Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 31 Januari 2011

PRO-MAHASISWA UM ``JANGAN JILAT LUDAH SENDIRI``....TOLAK E-VOTING,BOIKOT PRK..!!!!!!



salam kepada semua...


1.Pada 27 januari 2011 bertempat di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya jam 12.30 tengahari satu Taklimat mengenai E-Voting dan E-Penamaan telah diadakan dan disampaikan oleh Ahli JawatanKuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) pada sesi ini.

2.Taklimat pada kali ini telah di sampaikan oleh En Puniamurthy yang juga Pengarah Pilihanraya Kampus kali ini berkata dalam taklimatnya, sistem E-penamaan akan diperkenalkan kepada warga kampus dan akan dijalankan secara online.Semua calon yang akan bertanding akan mengisi borang secara online dan perlu dikemaskini semasa penamaan calon.Akan tetapi, calon juga tetap akan diberikan satu borang kertas untuk diisi secara manual seperti sebelum ini.

3.Wakil daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) yang menerangkan secara kasar mengenai E-Voting  dan E-penamaan.Wakil PTM dalam taklimatnya memaklumkan bahawa satu taklimat khas mengenai E-Calon akan dibuat selepas cuti pertengahan semester nanti.Pihak PTM dan badan pelaksana memberikan keyakinan kepada sistem E-Voting yang akan dijalankan buat kali kedua di Universiti Malaya selepas terbukti ketelusan sistem ini pada tahun lalu selepas di siasat oleh sebuah Firma Internet bebas pada tahun lepas.


4.Saya selaku Pengerusi Penggerak Mahasiswa ketika di buka sesi soal jawab bangkit mengemukakan soalan dan memberikan pandangan mengenai sistem ini.Saya telah mencadangkan supaya setiap pengundian di ‘print out‘ supaya sekiranya terdapat bantahan undi antara satu calon dengan salah satu calon yang lain, ianya dapat dikira semula melalui kertas yang di ‘print out‘ ketika sesi pengundian.Saya memberikan cadangan ini kerana melihat bahawa jika terdapat bantahan yang dilakukan oleh Calon,Sistem tidak boleh dikira semula,Namun jika ada kertas yang di`` Print Out `` kertas itu boleh di kira sewaktu sesi bantahan.Namun Pihak Jawatankuasa memutuskan bahawa sistem asal tetap diteruskan dan belum merancang untuk menggunakan sistem itu buat masa ini.

5.Saya juga meminta supaya pihak Jawatankuasa Pilihan Raya MPMUM memberikan jaminan kepada Mahasiswa bahawa sistem E-Voting ini dapat memberikan kemudahan kepada Mahasiswa serta keputusan dapat di umumkan dengan segera sebaik sahaja proses membuang undi tamat.Pada sesi lepas,Mahasiswa terpaksa menunggu selamat beberapa hari untuk mendengar keputusan Rasmi pemilihan dan perkara ini sememangnya membebankan mahasiswa.Saya meminta supaya Pihak pentadbiran memberikan jaminan bahawa keputusan rasmi akan di umumkan dalam masa yang terdekat.

6.Pihak Jawatan Kuasa Induk Pilihanraya Kampus Universiti Malaya, En Puniamurthy mengumumkan supaya setiap calon yang mahu bertanding untuk Pilihan Raya Kampus pada sesi kali ini di minta untuk hadir ke satu Kursus Calon anjuran Pentadbiran Universiti Malaya yang akan dikelolakan oleh Naib Canselor sendiri.Kursus ini dijalankan untuk memberikan kefahaman kepada semua calon mengenai hasrat universiti dan melatih calon-calon ini supaya lebih berketrampilan dan berdaya saing demi untuk menaikkan nama Universiti Malaya di peringkat antarabangsa.Kursus calon ini juga akan memastikan bahawa calon-calon yang bertanding nanti benar-benar faham akan tanggungjawab mereka kepada Universiti Malaya yang tercinta ini.

7.Pro-Mahasiswa yang tidak bersetuju dengan sistem E-voting ini seharusnya tidak perlu menghantar Calon pada sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) kali ini.Jika benar mereka menyakini bahawa sistem E-Voting ini tidak telus,kenapa masih mahu menghantar wakil mereka untuk bertanding?.Bukankah perkara ini ``seolah-olah menjilat ludah sendiri`` .Pada tahun lepas Pihak Pro-Mahasiswa telah mengadakan bantahan besar-besaran mengenai sistem E-Voting ini,tetapi mereka tetap mengiktiraf kemenangan 8 calon Umum mereka dan calon-calon Fakulti mereka daripada sistem E-voting ini.Jika benar-benar Pro-Mahasiswa tidak bersetuju 100% dengan sistem ini.Pro-Mahasiswa perlu boikot Pilihan Raya ini,bukannya turut serta bertanding.


8.Penggerak Mahasiswa juga mengharapkan supaya Proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) pada tahun ini akan lebih telus dan memberikan kemudahan kepada Mahasiswa.Kami menyambut baik keputusan Universiti untuk mengekalkan Pusat Pengundian di Kolej Kediaman dan di tambah di Fakulti demi memastikan seluruh Mahasiswa Universiti Malaya menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.....


``BERSAMA MENERAJU KEINTELEKTUALAN MAHASISWA``
``UM IS ONE``
``WE ARE LOVE UM``



5 ulasan:

Mohd Firdaus Bin Abdullah berkata...

INSYAALLAH

Tanpa Nama berkata...

kalau diorg tak pg namakan calon,takkan satu pihak je menang..=.="

Tanpa Nama berkata...

kalau cmtu,kiranya MPM UM ni pn "seolah2 menjilat ludah sendiri" jgk la kn???
apa tak nye, diorg mengemukakan bantahan kepada HEP ttg kenaikan harga yuran libry, tapi masih lagi pergi ke lbry...cmne tu???hohohohohoh :-D

Tanpa Nama berkata...

saudara kalu bercakap kita pakai akal.. kalu x hntar calon bt ape adakan pilihan raya???? kat mana perkataan "pilihan" tu kita nak buang??? saudara2... dalam bijak saudara ada lemah nya... dan sah2 menang tnpa bertanding... huhuh.. bt pe pilihan raya di adakan???

fahdin berkata...

erm ... pada saya ...menghantar calon pun sebagai salah 1 cara menolak ...bile menghantar calon ...dan kita mula menapak ,,,, maka dengan kuasa dan autoriti yang ada ..kemanpuan untuk mendesak akan lebih berkesan ..... kalau tak hantar calon ...selamanya tak mampu nak halang .....

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse