salam kepada semua..
Penulis Smart Generation sekadar mahu membuat sedikit ulasan berkaitan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat ke-7 2010 yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu bermula daripada 26 November 2010 dan berakhir pada 28 November 2010 bertempat di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Selangor.
Sememangnya Kongres Nasional PKR ini menjadi tumpuan banyak pihak terutama media harus perdana kerana Kongres ini diadakan selepas Pemilihan Pimpinan PKR 2010/2013 yang telah berlangsung sebelum ini dan dikatakan timbul banyak kekecohan dan permasalahan sehingga Terdapat ahli PKR yang keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan proses pemilihan PKR kali ini yang dikatakan tidak telus dan terdapat campur tangan banyak pihak.dalam proses pemilihan ini.Namun itu semua adalah halangan dan rintangan yang perlu di hadapi oleh barisan kepimpinan Parti PKR ini untuk menyakinkan kembali kepada seluruh penyokong dan rakyat Malaysia kepada Parti Ketuanan Rakyat ini.Semua nama Pemenang telah diumumkan pada hari terakhir Kongres Nasional ini dilangsungkan dan telah pun Rasmi keputusan itu dengan Presiden iaitu Datin Seri Wan Azizah kekal memegang jawatan itu diikuti oleh Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden serta 4 orang Naib Presiden iaitu Nurul izzah,Tian Chua,Fauziah Salleh,dan Mansur Othman serta 20 orang Majlis Pimpinan Pusat.Apa yang penting untuk dilakukan oleh PKR selepas ini adalah menyemak kembali segala permasalahan yang berlaku sepanjang tempoh pemilihan kali ini dan memperbaikinya pada pemilihan yang akan datang.Menang atau kalah tidak menjadi persoalan seharusnya pada Parti yang memperjuangkan ketuanan Rakyat ini kerana ini adalah Parti Rakyat.Jika terdapat pimpinan yang merebut jawatan dalam parti untuk mendapat tempat dan kedudukan,Maka tidak ada bezanya kewujudan Parti ini dengan Parti lawannya.Oleh Sebab itu mereka perlu menilai menginsafi kembali setiap perkara yang telah berlaku sepanjang tempoh pemilihan itu dan menteladaninya untuk masa akan datang supaya tidak akan berulang kembali.
Penulis Smart Generation sekadar mahu membuat kesimpulan dalam perjalanan Kongres Nasional PKR yang ke-7 ini.Membaca setiap petikan ucapan dan amanat daripada setiap kepimpinan tertinggi dalam Parti ini akan menyuburkan dan menyegarkan kembali pemikiran ahli-ahli parti ini yang dilihat semakin tidak menentu dengan segala perkara yang telah berlaku sejak akhir-akhir ini.Segala amanat dan nasihat dalam Kongres Nasional PKR pada kali ini haruslah diisi sepenuhnya oleh semua pendokong Parti Keadilan Rakyat agar kehadirannya terus mekar dan subur di atas bumi bertuah Malaysia ini.Janganlah layukan perjuangan yang telah dibina oleh rakyat dengan keringat dan titisan air mata penderitaan akibat daripada kesengsaraan untuk mendapatkan pembelaan dan pengadilan.Sirami segala air-air peluh perjuangan ini agar terus mekar dan subur memartabatkan Parti Rakyat ini atas prinsip keadilan dan demokrasi yang sebenar.Jangan hampakan harapan rakyat yang mahu melihat perubahan dalam landskap politik tanah air ini.
Penulis Smart Generation menulis artikel ini sebagai seorang rakyat biasa yang sekarang ini hanya melihat dan memerhati perjalanan politik tanah air yang sedang berlaku dalam negara ini.Penulis Smart Generation ini hanyalah generasi muda yang mahukan keamanan dan kesejahteraan untuk semua rakyat berasaskan kepimpinan Politik yang baik dan boleh diterima oleh rakyat secara keseluruhannya.Penulis Smart Generation masih menantikan hala tuju politik baru di tanah air bumi kelahiran tercinta ini.Penulis juga melihat betapa sukarnya Perjuangan yang dilalui oleh PKR ini setelah hampir 12 tahun penubuhannya sehingga dapat menafikan majoroti 2/3 Barisan Nasional dan merampas 5 negeri dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu.Kejayaan yang telah dilalui oleh PKR ini adalah perjuangan Rakyat dan suara rakyat.Janganlah nanti rakyat menjadi muak dan hilang kepercayaan pada Parti ini kerana Krisis dan pertikaian yang selalu berlaku diantara ahli-ahli parti dan kepimpinan parti ini.Untuk menjadikan PKR ini terus kuat dan utuh semangat perpaduan itu harus kuat sesama ahli mereka.Parti yang berbilang agama dan bangsa ini merupakan satu-satunya Parti yang berani diwujudkan atas dasar kasih sayang dan perpaduan yang utuh sesama kaum ini melambangkan semangat rakyat Malaysia.Oleh sebab itu,amanah dan tanggungjawab untuk memastikan Parti Keadilan ini terus kuat dan kekal relevan adalah harus dipikul oleh semua lapisan kepimpinan di dalam parti ini.
Penulis Smart Generation juga melihat kekuatan yang ada pada parti ini adalah Ketokohan Pemimpin yang menerajui Parti ini.Ketua Umum PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang tokoh yang menjadikan dan membina kekuatan untuk Parti PKR ini.Walaupun diserang dengan pelbagai serangan peribadi dan diaibkan namun semangatnya yang tidak pernah gentar dan luntur itu memastikan Parti PKR ini terus kekal dan berdiri teguh sepertimana kuatnya semangat dan kentalnya peneraju Parti PKR ini.Walaupun ramai orang-orang lama dalam PKR termasuk yang pernah mengasaskan Parti ini keluar daripada Parti ini,Namun Peneraju PKR ini tidak pernah mengaku kalah dalam perjuangan dan tidak pernah kenal erti putus asa walaupun diseksa dan dianiaya dengan segala macam bentuk penghinaan.Inilah yang menjadi formula untuk Parti ini terus kekal.Namun,Penulis tidak pasti sampai bilakah Peneraju PKR ini akan terus menjadi Kapten untuk Parti ini.Semakin hari semakin di mamah usia.Adakah hanya Anwar Ibrahim sahaja yang mampu mempertahankan Parti ini?bagaiamana kalau Anwar Ibrahim dipanggil pulang untuk mengadap tuhan yang esa?Adakah Parti ini juga akan hancur dan hilang?...persoalan ini yang harus dijawab oleh semua pimpinan di dalam PKR ini.Seharusnya ramai lagi tokoh-tokoh hebat seperti Anwar Ibrahim ini dilahirkan dan diwujudkan bagi memastikan perjuangan ini tidak akan terhenti dan mati bila hilangnya pemimpin.
Penulis Smart Generation melihat bahawa Kongres Nasional PKR yang telah diadakan ini harus menjadi titik tolak perubahan buat Parti ini demi memastikan perjuangan mereka tidak jauh tersasar daripada prinsip perjuangan parti.Kepercayaan harus dikembalikan dari seluruh peringkat.Pasukan yang kuat harus dibina dan dikekalnya.Jika pecah sayap-sayap pejuang dalam Parti ini maka akan pecah jugalah perjuangan dalam Parti ini.Melaksanakan misi dan agenda rakyat adalah tanggungjawab utama.Hasrat untuk menjadi pemerintah haruslah dibuktikan daripada hari ini.Buktikan kepada rakyat bahawa Parti ini adalah Parti yang memperjuangkan Rakyat.Bukan memperjuangkan pemimpin yang gilakan pangkat,darjat dan kuasa untuk memerintah!...
sekian...
p/s-Penulisan ini sekadar pandangan peribadi penulis sebagai rakyat biasa.maaf jika tersalah dalam membuat penilaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan