Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 5 November 2010

PILIHAN RAYA AMERIKA SYARIKAT SUATU ANALISA:PARTI REPUBLIKAN MENAFIKAN PARTI DEMOKRAT

salam kepada semua..


Setelah membuat analisa ringkas berkaitan Pilihan Raya Kecil di Parlimen Batu Sapi dan Galas pada 4 november yang lalu,Penulis pada hari ini ingin memberikan pandangan dan ulasan berkenaan Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat pada 2 November yang lalu.Suatu kejutan buat Presiden Amerika Barrack Obama apabila parti beliau iaitu Parti Demokrat mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya separuh penggal itu.Parti Republikan ternyata begitu menyerlah dalam Pilihan raya Separuh penggal Amerika Syarikat pada kali ini dengan menguasai Dewan Senat.

Penulis akan menjelaskan bagaimana Sistem Pilihan Raya yang berlaku di Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum pergi lebih jauh dalam analisa Pilihan Raya Separuh Penggal Amerika pada tahun 2010 ini.Kongres Amerika Syarikat merupakan dewan perundangan dwidewan di dalam kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat, yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan. Kedua-dua ahli senator dan perwakilan dipilih melalui pemilihan langsung.Seperti yang disyaratkan di dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, setiap daripada 435 ahli Dewan Perwakilan akan mewakili daerah dan akan berkhidmat selama dua penggal. Kerusi-kerusi Dewan diagihkan di antara negeri-negeri  mengikut populasi. 100 orang senator akan berkhidmat selama enam tahun. Setiap negeri akan memiliki dua orang senator, tanpa mengira jumlah penduduk. Setiap dua tahun, kira-kira dua-pertiga anggota Senat baru akan dipilih.Perkara 1 Perlembagaan A.S memberi semua kuasa perundangan kepada Kongres A.S. Dewan Perwakilan dan Senat merupakan rakan setara dalam proses perundangan (undang-undang tidak boleh diaktakan tanpa kelulusan kedua-dua dewan); walaubagaimanapun, Perlembagaan memberi kuasa yang unik bagi setiap Dewan. Senat secara uniknya diberi kuasa bagi mengesahkan perjanjian dan meluluskan perlantikan presiden. Rang undang-undang meningkatkan hasil mesti bermula di Dewan Perwakilkan, yang mana memiliki kuasa tunggal  mencabar, sementara itu Senat pula memiliki kuasa tunggal bagi cubaan kes-kes cabaran.Istilah kongres juga digunakan bagi merujuk pada mesyuarat tertentu bagi perundangan negara, mengambil kira penggal para perwakilan. Oleh sebab itu, tempoh "Kongres" adalah meliputi dua tahun.Mengikut perlembagaan, dua dewan ini mempunyai sedikit perbezaan kuasa. Semua rang undang-undang hasil hendaklah datang dari Dewan Perwakilan, dan Dewan Senat meluluskan perjanjian dan perlantikan presiden. Perbezaan ini hilang apabila dibandingkan dengan kuasa kedua-dua dewan dalam menggubal undang-undang. Sebelum rang undang-undang dikemukakan kepada presiden untuk ditandatangani, ia mesti diluluskan oleh kedua-dua dewan dalam bentuk yang sama. Hasilnya kuasa tidak tertumpu kepada satu dewan lebih dari yang lain. 

Pilihan raya pertengahan penggal Kongres Amerika Syarikat akan diadakan pada 2 November lalu membuktikan bahawa Parti Republikan  merebut kembali kerusi majoriti di Dewan Perwakilan. Perubahan situasi politik yang berlaku di negara itu dipercayai akan memberi kesan yang besar, bukan sahaja kepada dasar dalam negeri dan dasar luar kerajaan Amerika Syarikat sendiri, bahkan keputusan pilihan raya Presiden pada tahun 2012.Menurut laporan media tempatan di Amerika Syarikat , kerajaan sudah mengkaji semula agenda politik pascapilihan raya tersebut. Ada juga orang yang meramalkan bahawa pentadbiran Obama akan menghadapi cabaran yang lebih besar bagi tempoh pertengahan penggal keduanya nanti.
Bagi masa seminggu terakhir menjelang pilihan raya Kongres Amerika lalu,kelihatan  Parti Demokrat dan Parti Republikan kelihatan memperhebat kempen masing-masing di setiap wilayah di negara itu bagi memastikan kemenangan. Dalam pilihan raya ini, kesemua 435 buah kerusi Dewan Perwakilan dan 37 buah kerusi Senat iaitu satu pertiga kerusi dalam Senat diundi semula. Selain itu, sebanyak 38 buah kerusi Gabenor negeri dan dua lagi kerusi ketua wilayah Amerika Syarikat di seberang laut juga turut diundi semula.Dalam pilihan raya ini  Parti Republikan hanya perlu merebut kembali sekurang-kurangnya 40 buah kerusi untuk menguasai majoriti di Dewan Perwakilan.Penasihat Politik Parti Republikan, Karl Rove meramalkan bahawa Parti Republikan akan memenangi 50 hingga 60 buah kerusi Dewan Perwakilan dalam pilihan raya ini..Berdasarkan keadaan kempen pilihan raya Senat, kekuatan antara kedua-dua parti tersebut tidak banyak berbeza.
Rencana akhbar Washington Post berpendapat, soalan yang patut dikemukakan ialah "Seteruk manakah kekalahan Parti Demokrat dalam pilihan raya itu nanti?", dan bukannya "Adakah parti itu akan kalah?"
Baru-baru ini, Obama berkejar ke sana sini untuk memberikan sokongan kepada calon-calon ahli Parlimen dari partinya dalam aktiviti kempen pilihan raya. Walaupun Parti Demokrat menolak ramalan tentang kekalahannya, namun, memandangkan betapa kritikalnya situasi semasa pentadbiran Obama dilaporkan telah mengkaji semula rancangan pelaksanaan dasarnya selepas pilihan raya nanti.Penganalisis berpendapat keputusan pilihan raya pertengahan penggal Kongres ini akan memberi kesan kepada situasi politik dan dasar negara Amerika Syarikat.Jika Parti Republikan berjaya merebut kembali kerusi majoriti di Dewan Perwakilan, pergeseran antara kedua-dua parti itu akan menjadi lebih besar. Suasana politik di Washington pula akan menjadi lebih dingin bagi pentadbiran Obama. Dalam kempen pilihan raya kali ini, ramai calon ahli Parlimen terpaksa memilih strategi yang bersifat radikal untuk memancing undi.Pergerakan "Parti Teh" yang baru muncul di arena politik Amerika Syarikat sejak tahun lepas juga memainkan peranan yang tidak boleh diabaikan dalam pertarungan antara Parti Demokrat dan Parti Republikan. "Parti Teh" menentang kebanyakan dasar kerajaan Obama. Menurut laporan The New York Times, terdapat 129 orang calon ahli Dewan Perwakilan dan 9 orang calon Senator dari Parti Republikan yang mendapat sokongan "Parti Teh". Apabila mereka ini menang dalam pilihan raya itu, kerjasama antara Parti Republikan yang bersifat sederhana dengan Parti Demokrat akan menjadi lebih sukar.

Parti Republikan yang dianggotai bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush merampas semula penguasaan di Dewan Perwakilan daripada Parti Demokrat selepas keputusan pilihan raya itu diketahu.
Bagaimanapun, parti Demokrat yang dianggotai Presiden AS, Barack Obama masih mengekalkan majoriti di Dewan Senat.Dalam keputusan awal, parti Republikan menang 239 kerusi daripada 435 kerusi di Dewan Perwakilan manakala Parti Demokrat memperoleh 183 kerusi dengan 12 kerusi belum diketahui keputusan.
Kemenangan tersebut merupakan yang terbesar dalam tempoh sedekad dan mengatasi penguasaan Republikan dalam Dewan Perwakilan pada 1994 yang dikenali sebagai Revolusi Republikan ketika itu.
Ekoran kemenangan itu, pemimpin parti Republikan di Dewan Perwakilan yang dijangka dipilih menjadi Speaker, John Boehner berkata, partinya akan menjadikan agenda untuk mengurangkan perbelanjaan pentadbiran persekutuan pada persidangan Kongres AS tahun depan.Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ketika di Washington  menerima ‘kekalahan’ partinya pada pilihan raya pertengahan penggal, namun berikrar tidak akan mengaku kalah bagi memperjuangkan agenda domestiknya untuk membawa perubahan.Beliau berkata, kekecewaan pengundi terhadap proses pemulihan ekonomi yang lembap serta kegagalannya untuk membersihkan ‘huru-hara dahsyat’ di Washington, merupakan antara punca kekalahan Parti Demokrat dan kejayaan Parti Republikan menambah kerusi di Dewan Perwakilan.“Rasanya memang teruk. Saya perlu melakukan tugas dengan lebih baik lagi, sama seperti yang dibuat orang lain di Washington,” kata Obama yang cuba ‘menelan’ kekalahannya ketika bercakap pada satu sidang media di White House.Pentadbiran Presiden itu berhadapan satu tempoh yang membimbangkan ekoran ketidaksepakatan kerajaan dan konfrontasi politik yang perlu beliau ambil kira menjelang pilihan raya Presiden 2012.Obama turut mengakui ‘bertanggungjawab’ di atas kekalahan tersebut dengan menyatakan bahawa ia berpunca daripada kegagalannya menguruskan ekonomi AS yang teruk, sekali gus mengecewakan pengundi yang mahu proses pemulihan ekonomi berjalan lancar dengan mengetepikan Parti Demokrat untuk memilih Parti Republikan.Meraikan kejayaan pada pilihan raya Kongres, pemimpin-pemimpin Parti Republikan berjanji akan mencari titik persamaan di mana-mana sahaja, namun memberi amaran, pengundi telah menyampaikan mesej bahawa rancangan pembaharuan Obama sudah terlalu jauh dan harus dihentikan.Ketua parti pembangkang di Dewan Perwakilan, John Boehner yang bakal menggantikan Speaker Dewan, Nancy Pelosi pada Januari ini berkata, Obama perlu ‘mengubah perjuangannya’
Walaupun keputusan pilihan raya itu mungkin mengurangkan harapan untuk beliau menang dalam pilihan raya Presiden 2012, Obama menegaskan Presiden AS sebelum ini seperti Ronald Reagan dan Bill Clinton pernah mengalami kekalahan pada pilihan raya separuh penggal tetapi menang untuk memerintah pada penggal kedua.Berdasarkan sistem pilihan raya di AS, pilihan raya Dewan Perwakilan, pilihan raya Dewan Senat dan pilihan raya Gabenor akan diadakan selepas pilihan raya Presiden.Kali terakhir pilihan raya Presiden AS diadakan ialah pada 4 November 2008.

Penulis melihat bahawa Rakyat Amerika mahukan perubahan yang ketara terutama berhubung Krisis Ekonomi yang telah melanda negara itu.Namun kegagalan daripada Obama untuk memastikan ekonomi negara itu pulih dengan sepenuhnya ternyata gagal dan menyebabkan pegundi iaitu rakyat Amerika sendiri yang kecewa dengan pentadbiran beliau dan memberikan amaran awal dalam Pilihan Raya Separuh Penggal ini.Walaupun beliau memenagi Pilihan Raya Presiden pada tahun 2012 nanti,Ternyata amat sukar bagi Obama untuk membuat keputusan dalam Kongres Amerika apabila kedua-dua Parti Demokrat dan Republikan menguasai separuh daripada Dewan Perwakilan dan Senat.Presiden Barack Obama masih belum terlambat untuk memperbaiki prestasinya dan memastikan rakyat Amerika kembali menyokong pentadbirannya.Ternyata Suara rakyat Amerika didengari menerusi kotak undi.Sudah pasti Presiden Obama kini akan menghormati hasrat orang ramai, mengubah arah dan melakukan perubahan yang dituntut oleh rakyat Amerika.Keputusan pilihan raya itu merupakan mesej yang paling kuat ditunjukkan oleh pengundi yang sama memilih Obama menjadi Presiden AS.Obama mengangkat sumpah menjadi Presiden AS pada 20 Januari 2008.Beliau pernah berjanji untuk mengatasi masalah ekonomi, meluaskan pelaksanaan insurans kesihatan dan menutup penjara Guantanamo milik AS di Cuba.Namun, setakat ini Obama hanya berjaya melakukan perubahan kesihatan insurans yang diluluskan Kongres AS.Mengikut sistem pilihan raya di AS, pilihan raya Dewan Perwakilan, pilihan raya Dewan Senat dan pilihanraya Gabenor di setiap negeri akan diadakan selepas pilihan raya Presiden.

sekian,

Penulis:MOHD ASRI BIN ZULKIFLI(PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA)


Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse