Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 4 November 2010

PERUTUSAN DEEPAVALI:SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI



Penulis pada hari ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia.Masyarakat yang majmuk di Malaysia tidak kira apa juga bangsa dan agama berkesempatan untuk saling meraikan perayaan kaum masing-masing.Inilah uniknya negara kita Malaysia yang berbilang bangsa dan agama yang tetap berpegang kepada semangat penerimaan dan tolenrasi  bagi memastikan perpaduan ini akan terus berkekalan untuk generasi yang seterusnya.Dalam pendekatan 1Malaysia, Penulis  pasti bahawa masyarakat Hindu bersama-sama dengan rakyat Malaysia yang lain akan bekerjasama untuk mencapai pembangunan yang berterusan dan kejayaan untuk Negara kita semua. Semangat kerjasama dan kekitaan yang dimaksudkan adalah juga jelas di lihat ketika rakyat Malaysia membuka pintu dan menyambut satu sama lain ke dalam rumah mereka untuk menyambut hari keutamaan, termasuk hari Deepavali.Dalam Deepavali yang diraikan masyarakat India beragama Hindu merupakan suatu perayaan yang meraikan kemenangan Kebaikan mengalahkan kejahatan, kemenangan Keadilan menewaskan kezaliman. Walau bagaimanapun Kebaikan bukanlah hadir tanpa kita berusaha untuk meraihnya. Mendapatkannya adalah suatu perjuangan, berusaha memastikan Cahaya mengalahkan kegelapan

“Sesungguhnya dengan amalan kebaikan maka hadirlah kemuliaan, sesungguhnya kejahatan itu menjelma apabila kita melupakan amalan kebaikan”
Pesan di atas merupakan terjemahan dari bait yang terkandung dalam adikaram keempat Thirukural, adikarya penyair besar Tamil, Tiruvalluvar. Karya tersebut adalah sebuah karya yang sarat dengan tunjuk ajar kebaikan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Gema dari bait-bait Thirukural kini semakin bermakna tatkala menjelangnya Deepavali.

Buat semua yang merayakan Deepavali,Penulis ucapkan Deepavali Nal Valthukal.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse