Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 12 November 2010

ANAK MUDA CALON PILIHAN RAYA UMUM KE-13:PAKATAN SUDAH UMUM..BN BILA LAGI?

salam kepada semua...


Anak Muda bakal memerintah negara?....ini reaksi yang sangat menarik minat Penulis Smart Generation pada hari ini.Anak muda akan menjadi Ahli Parlimen dan Adun dalam usia yang begitu muda dan remaja dalam lingkungan umur 20-30 tahun.Adakah ini merupakan suatu realiti bagi anak muda generasi ini.?Mungkin kita tidak perlu hairan ada dikalangan anak muda yang telah menjadi Ahli Parlimen dalam usia sekitar 20 tahun.Contoh mudah yang penulis boleh bawakan di sini adalah Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjadi Ahli Parlimen Pekan pada usia beliau 23 Tahun,dan mencatat sejarah sebagai Ahli Parlimen termuda dalam sejarah Malaysia pada ketika itu.Malahan beliau juga merupakan Menteri yang termuda dan menjadi Menteri Besar Pahang yang termuda dalam sejarah Malaysia.Pengalaman beliau dalam bidang politik bukan lah sesuatu yang baru dan lebih lama mengatasi ahli parlimen yang lain kerana sejak usia muda lagi beliau sudah didedahkan dengan politik dan hal kenegaraan.Mungkin sebab kemenangan beliau ketika itu kerana jasa Ayahnda beliau sendiri iaitu Tun Razak yang banyak menabur bakti dan jasa kepada negara.Namun,hakikatnya rakyat pada ketika itu menerima beliau sebagai Wakil kepada rakyat dan menjadi Ahli Parlimen di situ.

Namun,apa yang Penulis mahu bawakan di sini berkenaan kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar ibrahim yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat akan mengetengahkan calon-calon yang muda sekitar 20-30 tahun.Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang untuk meletakkan muka baru dan muda sebagai calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke-13.Berucap pada ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Koresponden Asing Singapura (FCA) , beliau berkata calon PKR mungkin berumur dalam lingkungan 20-an atau 30-an kerana mereka akan menjadi tarikan kepada pengundi.
Anwar berkata ini adalah selaras dengan parti itu sebagai parti “Reformasi”, dan juga pengalaman sebelum ini menunjukkan calon muka lama PKR berkemungkinan tewas pada pilihan raya.Semasa sesi soal jawab dengan kira-kira 50 hadirin yang terdiri daripada wartawan asing yang berpangkalan di Singapura, diplomat dan bukan pertubuhan kerajaan (NGO), Anwar berkata PKR akan mula bekerja keras untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan menjelajah ke seluruh negara menemui orang ramai mulai bulan depan.
Sambil menyatakan beliau optimistik dengan pilihan raya umum akan datang, Anwar berkata beliau gembira jika pilihan raya itu diadakan tidak lama lagi, berikutan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan dan kerusi Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 4 November lepas.

Nampaknya Pakatan Rakyat memang bijak menarik minat dan memancing undi untuk orang muda yang akan menjadi penyumbang undi terbesar pada Pilihan Raya Umum akan datang.Adakah Barisan Nasioanal akan membawa perkara yang sama dengan mengetengahkan pemimpin-pemimpin muda di kalangan mereka?Adakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini berani untuk memberikan kepercayaan kepada golongan Muda di Negara ini.Adakah Pemimpin-pemimpin yang sudah berusia dalam Barisan Nasional ini akan melepaskan jawatan mereka dan memberikan ruang kepada Orang Muda.Persoalan ini yang ditimbulkan oleh Penulis Smart Generation sebagai satu lontaran soalan yang perlu di jawab oleh kerajaan Barisan Nasional.Penulis yakin bahawa peluang yang diberikan kepada orang muda ini akan menjadi salah satu faktor kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.Hidup orang Muda!!!!!

.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse