Penulis Smart Generation pada hari ini ingin mengulas berkenaan Pilihan Raya yang julung kali diadakan di Myanmar selepas 20 tahun berada dalam pemerintahan junta tentera.Myanmar merupakan antara negara di dunia yang tidak mengamalkan proses demokrasi dalam perlantikan pemimpinnya dan meletakkan kuasa tentera sebaga kuasa autonomi.Namun,masih terdapat pihak yang mempertikaikan Pilihan Raya di Myanmar ini yang mana tidak melambangkan proses demokrasi yang sebnar dan masih memihak kepada pihak junta tentera.
Kerajaan Myanmar enggan membenarkan pemerhati asing atau media antarabangsa masuk menyaksikan perjalanan pilihan raya itu yang diadakan buat pertama kali dalam tempoh dua dekad.Rudd berkata keputusan Myanmar untuk mengadakan pilihan raya sepatutnya menjadi saat yang dialu-alukan ‘bagi negara yang menderita di bawah pemerintahan tentera sejak 1962’. Tetapi katanya: “Kami mempunyai keraguan mendalam mengenai pilihan raya itu”.“Ia dijalankan mengikut undang-undang pilihan raya tidak adil yang mengenakan sekatan ketat ke atas parti politik,” katanya. Perdana Menteri, Julia Gillard juga menggesa agar pilihan raya itu dijalankan dengan secara adil dan telus, dan mengulangi gesaan Australia bagi pembebasan tahanan politik, termasuk Aung San Suu Kyi.“Pilihan raya itu sepatutnya membolehkan parti politik turut serta dengan bebas, jika tidak mereka tidak memenuhi syarat utama dalam menganjurkan pilihan raya bebas dan adil,” kata Gillard kepada stesen televisyen ABC .Ulasannya dibuat selepas ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay Jumaat lalu menyatakan Myanmar setakat ini gagal menepati standard antarabangsa.Kerajaan Myanmar enggan membenarkan pemerhati asing atau media antarabangsa masuk menyaksikan perjalanan pilihan raya itu yang diadakan buat pertama kali dalam tempoh dua dekad.
Namun, walaupun keadaan pilihan raya itu dikritik dengan meluas, ada juga pihak yang melihatnya sebagai langkah awal ke arah demokrasi selepas lima tahun berada di bawah pemerintahan kuku besi, dan parti pembangkang akhirnya boleh bersuara di parlimen.Walaupun jeneral tentera junta itu tidak popular, parti yang menjadi proksi mereka, Parti Pembangunan dan Kesatuan Perpaduan (USPD) dijangka akan menang.
USPD meletakkan 1,112 calon bagi keseluruhan 1,159 kerusi di dua kawasan parlimen nasional dan 14 kawasan parlimen wilayah. Ia ditentang oleh Parti Kesatuan Kebangsaan yang mendapat sokongan pemerintah tentera sebelumnya yang mempunyai 995 calon. Parti pembangkang utama, Parti Tindakan Demokratik Nasional bertanding di 164 kawasan. Peraturan pilihan raya ditulis untuk memberi manfaat kepada USDP manakala beratus-ratus calon pembangkang lain termasuk Aung Sang Suu Kyi di mana parti beliau pernah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya 1990 tetapi tidak dibenarkan memerintah, masih ditahan di rumahnya. Jalan di Yangon, bandar raya terbesar di Myanmar berada dalam keadaan sunyi luar biasa dan penduduk yang keluar mengundi awal tidak begitu ramai kelihatan di kebanyakan pusat undian. Beberapa penduduk berkata mereka tidak keluar rumah kerana bimbang ada khabar angin menyatakan akan berlaku letupan bom. Polis pencegah rusuhan diarahkan di beberapa persimpangan jalan tetapi tiada anggota tentera kelihatan berhampiran pusat undian. Apa juga keputusan, perlembagaan menetapkan 25 peratus kerusi parlimen untuk pelantikan tentera. Pengundi melahirkan rasa bimbang dan tidak percaya. “Saya tidak boleh berada di rumah dan tidak berbuat apa-apa,” kata Yi Yi, seorang juruteknik komputer berusia 45 tahun..Bagi penulis keadaan yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Myanmar selepas 20 tahun ini juga seperti tidak ada perubahan yang besar.Sudah tentu pihak junta tentera tidak akan membenarkan pihak pembangkan untuk menguasai negara itu dan mengubah sistem yang sedia ada di wujudkan oleh pihak Junta Tentera.
USPD meletakkan 1,112 calon bagi keseluruhan 1,159 kerusi di dua kawasan parlimen nasional dan 14 kawasan parlimen wilayah. Ia ditentang oleh Parti Kesatuan Kebangsaan yang mendapat sokongan pemerintah tentera sebelumnya yang mempunyai 995 calon. Parti pembangkang utama, Parti Tindakan Demokratik Nasional bertanding di 164 kawasan. Peraturan pilihan raya ditulis untuk memberi manfaat kepada USDP manakala beratus-ratus calon pembangkang lain termasuk Aung Sang Suu Kyi di mana parti beliau pernah mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya 1990 tetapi tidak dibenarkan memerintah, masih ditahan di rumahnya. Jalan di Yangon, bandar raya terbesar di Myanmar berada dalam keadaan sunyi luar biasa dan penduduk yang keluar mengundi awal tidak begitu ramai kelihatan di kebanyakan pusat undian. Beberapa penduduk berkata mereka tidak keluar rumah kerana bimbang ada khabar angin menyatakan akan berlaku letupan bom. Polis pencegah rusuhan diarahkan di beberapa persimpangan jalan tetapi tiada anggota tentera kelihatan berhampiran pusat undian. Apa juga keputusan, perlembagaan menetapkan 25 peratus kerusi parlimen untuk pelantikan tentera. Pengundi melahirkan rasa bimbang dan tidak percaya. “Saya tidak boleh berada di rumah dan tidak berbuat apa-apa,” kata Yi Yi, seorang juruteknik komputer berusia 45 tahun..Bagi penulis keadaan yang berlaku sewaktu Pilihan Raya Myanmar selepas 20 tahun ini juga seperti tidak ada perubahan yang besar.Sudah tentu pihak junta tentera tidak akan membenarkan pihak pembangkan untuk menguasai negara itu dan mengubah sistem yang sedia ada di wujudkan oleh pihak Junta Tentera.
Lebih 29 juta warga Myanmar daripada 60 juta orang penduduk di negara itu layak mengundi. Kerja pengiraan undi dilaksanakan di bawah pengawasan bersama oleh wakil pelbagai parti, manakala hasilnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya di pelbagai peringkat. Dalam tempoh 90 hari selepas berakhirnya pilihan raya ini, sidang Parlimen Persekutuan kali pertama akan diadakan untuk melantik Presiden dan Timbalan Presiden serta membentuk kerajaan baru. Ketika itu, junta tentera Myanmar akan menyerahkan kuasa kepada kerajaan baru. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar, seramai 3,071 orang calon dari 37 parti dan 82 orang calon bebas telah bertanding dalam pilihan raya ini, antaranya termasuk 114 orang calon wanita. Parti Perpaduan dan Pembangunan Persekutuan (USDP) menamakan 1,112 orang calon dan mereka ditentang oleh Parti Kesatuan Kebangsaan (NUP) yang menamakan 995 calon.Pilihan raya kali ini yang diadakan berdasarkan Perlembagaan Republik Persekutuan Myanmar yang diluluskan melalui pungutan suara pada tahun 2008, akan memilih seramai lebih 1,000 ahli parlimen peringkat kebangsaan dan wakil peringkat parlimen wilayah. Menurut perlembagaan tersebut, nama negara Myanmar akan ditukar menajdi Republik Persekutuan Myanmar, ibu negaranya menjadi Naypyidaw, dan sistem negara berpresiden akan diamalkan. Presiden ialah pemimpin negara dan kerajaan, manakala Panglima Angkatan Tentera ialah pemimpin tertinggi kuasa bersenjata. Perlembagaan itu juga menetapkan 25 peratus kerusi parlimen untuk adalah dilantik dari kalangan tentera. Myanmar akan mengamalkan sistem kerajaan pelbagai parti dan dasar luar yang bebas, positif dan berkecuali. Pasukan tentera asing tidak dibenarkan ditempatkan di negara itu.
Pilihan raya kali ini membantu penyerahan kuasa dari pihak junta tentera kepada kerajaan demokratik. Untuk memastikan matlamat tersebut tercapai, Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara Myanmar (SPDC), iaitu badan berkuasa tertinggi di negara itu telah menguatkuasakan beberapa undang-undang tahun ini. Kerajaan juga mempertingkat kawalan keselamatan dan mengadakan rondaan di kawasan pusat dan jalan utama di Yangon dan bandar utama yang lain.USDP dijangka akan menang dalam pilihan raya ini. Penentangnya ialah NUP yang mendapat sokongan pemerintah tentera sebelum ini.Warga Myanmar dari pelbagai lapisan masyarakat berharap kerajaan baru ini dapat memperbaiki taraf hidup rakyat, mewujudkan ketenteraman awam, pembangunan dan kemakmuran di negara itu.Pemimpin Myanmar telah berkali-kali menyatakan bahawa pihaknya akan membuka pintu negara itu secara berperingkat-peringkat, menggalakkan perkembangan ekonomi domestik, memelihara kepentingan usahawan tempatan, dan meningkatkan daya saing syarikat dalam negaranya.Akhbar "New Light of Myanmar" melaporkan kelmarin bahawa pilihan raya ini merupakan suatu peristiwa yang penting bagi Myanmar dan rakyatnya akan tercatat dalam sejarah, Myanmar sedang menuju ke sebuah negara demokratik.Penulis Smart Generation melihat usaha ini sebagai salah sau usaha untuk membawa Myanmar sebagai sebauh negara Republik Demokratik Myanmar yang baru.Namun penulis melihat usaha ini kelihatan tidak demokratik jika terdapat campur tangan kuasa politik tentera yang mana tentera tetap berkuasa dalam sistem demokrasi ini.
Penulis melihat Pilihan Raya yang diadakan ini juga mendapat tentangan daripada parti pembangkan di negara itu yang juga pejuang demokrasi utama di Myanmar Suu Kyi, yang kini dalam tahanan di rumah,memulaukan pilihan raya itu kerana berpendapat undang-undang pilihan raya yang diumumkan rejim tentera Myanmar sebagai tidak adil dan bercanggah dengan amalan demokrasi.Keputusan itu mencemarkan lagi proses pilihan raya yang dikecam para diplomat dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dalam dan luar negara sebagai suatu langkah yang diambil bukan untuk kepentingan rakyat malah helah melanjutkan pemerintahan rejim itu. Sekitar 2,100 tahanan politik di negara itu termasuk Suu Kyi terjejas oleh undang-undang baru ini. Beliau juga terpaksa keluar daripada parti yang diasaskannya.Mengikut undang-undang baru pilihan raya yang diumumkan bulan lalu, mereka yang didapati bersalah kerana terlibat dalam jenayah atau pernah dipenjarakan dilarang bertanding sebagai calon.Pihak Barat termasuk Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah (EU) mengatakan bahawa penyertaan Suu Kyi dan NLD amat penting kerana dapat mengabsahkan sebarang pilihan raya yang bakal diadakan. Dengan itu, barulah masyarakat antarabangsa dapat menerima usaha rejim itu untuk mengembalikan pemerintahan negara tersebut kepada rakyat sesuai dengan amalan demokrasi.. Dalam satu pertemuan kelmarin, lebih 100 orang wakil NLD memutuskan sebulat suara untuk memulaukan pilihan raya yang bakal diadakan. Mereka menolak dakwaan rejim bahawa pilihan raya ini sebahagian usaha untuk memenuhi 'peta jalan' ke arah demokrasi.NLD nyaris-nyaris membentuk pemerintah awam selepas pilihan raya umum 1990. Tetapi tentera segera mengambil semula kuasa dengan alasan demi kepentingan nasional.Sejak merdeka pada 1948, lebih 48 tahun Myanmar (dulunya Burma) diperintah oleh tentera. Peta Laluan Demokrasi Myanmar, seperti dijelaskan mantan perdana menterinya, Jeneral Khin Nyunt, pada 30 Ogos 2003, menggariskan tujuh langkah berhubung: mengadakan semula Konvensyen Kebangsaan yang pernah ditunda sebelumnya; melaksanakan secara bertahap proses mewujudkan demokrasi tulen dan berdisiplin; melakar perlembagaan baru; melaksanakan perlembagaan itu melalui satu referendum; mengadakan pilihan raya bebas dan adil bagi melantik dewan perundangan negara; membentuk dewan perundangan; dan membina sebuah negara moden, maju dan demokratik. Seorang pengasas NLD, Encik U Win Tin, 81 tahun, yang dipenjarakan lebih daripada 19 tahun sebagai tahanan politik dan dibebaskan pada 2008, menyeru semua rakyat Myanmar supaya memainkan peranan mereka bagi memulaukan pilihan raya yang bakal menjelang.
Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara (SPDC) Myanmar - dianggotai pemimpin junta yang diketuai Jeneral Than Shwe - mempromosikan pilihan raya sebagai langkah kelima 'Peta Laluan Demokrasi' tujuh tahapnya.Pihak pembangkang, bagaimanapun, meragui hasrat SPDC itu sambil menyuarakan kebimbangan bahawa SPDC boleh menggunakan perlembagaan baru Myanmar, yang diisytiharkan pada 2008 bersama beberapa sekatan perundangan berhubung penyertaan dalam pilihan raya tahun ini, untuk mengekalkan kuasanya.Desakan membangun ekonomi Myanmar yang kian lesu juga merupakan satu lagi dorongan kepada pilihan raya itu.Fahaman politik totalitarianisme tentera Myanmar kurang disenangi negara sekutunya dan sebahagian besar masyarakat antarabangsa.Pemimpin Myanmar sedar bahawa penyertaan awam amat penting untuk membuka pasarannya dan menarik pelaburan, kata pengamat.Sekatan pihak Barat ke atas Myanmar kerana mengamalkan rasuah, menyalah urus ekonomi dan rekod hak asasi yang buruk telah melumpuhkan ekonomi negara kaya sumber itu apabila ia ditadbir rejim tentera pada 1962.Namun, sesetengah pihak menyifatkan pilihan raya itu satu 'kepura-puraan' di sebalik 'topeng demokrasi' .
Rejim tentera didakwa mahu memastikan mereka dan kroni-kroninya kekal menguasai kepimpinan politik, kehakiman, perundangan dan ekonominya dalam tempoh lebih panjang.Beberapa syarat perihal penyertaan parti politik dalam pilihan raya serta langkah memperuntuk seperempat atau 25 peratus daripada jumlah kerusi dalam semua dewan perundangannya - Dewan Negara (224 kerusi) dan Dewan Rakyat (440 kerusi) - kepada pegawai tentera yang bakal dilantik panglima besar tentera Myanmar, mengukuhkan dakwaan itu.
'Rejim tentera itu tidak mahu mengalihkan kuasa. Sebaliknya, kepimpinan tentera berharap dengan mewujudkan satu topeng demokrasi, ia boleh memperbaiki imejnya dan terus mentadbir negara itu,' kata Dr Christina Fink, pakar antropologi politik yang sudah 15 tahun mengkaji ehwal politik dan sosial di Myanmar.
Di bawah perlembagaan baru, hanya 168 daripada 224 kerusi Dewan Negara dan 330 daripada 440 kerusi Dewan Rakyat boleh direbut calon politik awam.'Rejim itu memutuskan bahawa asalkan ia mengadakan pilihan raya, tekanan dalam negeri dan antarabangsa akan reda. Namun, proses pilihan raya itu jauh daripada bebas, adil dan terangkum, hingga banyak negara terdorong untuk mengecamnya sebagai satu kepura-puraan,' jelas penulis buku Living Silence in Burma: Surviving Under Military Rule itu.Beberapa parti politik, termasuk Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) yang dipimpin Cik Aung San Suu Kyi, yang memenangi 392 daripada 485 kerusi dalam pilihan raya parlimen 1990, memboikot pilihan raya kerana enggan menerima perlembagaan baru yang menginstitusikan kuasa tentera dan menyekat penglibatan parti politik awam.Pihak junta juga membatalkan proses mengundi sejumlah 3,400 kampung di kawasan puak Myanmar yang diduduki sekitar 1.5 juta orang.Myanmar mempunyai sekitar 50 juta penduduk, yang terdiri antaranya daripada puak Burma (68 peratus), Shan (9 peratus) dan Karen (7 peratus).Sekitar 89 peratus daripada mereka beragama Buddha Theravada, manakala bakinya adalah penganut Kristian, Islam, Hindu dan faham animisme.Pengerusi Institut Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA), Profesor Madya Simon Tay, melahirkan keraguannya berhubung proses pilihan raya Myanmar itu. 'Tanda-tanda menunjukkan bahawa ia menjalani satu proses yang cacat - bukan pilihan raya tetapi langkah melantik para jeneral,' kata beliau.'Para jeneral meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya ini dengan pakaian preman. Mereka boleh berbuat demikian. Tetapi, masyarakat serantau dan antarabangsa memerlukan lebih daripada itu untuk yakin bahawa pilihan raya itu bebas dan adil.'Malah, proses pilihan raya Myanmar juga dikritik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penuh 'kecacatan'. .. Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan, semasa ditemui di sini pada sesi dialog penutup Forum Asean dan Asia Ketiga bulan lalu, yakin terhadap wujudnya satu negara 'Myanmar yang baru' selepas pilihan raya esok dan berharap negara itu akan lebih mudah disepadukan dengan masyarakat antarabangsa, sejajar dengan niat Myanmar untuk mempengerusikan Asean tahun depan. 'Saya fikir, selepas mencuba sekian lama, kededua Asean dan masyarakat antarabangsa akan menunggu dan melihat. Mengharapkan yang terbaik... walaupun tidak pada kadar kepantasan yang kami inginkan,' katanya. Ringkasnya, Myanmar harus diberi waktu untuk melaksanakan pembaharuan dan membuktikan niatnya ke arah itu
Para pemerhati mengatakan keputusan tentera akan menghangatkan lagi perbalahan. Ada pihak percaya pilihan raya itu merupakan suatu langkah awal ke arah peralihan daripada kuasa tentera kepada demokrasi. Ada pula yang yakin ia masih merupakan helah rejim pimpinan Jeneral Kanan Than Shwe untuk terus berkuasa menerusi pemerintah awam boneka.Rejim itu telah mengumumkan beberapa kelonggaran dalam sistem pemerintahan, termasuk langkah memberi permit kepada hospital dan sekolah swasta dalam mengendalikan urusan perniagaan dan kepentingan urusan mereka sendiri. Bahkan pihak swasta diberikan kelonggaran dalam industri menjual beras
Ada pihak yang menganggap langkah ini sebagai satu tindakan awal dalam melonggarkan lagi kuasa tentera. Langkah-langkah lain mungkin diambil selepas pilihan raya diadakan. Menurut mereka lagi, keputusan NLD memulaukan pilihan raya itu akan bererti secara automatik parti itu sudah membuat keputusan untuk dibubarkan.Hakikatnya, NLD merupakan parti politik yang diakui dunia kerana pernah memenangi pilihan raya umum Myanmar yang pertama pada 1990 lalu. NLD juga berikrar akan mengekalkan Suu Kyi sebagai pemimpin mereka.Menurut U Win Tin lagi, ada kemungkinan NLD dibubarkan pada 6 Mei ini - tarikh akhir yang diberikan mengikut undang-undang baru pilihan raya umum. Apabila parti itu dibubarkan nanti semua harta miliknya termasuk pejabat-pejabat akan diambil alih oleh pemerintah.Ada sesetengah anggota yang merancang untuk membentuk sebuah parti politik baru bagi meneruskan perjuangan mereka selama ini. Ini memang penting kerana perjuangan NLD atau parti-parti pembangkang yang lain bertujuan mengembalikan pemerintahan demokrasi di negara itu - menamatkan pemerintahan tentera.Beberapa orang pemimpin NLD berkata mereka akan meneruskan perjuangan politik meskipun selepas parti itu dibubarkan. Matlamat mereka ialah menunjukkan kepada dunia bahawa gerakan demokrasi akan berterusan di Myanmar. Gerakan hak asasi untuk rakyat Myanmar terdapat di banyak negara Barat dan dalam kalangan negara Asean.Walaupun ditahan selama 14 tahun, Suu Kyi, 64 tahun, masih popular. Penerima Hadiah Nobel bagi Keamanan pada 1992 itu juga popular di persada dunia kerana tegas berdepan dengan rejim tentera yang kejam.Namun begitu, NLD kian lemah kerana terus ditindas rejim tentera. Tambahan pula semakin ramai pemimpin parti diberkasApa yang lebih merisaukan sekarang ialah kebanyakan pemimpin kanan NLD sudah berusia senja dan mendapati sukar melaksanakan pembaharuan....Anak muda Myanmar tampak kurang gigih untuk mengambil alih pucuk pimpinan kerana penindasan tentera. Oleh itu, kalangan pengamat berpendapat Suu Kyi tidak harus ditonjolkan sebagai satusatunya pemimpin Myanmar sehingga ketiadaannya kelak bak mengakhiri perjuangan demokrasi.
Terdapat pendapat agar NLD cuba mencari kompromi dengan pihak tentera demi masa depan Myanmar. Dek pemerintahan tentera yang lama dan menjejas hak asasi, Myanmar dikenakan sekatan dagangan dan senjata antarabangsa. Ternyata sekatan ini lebih menjejas rakyatnya daripada pihak tentera sendiri. Hanya pemberontakan dalam tentera dan gerakan elit yang disokong sami Buddha dan rakyat boleh merubah keadaan. Namun, suasana ke arah ini tampak masih jauh.Namun, di sebalik keraguan itu tersemat secebis harapan di kalangan segelintir rakyat dan parti politik Myanmar untuk melihat negara mereka merangkak ke arah demokrasi.
Penulis Smart Generation mengharapkan supaya permulaan ke arah demokrasi di Myanmar sebagai suatu langkah yang perlu diberikan sedikit pujian kepada pemerintah junta tentera di Myanmar.Walaupun bagi pendapat penulis pihak junta tentera ini benar-benar mahu mewujudkan semangat patriotik di Negara Myanmar itu dan mengecam semua kuasa asing yang campur tangan dalam urusan politik di negara itu.Namun disebabkan desakan dan juga sekatan oleh pihak antarabangsa yang bakal melumpuhkan sistem ekonomi di Myanmar suatu langkah yang bijak seperti yang di lakukan oleh kerajaan China yang menukar sistem kerajaan mereka daripada sistem komunis kepada demokrasi yang menyaksikan sekarang negara china kini berada setaraf dengan negara Amerika dari segi kuasa ekonomi.
sekian..
Penulis Smart Generation mengharapkan supaya permulaan ke arah demokrasi di Myanmar sebagai suatu langkah yang perlu diberikan sedikit pujian kepada pemerintah junta tentera di Myanmar.Walaupun bagi pendapat penulis pihak junta tentera ini benar-benar mahu mewujudkan semangat patriotik di Negara Myanmar itu dan mengecam semua kuasa asing yang campur tangan dalam urusan politik di negara itu.Namun disebabkan desakan dan juga sekatan oleh pihak antarabangsa yang bakal melumpuhkan sistem ekonomi di Myanmar suatu langkah yang bijak seperti yang di lakukan oleh kerajaan China yang menukar sistem kerajaan mereka daripada sistem komunis kepada demokrasi yang menyaksikan sekarang negara china kini berada setaraf dengan negara Amerika dari segi kuasa ekonomi.
sekian..
PENULIS:MOHD ASRI B ZULKIFLI,PRESIDEN SEKRETARIAT PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA DAN PELAJAR TAHUN AKHIR UM.
3 ulasan:
nak komen ckit saudara, tentang apa yang saudara jelaskan kat sini.
usaha mengembalikan Myanmar ke arah sistem demokrasi mungkin tidak akan tercapai. ada 4 sbb akan sy berikan ,
1) elit yang kohesif :dalam sistem poltik, faktor nilah yang akan menjadi penentu selama mana kerajaan itu akan berkuasa. dalam situasi politik Myanmar kalau dianalisis junta tentera yang memerintah myanmar mempunyai sokongan yang padu dan elit politik yang bersatu. apa yang boleh sy simpulkan disini jika pucuk pimpinan diatas bersatu dan tiada sebarang konflik dalaman, sangat mustahil untuk menjatuhkan kerajaan itu walaupun ada desakan dr luar. sebab apa semua elit telah bersatu utk pertahankan sistem yang telah diamalkan dinegara tersebut.
2)budaya politik : dalam aspek ini rakyat Myanmar itu sendri sangat berpegang kuat pada bufaya dan ras bangsa mereka. inilah yang telah diterapkan oleh pemerintah junta tentera di Myanmar. dan dalam masa yang sama kalau dianalisis masyarakat Myanmar mempunyai budaya masyarakt yang primodial dan pyrochial. so interest dalam politik adalah rendah.
3) produk demokrasi adalah 1 produk yang diterjemahkan barat agar berpaksikan pada mereka. kalau dilihat sudut yang lebih dalam, antara demokrasi dan sosialis, sistem berpaksikan sosialis lebih baik dr demokrasi kerana byk faktor, antaranya drsegi classs truggle, perjuangan persamaan hak. tiada berlakunya monopoli seprti sistem yang ada iaitudemokrasi yang jelas berpaksikan amalan sistem kapitalis yang bersifat monopoli.buktinya ialah sehingga kini junta tentera masih bertahan dan tiada reformasi politik yang besar-besaran dilakukan rakyat Myanmar bagi menggulingkan junta tentera.
4) pilihanraya yang diadakan tiada hala tujunya. kenapa saya berkata demikian. semuanya telah ditentukan oleh kerajaan dari parti pembangkang, ahl dan segala2nya. semua ni hnya utk menunjukkan dimata dunia bhawa pilihanraya yang diadakn utk mengmbalikan proses demokrasi tetapi sebnarnya tidak. untuk menganailis perkara ini, kita perlukan analisis tentang sistuasi yang sebnar2nya. bukan based on statistik semata2.
kenapa perlu diagungkan sistem demokrasi itu ? bacalah buku sarjana yang menulis buku hebat seperti Samuel P. Huntington "Democracy in late 20th Century" pemenang anugerah buku terbaik dunia. disini saudara akan memahami tentang apa itu demokrasi yang sebenarnya , dan cuba applied teori atau fact2 yang telah dikemukakan dalam negra2 tersebut. akan terlihat dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku.
dan 1 lagi sy ingin betulkan fakta saudara, mengenai China, China tidak mengubah sistem politiknya tetapi telah meminda sedikit perubahan dalam perlembagaannya dan membuka ruang lebih dlm sistem ekonominya :)
sekian :)
redzuan
political sciene student
Terima kasih saudara ridzuan atas komen itu,saya bersetuju dengan anda kerana sudah tentu anda lebih memahami mengenai politik berbanding saya kerana saya bukan pelajar politik,sekadar berminat memberikan pandangan mengenai politik.anyway,terima kasih redzuan..sama2 pelajar um rupanya:-)
Keep on working, great job!
Review my page; online metronome.
Catat Ulasan