Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 28 Oktober 2010

TSUNAMI DAN LETUSAN GUNUNG MERAPI DI INDONESIA






 Penulis mengucapkan Takziah kepada semua mangsa bencana Tsunami dan Letusan Gunung Merapi di kepulauan Bentawai Indonesia.Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai.Ombak tsunami meragut nyawa sekurang-kurangnya 113 orang, manakala 502 orang yang lain dilaporkan hilang selepas melanda Kepulauan Mentawai, Sumatera Barat,berikutan gempa bumi yang kuat meratakan sejumlah kampung di tepi pantai
Keseluruhan kampung tenggelam dan rumah-rumah di kawasan berhampiran pantai barat Sumatera, musnah dilanda gelombang besar selepas gempa bumi dengan kekuatan 7.7 di sekala richter.Sekurang-kurangnya 154 orang terkorban manakala kira-kira 400 lagi masih hilang

Beberapa ratus kilometer jauhnya di Jawa tengah, 25 orang terkorban apabila gunung berapi yang paling aktif di republik itu - Gunung Merapi - meletup dan memuntahkan lava dan gas.Para pegawai berkata hampir 29,000 orang menyelamatkan diri dengan berlindung di sekitar bandaraya Yogyakarta, tetapi ada kebimbangan mengenai nasib ribuan lagi penduduk yang enggan meninggal kampung mereka.Gempa bumi yang melanda Isnin lalu di kepulauan Mentawai - sebuah kawasan yang popular dengan aktiviti peluncuran, mencetuskan tsunami setinggi tiga meter (10 kaki) dan memusnahkan 10 buah kampung.Sementara itu ombak tsunami melonjak sejauh 600 meter ke daratan kepulauan Pagai Selatan, kata para pegawai. Di pulau Pagai Utara, sebuah pusat peranginan dan hampir 200 rumah musnah.

Sebelum itu, Bernama melaporkan seorang wartawan portal berita vivanews.com adalah antara 15 yang ditemui mati di dalam dan sekitar halaman rumah jurukunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan di kaki gunung itu yang meletus petang semalam.Mayat wartawan itu ditemui dalam rumah Mbah Maridjan bersama tiga yang lain manakala mayat selebihnya ditemui bergelimpangan di halaman rumah jurukunci Merapi itu di daerah Sleman apabila pasukan penyelamat sampai ke situ.Kesemua mereka ditemui dalam keadaan sukar dikenali kerana melecur seluruh tubuh akibat suhu tinggi awan panas debu volkanik yang turun sebagai hujan 
abu,sebagai jurukunci gunung itu, Mbah Maridjan, ialah seorang warga emas yang kontroversial kerana enggan meninggalkan rumahnya, yang merupakan rumah terakhir sebelum ke puncak gunung berapi itu semasa letusan Merapi pada 2006 tetapi terselamat dalam bencana itu.Bagaimanapun, nasib Mbah Maridjan belum diketahui, sama ada terselamat atau terkorban dalam insiden berkenaan. seorang bayi turut mati akibat letusan gunung berapi itu kerana kesan lecur.Sementara itu, Bernama turut melaporkan sekumpulan 34 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di sebuah pesantren (institusi agama) di Magelang, 15 km dari gunung merapi itu beserta 10 yang lain telah dipindahkan oleh para pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ke Solo tengah malam tadi.Kesemua mereka dibawa dengan dua buah bas dan sebuah kenderaan APV termasuklah dua warganegara Singapura, 3 wanita isteri kepada pelajar dan dua bayi perempuan.Misi pemindahan itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidy Abu Bakar dengan dibantu pegawai-pegawai kedutaan serta Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia.Sementara itu Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah membuka Bilik Operasi 24 jam mulai malam tadi bagi menyalurkan maklumat terkini dan melayan pertanyaan rakyat Malaysia di Malaysia mengenai letusan Gunung Merapi.Ketua Canseri Raja Reza Raja Zaib Shah berkata bilik gerakan itu memantau perkembangan terkini kejadian bencana itu.

Penulis melihat bahawa Tsunami dan Letusan Gunung Berapi ini merupakan kesan dan akibat daripada perbuatan Manusia yang menggangu sistem dalam alam ini.Sesungguhnya Allah telah meletakkan sistemnya dengan teratur di atas muka bumi ini,tetapi akibat daripada tangan-tangan manusia sendiri yang telah mengubah sistem itu dan mengakibatkan belakunya bencana seperti ini.Sesungguhnya Manusia harus sedar bahawa dunia kini sedang menunggu kesaat kehancuran akibat daripada perbuatan manusia sendiri.Allah telah memberikan pilihan kepada manusia untuk mentadbir dan menjaga alam ini serta menjadi khalifah di atas muka bumi ini,tetapi kegagalan manusia daripada menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan ini telah mendapat balasan secara langsung daripada Allah s.w.t

``SEMOGA SEMUA MANGSA YANG TERKORBAN AKAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN MALAYSIA DIJAUHKAN DARIPADA BENCANA ALAM SEPERTI INI ``


1 ulasan:

ismi jannati berkata...

Salam,

Wal'iyazubillah..

Macam mana pula ye yg tentang Penjaga Gunung Merapi tu yg tanak beralih dari tempat kejadian tu sampai terbunuh? Adakah di situ ada ciri2 syirik telah berlaku ye? Moga Allah ampun..Amin.

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse