Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 10 November 2010

PROTON INSPIRA

salam kepada semua....






Penulis Smart Generation pada hari ini ingin mengucapkan Tahniah Kepada Pasukan Proton yang pada hari ini telah melancarkan satu lagi kereta model baru Proton yang tampil dengan lebih bergaya dan ideal mengikut trend dan minat semasa orang awam terutama yang berada di Malaysia.

Pengguna dan Peminat dunia permotoran pastinya teruja dengan kehadiran Proton Inspira yang di’rebadge dari model Lancer Mitsubishi. Reka bentuknya yang menarik dan ruang penumpang yang luas mungkin antara faktor yang menarik minat pembeli di luar sana. Harganya pula serendah RM79,999. Proton Inspira ini juga dijangka akan meningkatkan kembali momentum jualan kenderaan Proton di Malaysia. Mungkin juga model ini akan memberi saingan sengit kepada model Toyota Vios, Honda City, Kia Forte, Toyota Corolla, Honda Civic dan Nissan Sylphy.Walaupun sesetengah pihak menyatakan Proton inspira ini sebagai WAJA baru,namun dinafikan Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang yang menyatakan WAJA sedang dihentikan dan Proton Inspira ini bukanlah peganti.
  
Menurut Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahirberkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC)Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan "Inspira" membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana.Daripada padangan syarikat ia lebih murah menurut Datuk Syed Zainal Abidin sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.Kerjasama ini mewujudkan situasi menang-menang antara MMC dengan Proton.

Bagi rakyat Malaysia yang berminat dengan model baru Proton ini,Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut.
Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang.Proton mensasarkan akan menjual 1,600 unit "Inspira" sebulan."Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport "Inspira", "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran.Proton Inspira tampil dengan empat warna dan pengguna boleh memilih untuk memilih warna kegemaran iaitu Putih, Hitam, Perak dan Merah.

Akhirnya Proton Inspira yang mendapat perhatian cukup meluas telah dilancarkan hari ini. Pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, bersama-sama dengan penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Mohd. Nazmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Majlid perasmian berlangsung di dewan Pusat Kecemerlangan Proton (Proton’s Centre of Excellence).

Harga Proton Inspira -
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Solid) – RM78,549.00
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Metalik) – RM78,999.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Solid) – RM84,549.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Metalik) – RM84,999.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM91,549.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM91,999.00

Bagi semua Pengguna di Malaysia yang ingin memiliki kenderaan buat masa ini,Penulis Smart Generation mencadangkan anda untuk mencuba model baru Proton ini di samping menyokong barangan buatan Malaysia.Jadilah Pengguna Bijak.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse