Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 23 November 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM DAN UNIVERSITI



Lebih setengah juta pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) hari ini.Bagi SPM yang akan berakhir 20 Disember, seramai 467,970 calon menduduki peperiksaan berkenaan di 3,594 pusat peperiksaan, kata seorang jurucakap Lembaga Peperiksaan Malaysia.Seramai 53,504 calon pula menduduki STPM di 760 pusat peperiksaan di seluruh negara. Peperiksaan itu berakhir 16 Disember.Penulis Smart Generation ingin mengucapkan selamat maju jaya dan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti bagi memastikan adik-adik semua berjaya menempatkan diri ke Menara Gading.SPM merupakan penentu masa depan adik-adik untuk terus melangkah ke arah kecemerlangan dan kejayaan.Semoga kecemerlangan menjadi milik bersama...

Penulis Smart Generation juga ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat menduduki peperiksaan buat Semua kawan-kawan penulis Smart Generation iaitu Pelajar Universiti Malaya yang juga sedang bertarung dalam arena peperiksaan.Semoga kita semua akan beroleh kejayaan dan kecemerlangan bersama.

``KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ITU LAHIR DARIPADA KESUNGGUHAN DAN KEAZAMAN,KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN ITU LEBIH MANIS JIKA DIKONGSI SECARA BERSAMA ``






Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse