Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 13 Januari 2011

TENGOK ORANG KEMALANGAN PUN KENA SAMAN....?????...UNDANG-UNDANG APA NI...!!!!!!!




salam kepada semua...


WAH...SEKARANG NI...NAK TENGOK ORANG KEMALANGAN PUN KENA SAMAN....??????
BUKAN BAWAK KERETA LAJU....BUKAN TAK DE LESEN MEMANDU....SEBAB NAK TENGOK KEMALANGAN BELAKU JE...DAH KENA SAMAN.....?????




UNDANG-UNDANG APA NI......LOGIK KE UNDANG-UNDANG JALAN RAYA NI...????




HABIS...INGAT ORANG YANG DUK TENGOK KEMALANGAN TU SAJE-SAJE MAHU TENGOK KE...???...MESTILAH MAHU TOLONG..SEBELUM PENYELAMAT SAMPAI KE TEMPAT KEJADIAN.....ITU YANG BUAT BANYAK KERETA BERHENTI...SEBAB NAK MEMBANTU..BUKAN NAK TENGOK SAJA-SAJA.....


DAH MEMANG SIKAP MASYARAKAT MALAYSIA SALING BANTU MEMBANTU KAN...APA SALAHNYA....??????




Berikut merupakan kenyataan penuh mengenai perkara ini :-



Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1). 

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ramai y tlong tgok dr tlong selamatkan, buat trafik jd sesak, buang masa, buang tenaga. tunjukkan keperihatinan anda dengan memberikan laluan kepada yang bertanngungjawab menyelesaikan tugas mereka contoh bomba n ambulans. kalu kite tgok, n sesakkan ruang n menyusahkan kerja2 menyelamat pon x ad guna. lbh elok, kita daftar sebgai ahli pertahanan awam, bantu mereka y dlm kesusahan nie. kdg kala kita berfikir kita menolong padahal sebaliknya kita lebih membebankan~ sekian.. .

nuwa berkata...

mmg patut kne saman sbb nyusahkan ambulan. ambik la iktibar dari kes jmbatan pp dlu 2. eeiii...ko x bce s.kbar eek?

lgpon,byk kete brenti sbb nk tgk. bkan sbb nk tlong. err..diorg tlog la kot. tlg tgk. pas2 tlg cite kat kwan2 dorg.

lg satu org yg tolong mangsa x kene saman la sbb diorg konsider sbgai saksi kmlngn dan org awam yg mahir dlm rwatn kcemasan

Tanpa Nama berkata...

awak bdk2 lagi, ko pikir pendek, pengalaman kontot, jgn mudah2 nak pertikai, pentadbir berfikir utk semua org bkn utk org2 tertentu je, pakat2 gi tolong tak per la......

misslovalova berkata...

huu . betol tuh . tp kdg2 ade yg sekadar nak tengok je . tuh yg buat jln makin jem .

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse