Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 4 November 2010

GALAS DAN BATU SAPI:ANALISIS PILIHAN RAYA

salam kepada semua.....


Penulis mengucapkan Tahniah kepada Barisan Nasionalatas kejayaan memenangi Pilihan Raya Kecil di Kedua-dua tempat iaitu Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas dengan majoriti yang besar.Barisan Nasional hari ini berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi miliknya dan berjaya merampas kerusi DUN Galas dari PAS.Di Batu Sapi, calon BN dari parti PBS, Datin Linda Tsen mendapat 9,773 undi dan berjaya mengekalkan kerusi yang dimilik mendiang suaminya, Datuk Edmund Chong.Calon SAPP yang juga presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee hanya mendapat 2,031 manakala calon PKR, Ansari Abdullah pula mendapat 3,414 undi.Majoriti yang diperolehi oleh BN adalah 6,359 undi. Undi rosak pula adalah 372.Keputusan kali ini mencerminkan perkembangan yang hampir sama pada pilihan raya umun 2008 yang lalu. Pada pilihan raya itu, suami Tsen, mendiang Edmund Chong mendapat 9,479 undi berbanding calon Bebas, Chong Kwong Ming, 5,771. Pada pilihan raya kali ini, jika jumlah undi pembangkang - SAPP dan PKR digabungkan, jumlahnya adalah 5,288 dan masih tidak mampu mencabar kedudukan BN.Meskipun kemenangan Tsen bukan sesuatu yang memeranjatkan, tetapi dakwaan PKR bahawa ia mampu memberi saingan lebih baik berbanding SAPP ternyata betul.Namun, sekalipun jika ia pertandingan satu lawan satu, Pakatan Rakyat memerlukan strategi yang lebih mantap sebelum berangan-angan untuk ke Putrajaya.Manakala itu bagi kerusi Galas pula, BN menang dengan majoriti 1,190 undi.PAS hanya mampu mendapat 4,134 undi, berbanding BN yang mengaut 5,324 undi.Terdapat 132 undi rosak pada pilihan raya kali ini.Jumlah yang keluar mengundi hari ini ialah 83 peratus atau 9,555 orang.Pada pilihan raya ini BN diwakili oleh Abdul Aziz Yusof manakala PAS meletakkan Dr Zulkefli Mohamad sebagai calonnya.Kerusi Galas memang sukar diramal sejak hari pertama kempen bermula. Pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, calon PAS berjaya merampas kerusi itu melalui Allahyarham Chek Hashim Sulaima dengan hanya majoriti 646 undi.Strategi BN meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ternyata tepat dan memberi kesan maksimum.Putera raja yang juga adalah ahli parlimen Gua Musang, di mana kerusi Galas terletak dikatakan masih disanjung oleh masyarakat di Kelantan, termasuk di kalangan Orang Asli yang merupakan kira-kira 16 peratus daripada jumlah pengundi.Selain itu, strategi BN mempolitikkan kempen 1Malaysia di kalangan masyarakat Cina juga dikatakan berjaya mencuri tumpuan masyarakat itu. Bilangan pengundi masyarakat Cina dikatakan memihak semula kepada BN walaupun jumlah itu tidak menyeluruh.

Penulis melihat bahawa Pilihan Raya Kecil pada kali ini memberikan satu suntikan semangat yang lebih kuat buat jentera Pilihan Raya Barisan Nasional untuk terus mengekalkan kemenangan di Pilihan Raya Umum yang ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.Keyakinan pengundi dan rakyat kepada Barisan Nasional harus dikekalkan dan dipandang serius oleh kerajaan.Jika mood rakyat berubah pada masa akan datang AWAS! buat Kerajaan Barisan Nasional.Rakyat semakin menyakini aspek-aspek penting yang di bawa oleh kerajaan kepada mereka dan juga perubahan-perubahan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat.Dalam sistem Demokrasi ternyata pilihan rakyat merupakan pilihan keramat kerana rakyat yang berkuasa dalam menentukan pemerintah mereka.Keadaan ini di lihat rakyat sebagai ``the king of voter``.Mereka mahu kehendak mereka dipenuhi,kebajikan mereka terbela,hak mereka dilindungi dan keselamatan mereka terjamin dalam sesebuah negara.Keamanan merupakan satu perkara yang sangat penting kerana dari sinilah sesuatu kerajaan itu di nilai.Rakyat memberontak merupakan salah satu perkara yang menghancurkan keamanan di sesebuah negara,oleh sebab itu,pandangan dan suara hati rakyat perlu diberi perhatian.

Dalam Pilihan Raya Kecil di Galas dan Batu Sapi ini ,penulis yakin Pakatan Rakyat telah mengerahkan seluruh jentera mereka untuk sama-sama memenangi Pilihan Raya Kecil ini bagi memberikan signal yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional.Namun melalui pelbagai kaedah dan cara yang mereka gunakan untuk memenangi hati pengundi,kemenangan bukan berpihak kepada mereka.Sudah tentu mereka semua merasa sedih dan kecewa.Penulis melihat kekalahan yang belaku kepada Pakatan Rakyat pada kali ini  atas pergolakan dalam parti mereka sendiri.Ternyata masih terdapat banyak persoalan yang kurang jelas dalam gabungan 3 parti terbesar Pakatan Rakyat ini.mereka bergabung demi memastikan mereka memenangi Pilihan Raya Umum dan memerintah kerajaan.Tetapi dalam gabungan yang dibentuk ini masih banyak terdapat kekeliruan dan juga pra sangka sesama parti mereka.PAS dengan matlamat memperjuangkan negara islam manakala DAP memperjuangkan untuk menjadikan negara ini SEKULAR.PAS dan DAP sebenarnya ibarat minyak dengan air yang memang tidak boleh bergabung kerana perjuangan yang berbeza.Tetapi gabungan antara PAS dan DAP ini akan menjadi kenyataan jika mereka mengeluarkan dan memberikan penerangan yang jelas berkenaan matlamat perjuangan mereka yang sebenar.mereka harus fahamkan seluruh masyarakat di Malaysia ini.Dalam PKR pula yang merupakan parti yang banyak kepelbagaian kaum.Sudah tentu asas perjuangan mereka perlu benar-benar dihadam oleh seluruh ahli.Sebab itu banyak kita dengar ahli-ahli mereka yang keluar Parti ini kerana tidak memahami prinsip perjuangan sebenar mereka,malahan terdapat pemimpin mereka sendiri yang membelakangkan prinsip parti.Penulis dapat menyimpulkan bahawa Pakatan Rakyat belum benar-benar teruji seperti dalam Barisan Nasional.Barisan Nasional sehingga kini masih berdepan dengan masalah yang berlaku dalam parti-parti komponennya.Tetapi kebijaksanaan pemimpin mereka dan juga pengalaman mereka membuatkan gabungan parti dalam BARISAN NASIONAL ini kelihatan kuat dan kukuh.


Penulis mengharapkan supaya kemenangan yang telah dicapai oleh Barisan Nasional di Galas dan Batu Sapi ini bukan sekadar kemenangan sorak semata-mata.Calon yang menang harus bekerja keras untuk rakyat yang telah memilih mereka.Saat kemenangan itu merupakan saat anda memulakan kerja sebagai Wakil Rakyat.Jangan pernah sia-siakan harapan yang telah diberikan oleh rakyat.Manusia ini mudah berubah.Undi juga boleh berubah.Pastikan kemenangan ini memberikan sinar dan harapan kepada rakyat.Tunaikan Janji kepada rakyat.Tahniah dan syabas kepada seluruh jentera yang memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional.Buat Pakatan Rakyat,harus menilai kembali kelemahan dan faktor kekalahan bagi memastikan harapan ke putrajaya terlaksana pada PILIHAN RAYA UMUM KE-13 nanti.

sekian.


PENULIS IALAH MOHD ASRI ZULKIFLI,PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse