Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 10 November 2010

WATER AGREEMENT:MALAYSIA AND SINGAPORE

salam kepada semua....



Penulis Smart Generation ingin membuat ulasan berkaitan Perjanjian Air Malaysia dengan Singapura yang sememangnya penting untuk sama-sama kita ketahui berdasarkan kepada fakta dan hakikat yang berlaku.
Perjanjian air Malaysia Singapura ini dibuat pada tahun 1960 dan 1961 dan telah tercatat seperti dalam Perjanjian Pemisah tahun 1965. Pada masa itu, Malaya, Singapura masih lagi di bawah satu bumbung bersama-sama Sabah dan Sarawak yang dinamakan Malaysia semasa perjanjian ini dimeterai. Kurang dua tahun kemudian, Singapura bertindak memisahkan diri daripada persekutuan dan menjadi republik merdeka pada tarikh 9 Ogos 1965.
 
Terdapat 2 perjanjian air Malaysia Singapura :

    1. Perjanjian pertama : Malaysia membekalkan 350 juta gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen  dan bakal berakhir pada tahun 2011.
    2. Perjanjian kedua : Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air setiap hari pada kadar yang sama iaitu 3 sen untuk setiap 1,000 gelen.

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962

1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
4. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

PERJANJIAN AIR 1990

1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061

Penulis Smart Generation melihat bahawa Perjanjian kedua isu air Malaysia Singapura bakal berakhir pada tahun 2060. Dan pada masa itu akan genaplah tempoh usia hampir 100 tahun perjanjian air Malaysia Singapura. Satu tempoh yang cukup lama ditambah lagi dengan nilai serendah 3 sen yang Malaysia berikan kepada Singapura bagi setiap 1000 gelen.Perkara ini menurut hemat penulis memang sangat merugikan Malaysia yang mana dalam tempoh yang lama ini Singapura akan sentiasa mendapat keuntungan,tidak cukup dengan itu pula Makaysia iaitu kerajaan johor membeli semula air mentah yang dijual kepada singapura itu dengan harga 50 sen setiap 1000 gelen.Tidak kah ini merugikan Malaysia,walhal Malaysia berupaya untuk membina Loji Pemprosesan Air sendiri dan tidak perlu membeli lagi daripada Singapura kerana kita yang membekalkan air mentah kepada mereka.Dan sepatutnya juga, tiada halangan untuk Malaysia menyemak semula perjanjian air Malaysia Singapura untuk setiap 25 tahun dan kita sebenarnya mempunyai hak berbuat begitu iaitu pada tahun 1986 dan 1987 tetapi Malaysia memilih sebaliknya. Alasan pada masa itu, bagi mengelakkan Singapura menjual air pada harga yang lebih mahal.


Berdasarkan kira-kira secara kasar yang boleh diambil daripada penjualan air yang berlaku di antara Malaysia dan Singapura ini ialah :

1. Singapura membayar 3 sen untuk setiap 1000 gelen air mentah kepada Malaysia.
2. Diberitahu Singapura menanggung kos sehingga RM2.40 untuk merawat air ini termasuk daripada segi kos pembinaan reservoirs, empangan dan juga Pipeworks untuk membawa air ke Singapura. Singapura telah menghabiskan lebih daripada S$1 bilion pada projek-projek tersebut, dan terus membayar untuk mengupgrade dan memelihara kelengkapan kemudahan mereka.
3. Malaysia membayar kira 50 sen untuk membeli setiap 1000 gelen air yang telah dirawat oleh Singapura dan menjual air kembali penduduk Johor pada kadar RM3.95.

Situasi yang dialami Malaysia ini sama seperti kes Hong Kong membeli air dari China di RM8 per 1,000 gelen. Hong Kong membayar kepada China RM8, dan secara timbal baliknya China  “menyumbang” daripada segi pembangunan, peningkatan dan penyelenggaraan reservoirs dan paip air untuk membekalkan air bersih kepada Hong Kong.


Sekarang kita semakin menghampiri  tahun 2011,  di mana perjanjian pertama untuk pembelian air bakal berakhir. Yang menjadi persoalan ketika ini, adakah Malaysia sudah bersedia untuk memikirkan perkara samada untuk menamatkan sahaja ataupun membuat perjanjian air Malaysia Singapura yang baru? Walaupun pada tahun 2002, Singapura membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung perjanjian pertama itu kerana berpendapat Singapura sudah mempunyai  keupayaan untuk membekalkan 100 juta gelen air sehari kepada rakyatnya menggunakan teknik menerusi kaedah NEWater moden(penyulingan air laut).Namun kerajaan Malaysia perlu melihat dan memandang serius perkara ini demi kebaikan rakyat negara ini.

Berikut merupakan pandangan negarawan ulung negara berkenaan isu ini iaitu Tun Mahathir Mohammad yang menyatakan:
1. Tahun depan, 2011, salah satu perjanjian untuk membekalkan sehingga 86 juta gelen air per hari (DKM) dari Johor ke Singapura sebanyak 3 sen per 1,000 gelen akan berakhir.
2. Saya memahami Johor masih membeli air yang dirawat dari Singapura untuk 50 sen pada 1,000 galon. Jumlah yang dibeli tidak boleh melebihi 12 peratus daripada air mentah dibeli oleh Singapura.
3. Perjanjian tersebut juga menetapkan bahawa harga air mentah dan air tersebut boleh dinegosasi semula dan diubah jika kedua belah pihak bersetuju. Jika harga air mentah disemak ke atas Singapura akan layak untuk menyemak semula harga air yang dirawat.
4. Jika, contohnya, di bawah perjanjian saat ini harga air meningkat menjadi 6 sen per 1,000 gelen, yakni 100 peratus, Singapura boleh berkeras pada kenaikan harga peratusan yang sama dengan 100 pada iaitu peratus daripada 50 sen pada 1,000 gelen untuk satu Ringgit pada ribu gelen.
5. Jika kedua-dua belah pihak sepakat pada kuantum kenaikan harga, Singapura benar-benar akan mendapatkan lebih banyak dari jualan air yang telah diproses ke Johor dari Malaysia akan peroleh dari penjualan air mentah ke Singapura.
6. Hampir 10 tahun yang lalu Johor diperuntukkan wang yang cukup untuk membina kilang memproses sendiri sehingga tidak perlu untuk membeli air yang dirawat dari Singapura. Saya diberitahu bahawa untuk alasan yang tidak diketahui, walaupun bangunan kilang pemprosesan sendiri Johor masih membeli air yang dirawat dari Singapura.
7. Johor menjual air mentah ke Melaka pada 30 sen pada 1,000 gelen. Nampaknya Johor kurang murah hati terhadap Melaka daripada itu menuju negara asing. Kebijaksanaan ini melepaskan saya.
8. Apapun, pada tahun 2011, perjanjian baru untuk membekalkan Singapura dengan air mentah dari Johor mungkin perlu dibuat, saya berfikir bahawa walaupun desalinasi Singapura, walaupun NEWater, dan reservoir baru, Singapura masih perlu air mentah dari Johor. Kita harus bersedia untuk membekalkan rakyat Singapura dengan air mentah.
9. Pertanyaannya adalah apakah kita harus menjual sebanyak 3 sen per 1,000 gelen dan membeli sebanyak 50 sen pada 1,000 gelen air dianggap sebagai sebelum atau kita harus ekstrak istilah yang lebih baik.
10. negosasi Malaysia yang terlalu murah hati dan kering menyediakan diri kita sendiri tanpa klausa keluar. Saya tidak akan mengambil  kes itu.
11. Masyarakat, orang-orang Johor pada khususnya, harus meyakinkan bahawa kita tidak membuat perjanjian yang tidak dapat dipertahankan saat ini.

Penulis Smart Generation melihat bahawa Perjanjian Air Malaysia Singapura ini perlu diperbaharui pada tahun 2011 supaya Singapura tidak lagi menajdi parasit kepada kita.Kerajaan Harus bertegas dalam perkara ini kerana dari segi ekonomi Singapura lagi maju daripada Malaysia.Tidak ada perkara yang merugikan singapura dalam hal ini kerana,mahu atau tidak,Singapura masih memerlukan bekalan air mentah daripada Johor untuk menampung penduduk dan rakyat mereka.Demi kelangsungan perjanjian ini di masa depan dan menggadaikan kewibawaan Malaysia sekali lagi,kerajaan harus memandang serius perkara ini supaya tidak akan pernah lagi merugikan Malaysia dan Kita perlu Belajar daripada Sejarah yang berlaku yang sangat-sangat merugikan kita sendiri. Penulis yakin bahawa Agenda untuk membina Jambatan Bengkok oleh Malaysia ketika pentadbiran Tun Mahathir adalah memastikan bahawa isu Air ini dapat diselesaikan dan perjanjian itu di kaji semula.

sekian.


PENULIS:MOHD ASRI ZULKIFLI,PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse