Selamat datang ke blog Smart Generation dan dapatkan segala maklumat dan informasi terkini berkaitan isu-isu semasa dan terkini.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Wednesday, November 24, 2010

PERANG KOREA UTARA VS KOREA SELATAN KINI BERMULA:APA KESANNYA?






Penulis Smart Generation melihat bahawa serangan oleh Korea Utara  ini merupakan salah satu cara dan taktik terkini Korea Utara bagi mendesak dunia menerima dan membenarkan Korea Utara membangunkan teknologi nuklearnya.Serangan yang dilakukan oleh Korea Utara ini selepas wakil daripada Amerika Syarikat hadir ke korea selatan untuk membincangkan mengenai desakan untuk Korea Utara menghentikan program Uraniumnya yang mana dijangkakan Korea Utara akan mengeluarkan dan menghasilkan tenaga nuklear secara besar-besaran berdasarkan program uranium yang dijalankan ini.Sementara itu Amerika juga meminta rakan-rakan sekutu mereka termasuk Russia untuk mendesak Korea Utara menghentikan Program Nuklearnya.Negara jepun dan china juga sekarang ini sedang memastikan dan cuba berunding dengan Korea Utara untuk memastikan mereka menghentikan serangan ini.Kekhuatiran yang Penulis Smart Generation risaukan adalah jika benar serangan Korea Utara kepada Korea Selatan ini bermakna Korea Utara sudah berjaya menghasilkan Senjata Nuklearnya.Jika peperangan ini berlarutan dan tidak selesai sudah tentu Korea Utara akan menggunakan senjata nuklearnya dan mengakibatkan bukan sahaja Korea Selatan akan terjejas teruk tetapi Daratan Asia juga mungkin akan musnah dan merebak kepada beberapa buah negara yang lain selain akan menggangu ekosistem dan iklim dunia mengakibatkan lebih banyak kemusnahan akan berlaku.Penulis Smart Generation mengharapkan seluruh dunia untuk sama-sama mendesak Korea Utara menghentikan serangan ini demi memastikan keamanan dunia terus terpelihara.


Berikut merupakan kekuatan ketenteraan kedua-dua negara iaitu Korea Utara dan Korea Selatan berdasarkan data dari The Military Balance 2009.

kekuatan ketenteraan Korea Utara


Korea Utara memiliki tentera
  aktif sebanyak 1.106.000(satu juta seratus enam ribu) orang. Tentera simpanan  sekitar 4700.000(empat juta tujuhratus ribu) orang.Korea Utara memiliki 3500(tiga ribu limar atus) lori tentera. Senjata lain sekitar 3060(tiga ribu enampuluh ribu), peluru berpandu sejumlah 17.900(tujuhbelas ribu sembilan ratus),.Angkatan Laut, Korea Utara memiliki kapal selam 63, frigat 3, dan kapal Amphibi sejumlah 261.. Korea Utara memiliki pesawat pengebom sekitar 80 buah. Jet tempur 440, pesawat pengangkut  215.Dan Helikopter sebanyak 302.

kekuatan ketenteraan Korea Selatan


Korea Selatan mempunyai tentera
  aktif sebanyak  687.000 orang, lebih sedikit dibanding Korea Utara. Tentara simpanan  Korea Selatan sebanyak  4500.000(empat juta limaratus ribu) orang.
Angkatan Daratnya, Korea Selatan punya 2330 lori tentera, senjata lain sejumlah 4520, peluru berpandu sebanyak 10.774, dan helikopter 418.Kekuatan Angkatan lautnya, Korea Selatan mempunyai kapal selam 12. Jauh lebih kecil dibanding Korea Utara. Frigat 9, lebih besar dari Korea Utara. Dan kapal Amphibi  48. Ini sebenarnya cukup mengejutkan, kerana  Korea Selatan jauh ketinggalan dibanding Korea Utara yang berhaluan komunis itu.

Penduduk Korea Selatan berjumlah 46,5 juta, Korea Utara berjumlah 22,7 juta.

Berikut adalah berita penuh serangan itu:

Korea Utara hari ini melancarkan serangan ke atas Korea Selatan dengan melepaskan berpuluh-puluh tembakan meriam ke atas pulau Yeonpyeong, yang menempatkan kira-kira 1,000 tentera Korea Selatan, berhampiran sempadan Laut Kuning, yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.Tentera Korea Selatan membalas serangan dengan bedilan meriam, kerajaan mengadakan sidang tergempar dalam bilik perang bawah tanah dan beberapa jet pejuang digerakkan dalam insiden sempadan terburuk sejak perang 1950-1953 ini.Menurut Kementerian Pertahanan Korea Selatan, serangan ke atas pulau nelayan itu juga menyebabkan dua anggota marin Korea Selatan maut, sementara 15 anggota marin lagi dan tiga penduduk awam cedera.Televisyen YTN melaporkan, Korea Utara melepaskan kira-kira 50 tembakan meriam ke arah pulau berkenaan, mengakibatkan berpuluh-puluh buah rumah rosak dan terbakar sehingga asap tebal boleh dilihat dari jauh."Sepasukan unit tentera Korea Utara melepaskan tembakan meriam sebagai tindakan provokasi pada kira-kira pukul 2.34 petang waktu tempatan (1.34 petang waktu Malaysia) dan pasukan tentera Korea Selatan melancarkan serangan balas sebagai pertahanan."Amaran ketenteraan Kelas A berikutan situasi tempur ini dikeluarkan serta-merta," kata seorang jurucakap tentera Korea Selatan kepada AFP.Televisyen YTN melaporkan, jet tentera udara Korea Selatan turut dilihat berlegar-legar, selepas insiden di sempadan kedua-dua negara itu yang dianggap paling serius sejak sejak perang 1950-1953.
Penduduk pulau Yeonpyeong, Lee Jong-Sik memberitahu YTN, kira-kira 50 tembakan meriam dilancarkan ke atas pulau itu menyebabkan sekurang-kurangnya 10 rumah terbakar selain kawasan tepi bukit turut dijilat api.Jurucakap Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak berkata, pemimpin tersebut segera mengadakan mesyuarat mengejut keselamatan.Jurucakap itu berkata, Presiden turut mengarah pegawai-pegawai mengawal situasi dengan baik bagi mengelak ketegangan lanjut.

Ekonomi Asia bakal terjejas teruk:

Bursa-bursa utama di Asia hari ini menyaksikan harga-harga sahamnya merosot selepas dikejutkan peristiwa Korea Utara dan Selatan bertukar-tukar serangan sehingga menyebabkan para pelabur menarik keluar pelaburan mereka.Nilai dolar Amerika Syarikat (AS) juga melonjak akibat pelabur mengambil langkah untuk menyelamatkan diri dan melabur dalam mata wang asing itu.Korea Utara telah menyerang Pulau Yeonpyeong, Korea Selatan yang terletak di Laut Kuning, manakala Korea Selatan telah membalas balik serangan itu dengan menghantar jet pejuang ke kawasan tersebut, kata pihak tentera.''Apabila peperangan berlaku, ia tidak akan menjadi risiko positif,'' kata Pakar Strategi Mata Wang BNP Paribas, Rob Ryan.Pasaran saham di rantau ini, berada dalam keadaan lemah sebelum serangan itu berikutan langkah China dan krisis hutang Eropah dan diburukkan lagi dengan berita serangan tersebut.Indeks Komposit Kospi, Korea Selatan ditutup rendah sebanyak 0.7 peratus sebelum berita serangan tersebut.''Pasaran saham (esok) akan dipengaruhi oleh berita serangan Korea Utara itu,'' kata Cho Yong-hyun, Pakar Strategi Pasaran di Hana Daewoo Securities.
''Pasaran hadapan Kospi 200 ditutup rendah, menggambarkan kebimbangan terhadap isu Korea Utara .... ia akan memberikan kesan negatif kepada pasaran,'' katanya.Pasaran hadapan Kospi 200 jatuh 2.44 peratus untuk ditutup pada 248 mata.Pasaran saham Australia jatuh 1.2 peratus, Indeks Hang Seng, Hong Kong merudum 2.4 peratus, China menyusut 1.9 peratus manakala Taiwan turun 0.6 peratus.Pasaran saham Jepun ditutup kerana cuti umum.Sementara itu, pasaran lain seperti New Zealand ditutup rendah 1.1 peratus, Singapura turun 1.6 peratus, Malaysia jatuh 0.8 peratus, Indonesia merudum sebanyak 2.1 peratus, Filipina jatuh 0.9 peratus, Thailand turut merudum sebanyak 1.8 peratus dan India jatuh 2.5 peratus.Indeks Dow Jones juga mengalami kerugian ekoran perkembangan terkini di Korea apabila jatuh 74 mata.- DowJones

3 comments:

Anonymous said...

harap 2 korea ini boleh berdamai...

Anonymous said...

semua negara bersatu padu utk hancurkan korea utara biar negara diorang lenyap sekaligus dari planet bumi ini...

Anonymous said...

Ya Allah, semoga waktu aku dtg thn depan tak ada pepersngan dah.. amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Penulis dalam Akhbar

Penulis dalam Akhbar