Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Sabtu, 9 Oktober 2010

RUMAH TERBUKA ANAK-ANAK PAHANG BERSAMA PERDANA MENTERI..


PADA HARI INI PENULIS TELAH BERKESEMPATAN UNTUK PERGI KE JAMUAN RAYA BERSAMA PERDANA MENTERI MALAYSIA DATUK SERI NAJIB RAZAK YANG JUGA MERUPAKAN ANAK JATI PAHANG.JAMUAN INI TELAH DIANJURKAN OLEH PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK PAHANG DI IBU KOTA(PEKAP).JAMUAN RAYA INI TELAH DIADAKAN DI PULLMEL HOTEL PUTRAJAYA.SEMEMANGNYA PENULIS TERUJA MELIHAT KEINDAHAN HOTEL INI YANG MENGUTAMAKAN SENI BINA DAN REKA BENTUK ALA-ALA MELAYU.JAMUAN RAYA INI DIADAKAN KHAS UNTUK SEMUA ANAK-ANAK PAHANG YANG BERADA DI UNIVERSITI SEKITAR LEMBAH KELANG.PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB RAZAK SEWAKTU UCAPANNYA MEMBERIKAN NASIHAT DAN SEMANGAT KEPADA SELURUH WARGA PAHANG.MENURUT BELIAU ORANG PAHANG KALAU MENGIKUT SEJARAH SEORANG YANG SANGAT BERANI,TIDAK PERNAH MENGAKU KALAH DAN MEMPUNYAI JIWA YANG BESAR.BELIAU MAHUKAN RAMAI LAGI ANAK-ANAK PAHANG YANG AKAN MEWARISI KEPIMPINAN NEGARA.ORANG PAHANG BERSIKAP TERBUKA DAN TIDAK TERLALU BERSIKAP KENEGERIAN KERANA ORANG PAHANG BERSIKAP TERBUKA.BELIAU MENGHARAPKAN SUPAYA ORANG PAHANG AKAN BERANI UNTUK BERHADAPAN DENGAN ALAF BARU INI. PENULIS MERASA BERTUAH KERANA MEMPUNYAI PEMIMPIN DARIPADA NEGERI PAHANG DAN SEMOGA AKAN LAHIR LEBIH RAMAI LAGI PEMIMPIN DARIPADA TANAH BERSEJARAH DAN BERDAULAT INI,TANAH LAHIRKU NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR.


1 ulasan:

misyamissyou berkata...

nice pics..sronok nye jamuan raye..huhuu xdpt gi pon..asgmen timbun..huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut