Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 27 November 2010

SUKAN ASIA 2010:TAHNIAH MALAYSIA!!!!

salam kepada semua..

PENULIS SMART GENERATION MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS BUAT SEMUA ATLETE NEGARA YANG TELAH MENYERTAI SUKAN ASIA GUANGZHOU 2010 INI TERUTAMA KEPADA ATHLETE NEGARA YANG TELAH MENYUMBANGKAN PINGAT BUAT NEGARA.SYABAS JUGA KEPADA MALAYSIA KERANA TELAH BERJAYA MENCAPAI SASARAN 9 EMAS PADA SUKAN ASIA KALI INI SEKALIGUS DAPAT MEMPERBAIKI PENCAPAIAN PADA SUKAN ASIA DOHA PADA TAHUN 2006 DENGAN 9 PINGAT EMAS,18 PINGAT PERAK DAN 14 PINGAT GANGSA.


Skuasy menjadi penyumbang terbanyak kali ini dengan tiga pingat emas menerusi acara individu lelaki (Azlan Iskandar), individu wanita (Datuk Nicol Ann David) dan berpasukan wanita.Satu pingat perak turut disumbang skuad skuasy negara menerusi acara berpasukan lelaki.Karate pula memberikan dua pingat emas iaitu menerusi acara Kata individu lelaki (Ku Jin Keat) dan 55 kilogram lelaki (R. Puvaneswaran) serta dua perak dan satu gangsa.Boling turut menyumbang dua pingat emas menerusi acara berpasangan lelaki (Alex Liew dan Adrian Ang) dan lelaki All Events (Alex Liew), satu perak (berpasukan lelaki) dan satu gangsa (berpasukan wanita).Manakala dua lagi pingat emas negara diperoleh menerusi berbasikal trek dalam acara keirin individu lelaki (Azizulhasni Awang) dan wusyu dalam acara taijiquan/taijijian individu wanita (Chai Fong Ying).Fong Ying turut melakar sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama negara di Sukan Asia 2010 apabila memenanginya pada hari ketiga temasya, 15 November lalu.Pingat pertama keseluruhan bagi kontinjen Malaysia di Guangzhou pula diraih penembak, Nur Suryani Mohamed Taibi yang memenangi pingat gangsa acara 10m Air Rifle wanita individu pada hari pertama temasya, 13 November lalu.Acara terjun pula terpaksa akur dengan kehebatan penerjun tuan rumah, China apabila Malaysia sekadar berjaya membawa pulang empat pingat perak dan lima pingat gangsa.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse