. Apa yang berlaku sebelum ini kerusi itu hanya dipinjamkan kepada Pas sahaja. Namun ia tidak mustahil selepas ini kerusi itu akan dipinjamkan atau diberi terus kepada Pas kalau Pas sedia memastikan parti mereka benar-benar ikhlas dalam menunaikan janji sewaktu Pilihan Raya.Penulis melihat bahawa faktor kedudukan Gua Musang yang berada di kawasan pendalaman dan jauh daripada bandar ini serta menjadi kawasan kediaman bagi orang-orang asli sudah tentu Galas merupakan kawasan yang perlu dibangunkan.Penduduk di kawasan itu sudah tentu merasa muak dengan janji-janji kerajaan Negari untuk membangunkan kawasan itu serta memastikan kebajikan mereka terbela.Dengan kekuatan kewangan yang di miliki oleh Barisan Nasional sudah tentu Parti mereka menjadi pilihan rakyat.

Dari segi angka Pas hanya kekurangan sebanyak 265 undi saja berbanding dengan undi diperolehi Che Hashim tahun 2008 sebanyak 4,399. Kemerosotan ini bukannya besar. Tetapi kalau dilihat daripada majoriti ia mengejutkan. Kalau ikutkan logik dengan kehilangan undi sebanyak 256 calon Barisan Nasional  tidak sepatutnya mendapat majoriti hingga 1,190. Angka paling sesuai dan munasabah diraih  Abdul Aziz untuk menang ialah sekitar 500 atau 700 sahaja menyamai majoriti yang diperolehi Pas sebelum ini.Tetapi kenapa Barisan Nasional menang dengan majoriti yang besar. Faktor paling jelas ialah kerana berlaku peningkatan peratus keluar mengundi kali ini iaitu sebanyak 83% kira-kira 2.11% atau seramai 1,267 orang. pertambahan. Secara mudah bolehlah disifatkan pengundi yang membantu peningkatan peratus ini berpihak kepada calon Barisan Nasional. Walaupun ada maklumat mengatakan undi Cina beralih kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya semalam, tetapi apabila Pas dapat mengekalkan undi lama menunjukkan ada entiti lain yang mengganti tempat dilompongkan oleh pengundi Cina itu. Apakah sokongan Melayu kepada Pas di Gua Musang meningkat?Dengan keupayaan Zulkefli hampir mengekalkan undi diraih Che Hashim itu Pas harus berbangga dan tidak perlu merasa dukacita yang amat sangat. . Hanya selepas berlaku tsunami politik 2008 sahaja beberapa pilihan raya kecil mula berpihak kepada pembangkang.

FAKTOR KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DI GALAS:

1. Kemenangan ini boleh disifatkan kemenangan peribadi Tengku Razaleigh Hamzah. Kemenangan untuk parti Tengku Razaleigh. Seperti mana kata Mustapa Mohamed pada mulanya mereka beranggapan keadaan 50 - 50 dan kemenangan itu mengejutkannya Kalau bukan Tengku Razaleigh terlibat sebagai pengarah, besar kemungkinan Pas dapat mengekalkan kerusi berkenaan.oleh sebab itu perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya merupakan suatu  keputusan yang tepat kerana beliau begitu dikenali di kawasan itu dan Parti Pas sendiri masih menghormati Tengku Razaleigh Hamzah.

2.Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.Sudah tentu pas gagal memastikan pengundi-pengundi baru di kawasan Gua Musang dan Galas ini untuk mengundi calon mereka.Penulis juga menjangkakan tarikan kepada pengundi-pengundi muda ini apabila 14 buah bas daripada Gua Musang di berikan kepada mereka untuk menyaksikan Perlawanan secara langsung Bola Sepak Piala Malaysia di Bukit Jalil menajdi salah satu faktor tarikan kepada pengundi muda.


3.Awal-awal lagi Pas sudah melakukan beberapa kesilapan dalam pilihan raya. Perkara paling utama ialah apabila meneruskan kerja mengarah pilihan raya kepada mereka yang sudah larut umurnya.Cara pengarahan lama zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi. Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.Perkara ini menyebabkan pengundi muda di kawasan Galas tidak tertarik dengan kempen daripada calon Pas.Tidak ada sentuhan berbisa yang dilihat daripada jentera pas di Galas walaupun kehadiran penyokong yang ramai.



4.Kelesuan kempen dan serangan kepada Barisan Nasional kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan Tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara Tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?


5.Faktor pemberian wang kepada pengundi luar dan juga isu wang zakat.Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.Perkara ini dilihat jarang dilakukan oleh PAS apabila berlangsungnya Pilihan Raya.Malahan mereka jarang menggunakan wang untuk menarik para pengundi,tetapi perkara yang sebaliknya berlaku di Galas.Mungkin atas faktor ini menyebabkan moral Pas sendiri dipertikaikan atas perjuangan membawa perjuangan islam dan juga kutukan mereka sebelum ini kepada Barisan Nasional atas faktor itu.

Kesimpulannya.Pilihana Raya Kecil Dun Galas merungkaikan pelbagai persoalan yang perlu di lihat kembali oleh Pakatan Rakyat.Namun begitu Barisan Nasional juga tidak boleh leka dengan kemenangan ini.Pastikan tunaikan segala janji sewaktu Pilihan Raya ini demi memastikan kemenangan sewaktu Pilihan Raya Umum akan datang.

sekian.




4 ulasan:

~~su manje~~~ berkata...

salam ziarah....mohon untuk tukar link...kalau sudi

Tanpa Nama berkata...

salam satu malaysia..faktor ke-5 menarik minat sya...kerana anda katakan PAS memberi kepada pengundi luar yg pulang mengundi sebanyak RM250...tapi anda tak nampak ker..BN juga bg duit kot...hahahahha...
adakah pilihan raya kali ini telus????
tidakkah saudara asri zulkifli menganalisanya...adakah telus...macamne plak dgn pemberian wang RM100 MCA bukit sapi..oooo RM100 ok..RM250 dianggap sangat menjatuhkan moral...
jika main bola
padang dia punya
gol dia punya
bola dia punya
refree dia punya
penjaga garis dia punya
pintu gol kita 25 kaki
pintu gol dia hanya 3 inchi luas

bila kita nak tendng masuk gol dia
wisel berbunyi
kita dituduh curi ayam

setiap kali penjaga gol kita tangkap bola
wisel berbunyi – bola diusik tangan
mereka dapat penalty

a.samad jaafar berkata...

kupasan yang agak baik drpd seorang anak muda spt asri.. teruskan mengemukakan pandangan yg bernas.. walau pun saya akui saya penyokong PAS, namun saya terima kekalahan demi hikmah yg tersembunyi...

Wan berkata...

mengapa harus berpecah belah sedangkan tahu bersatu kita teguh bercerai kita roboh.. keadaan parti politik di malaysia bagi aku org kita melayu masih tidak bersatu, 2 haluan menuju arah yg sama tapi melalui jalan yg berbeza..mgapa tidak melalui jalan yg 1 demi matlamat yg dituju..

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse