salam kepada semua...
1.Hari ini saya selaku Presiden Kolej-Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) bersama rakan-rakan Presiden Kolej Kediaman serta Pimpinan Kolej telah menghantar satu Memorandum iaitu ``MEMORANDUM MENUNTUT PUSAT PENGUNDIAN DIKEKALKAN DI KOLEJ KEDIAMAN DAN MENYOKONG PENGUNDIAN DI FAKULTI DALAM PILIHAN RAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA``
2.Kami telah menyerahkan Memorandum ini kepada En Mohd Naufal Omar,Pegawai Khas Naib Canselor untuk dimajukan kepada Naib Canselor Datuk Dr. Ghauth Jasmon berkenaan perkara ini.Kami menuntut supaya Pusat Pengundian di Kekalkan di Kolej-Kolej Kediaman dan menyokong sepenuhnya cadangan untuk menjalankan Pegundian di setiap Fakulti.Pihak Naib Canselor menyambut baik cadangan ini kerana untuk memastikan penambahan peratusan Mahasiswa keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam memilih calon pilihan mereka.
3.Kami juga telah membawakan isu berkaitan Kebajikan dan Keselamatan Mahasiswa terutama di Kolej-Kolej Kediaman.Kami memohon supaya diletakkan CCTV di tempat-tempat yang lebih terbuka dan strategik terutama di kawasan yang selalu mengalami masalah kecurian.Kami meminta supaya Pihak Pentadbiran mengambil serius segala permasalahan dan kebajikan Mahasiswa di Kolej-Kolej Kediaman terutama dari segi keselesaan dan kelengkapan peralatan di Kolej-Kolej Kediaman.Pihak Naib Canselor menyatakan hasrat mereka untuk memastikan Mahasiswa merasa selesa dan aman menginap di Kolej Kediaman.Kami juga turut membangkitkan isu mengenai Pengurangan Yuran di Kolej-Kolej Kediaman yang telah di bawakan oleh pihak MPMUM sebelum ini.Kami memohon supaya pihak pentadbiran mengkaji balik kadar yuran yang terlalu tinggi berbanding dengan Universiti-Universiti lain di sekitar Lembah Klang.
4.Kami berharap supaya Pihak Pentadbiran terutama Naib Canselor Universiti Malaya memandang serius segala permasalahan yang dikemukakan kepada Pihak Pentadbiran dan menyelesaikan segala isu dan permasalahan yang membelenggu mahasiswa.Semoga dengan usaha kami yang sedikit ini dapat membantu membawa suara Mahasiswa kepada pihak Pentadbiran Universiti.
Berikut merupakan intipati dalam Kandungan MEMORANDUM tersebut....:-
1.Pilihan Raya merupakan satu proses demokrasi yang seharusnya melibatkan penglibatan keseluruhan Mahasiswa bagi memilih Calon pilihan mereka yang akan menjadi wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.
2.Tuntutan proses pengundian di kekalkan di Kolej Kediaman dan menyokong Pengundian di Jalankan di Fakulti bagi Meningkatkan Peratusan Keluar mengundi bagi Mahasiswa Univerisiti Malaya kerana kami berpendapat dan melihat daripada statistik yang kami dapati sewaktu Pilihan Raya Kampus sesi lepas peratusan Mahasiswa yang keluar mengundi di Kolej Kediaman adalah lebih tinggi daripada Mahasiswa yang mengundi di Fakulti.
3.Peratusan Mahasiswa yang keluar mengundi akan lebih tinggi pada sesi Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya tahun ini jika Pusat pengundian di kekalkan di Kolej-kolej kediaman dan di buka di setiap Fakulti Universiti Malaya yang mana pada tahun lalu peratusan jumlah Mahasiswa yang keluar mengundi hanyalah 68.39 peratus sahaja dan jumlah ini masih lagi rendah.
4.Memastikan kebajikan mahasiswa terjamin di Kolej Kediaman bagi memudahkan Mahasiswa membuang undi ketika Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya Sesi 2010/2011 terutama Mahasiswa di Kolej Kediaman yang tidak mempunyai sebarang kelas di Fakulti pada tarikh pengundian dan memudahkan para Mahasiswa di Kolej Kediaman yang tidak mempunyai pengangkutan seperti motor dan kereta.
5.Statistik dalam peratusan keluar mengundi pada Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya pada sesi 2009/2010 menunjukkan bahawa Peratusan Mahasiswa yang keluar mengundi di Kolej-Kolej Kediaman adalah lebih tinggi daripada Mahasiswa yang keluar mengundi di beberapa Fakulti yang telah diwujudkan sebagai Pusat pengundian pada sesi lepas menunjukkan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah iaitu 41.93 peratus dan Statistik ini jelas menunjukkan bahawa Pusat Pengundian lebih popular di Kolej Kediaman berbanding dengan Fakulti.
6.Jumlah peratusan Mahasiswa yang keluar mengundi pada Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 2009/2010 di setiap Fakulti Universiti Malaya adalah tidak memberangsangkan dan peratusan yang paling tinggi pula tidak mencapai 90 peratus berbanding di Kolej Kediaman Universiti Malaya yang secara keseluruhannya melebihi 90 peratus.
1 ulasan:
ape bukti ?? peratusan d kolej lebih byk??
Catat Ulasan