Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Khamis, 14 Oktober 2010

BANTAHAN KONSERT ADAM LAMBERT!!!!!!!






PENULIS MENGUTUK DAN MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PENGANJURAN KONSERT  ADAM LAMBERT YANG DIJADUALKAN PADA ESOK 14 OKTOBER 2010 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL.SEMUA ORANG KENAL DAN TAHU BAGAIMANA AKSI DAN SIKAP ADAM LAMBERT DI PENTAS.SEORANG YANG KONSISTEN MEMPAMERKAN AKSI LUCAH,LIAR,MELAMPAU SEHINGGA DIA SENDIRI TIDAK BOLEH DITERIMA OLEH MASYARAKAT BARAT!!!

KERAJAAN SEHARUSNYA MENAPIS HIBURAN INI SEDALAM-DALAMNNYA KERANA AKAN MENCEMARKAN MARUAH NEGARA YANG KAYA DENGAN ADAB DAN NILAI KETIMURAN.RANCANGAN TELEVISYEN BARAT SEPERTI GOOD MORNING AMERICA PERNAH MEMBATALKAN RANCANGAN ADAM LAMBERT KERANA MEMBANTAH PERSEMBAHANNYA YANG DIANGGAP KETERLALUAN.ADAM LAMBERT JUGA ADALAH SEORANG ARTIS YANG SECARA TERBUKA MENGAKU SEBAGAI GAY DAN PENGAMAL HOMOSEKS,TETAPI DIA TURUT MEMPAMERKAN AKSI GAY`NYA DENGAN MENCIUM DAN MENGUCUP PENARI LELAKI SERTA MENGAYAKAN TARIAN SERTA AKSI LUCAH BERSAMA KUMPULANNYA.

BUKAN SAHAJA MASYARAKAT ISLAM TETAPI MASYARAKAT BARAT TURUT MENOLAK NORMA-NORMA NEGATIF YANG TELAH DI BAWA OLEH PENYANYI INI.JUSTERU,APAKAH PIHAK PENGANJUR HANYA MELIHAT KEUNTUNGAN SEMATA-MATA TANPA MELIHAT KESAN NEGATIF KE ATAS PENGANJURAN KONSERT INI.KERAJAAN SEHARUSNYA MENGGUNAKAN KUASA YANG ADA PADANYA UNTUK MENGHARAMKAN KONSERT INI DIADAKAN DI MALAYSIA.HIBURAN ITU TIDAK SALAH,TETAPI KALAU TERLALUAN DAN BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM MAKA TETAP SALAH!!!!

TIDAK ADA KEUNTUNGAN PADA MASYARAKAT JIKA KONSERT INI DITERUSKAN,TETAPI ADALAH SATU JALAN UNTUK LEBIH MENGHANCURKAN NILAI DAN ADAB KEMANUSIAAN TERUTAMA KEPADA GOLONGAN MUDA YANG MUDAH TERPENGARUH.BUDAYA GAY MUNGKIN BELUM BERLELUASA DI NEGARA KITA,TETAPI PENULIS YAKIN NATIJAH DARIPADA KONSERT YANG DIANJURKAN INI AKAN MENYEBABKAN KERUNTUHAN MORAL YANG LEBIH PARAH KEPADA GOLONGAN MUDA DI NEGARA INI.

KALAU PENGANJURAN INI DITERUSKAN JUGA DENGAN JAMINAN DARIPADA PIHAK PENGANJUR BAHAWA ADAM LAMBERT AKAN MENJAGA TATASUSILA DAN TIDAK KETERLALUAN.TETAPI KESANNYA JUGA TETAP ADA,KERANA MASYARAKAT TAHU BAGAIMANA SIKAP ADAM LAMBERT ITU SEBENARNYA.INILAH YANG DIKATAKAN MINDA MASYARAKAT SUDAH TERJAJAH DAN DIPASUK DENGAN HIBURAN YANG BAKAL MERUNTUHKAN SEBUAH INTITUSI MASYARAKAT.SEMOGA ADAM LAMBERT KEMBALI KEPADA KEBENARAN DAN DIBERIKAN HIDAYAH UNTUK KEMBALI KELANDASAN YANG BENAR!!!!!

``HAPUSKAN PENJAJAHAN HIBURAN KE DALAM MINDA MASYARAKAT``

SEKIAN....

1 ulasan:

nkara berkata...

saya sokong!
geli tengok dia ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut