Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 8 November 2010

PENGUMUMAN : ORANG PALING PENTING DI MALAYSIA

salam kepada semua....


 Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Aidiladha pada hari Rabu, 17 Nov ini bersamaan 10 Zulhijjah 1431 Hijrah. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh itu semalam bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, setelah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1431 Hijrah ialah pada 17 Nov 2010 Masehi. Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 17 November 2010 Masihi,” katanya.

Penulis pasti bila sebut saja perayaan Hari Raya tak kira Syawal ataupun Aidiladha,pasti anda akan teringatkan seseorang yang boleh dikira penting disetiap tahun yang sememangnya ditugas untuk mengumumkan hari yang penting ini..beliau tidak lain dan tidak bukan ialah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah,pemegang Mohor besar raja-Raja yang bertanggungjawab untuk mengumumkan Tarikh permulaan Puasa dan Raya .beliau telah menjalankan tugas ini dengan penuh dedikasi sejak tahun 1989 sehinggalah sekarang sehingga menjadi identiti hari perayaan itu sendiri.Penulis sejak daripada kecil sehingga sekarang pasti akan melihatnya di kaca televisyen bila bermula sahaja pengumuman Hari raya.Sememangnya ketika Beliau bersiaran secara langsung di Semua Stesyen Televisyen di Malaysia,Penulis pasti separuh daripada rakyat Malaysia akan mendengar pengumuman ringkas beliau ini .
 
Penulis Smart Generation mengiktiraf Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah sebagai orang yang paling popular apabila menjelangnya hari raya .Anda Bagaimana?


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse