Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 18 Oktober 2010

PROGRAM JELAJAH SUKIASI KPT:TERJALIN KERJASAMA MAHASISWA UPSI DAN UM

salam kepada semua

Pada 17 Oktober 2010, Kolej Aminuddin Baki (KAB) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan jelajah ke Kolej Kediaman Ungku Aziz (KUAZ) Universiti Malaya bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua kolej ini. Selain itu, jelajah ini juga bertujuan untuk mengadakan perlawanan persahabatan untuk beberapa acara sukan antaranya bola tampar, futsal, bola jaring, takraw dan catur. Terdapat juga sesi 'Sharing Moments' di mana Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) Kolej Aminuddin Baki dan Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) Kolej Kediaman Ungku Aziz berkongsi pendapat dan pengalaman mengenai pelbagai perkara terutamanya yang berkaitan dengan hal-hal kebajikan kolej dan penghuninya.

Para pelajar KAB tiba pada pukul 3.00 petang dan telah disambut oleh para pelajar KUAZ dengan meriah sekali. Kemudian sesi "Sharing Moments" telah diadakan sehingga jam 4.00 petang. Kemudian para pelajar KAB dibawa mengelilingi kawasan kolej untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran KUAZ. Tepat jam 5.00 petang semua acara sukan berlangsung serentak dan tamat pada jam 7.00 malam. Pada jam 8.00 malam, semua atlet dari KAB dan KUAZ serta para JMK dan JTK berkumpul di Dewan Pendeta KUAZ bagi menghadiri majlis makan malam dan penutupan program Jelajah Sukiasi KPT '10. Perasmian penutup telah dilakukan oleh En. Imran Nul Hakim Derasip, Penyelia Kolej Kediaman Ungku Aziz. Kemudian upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang perlawanan persahabatan telah diadakan. Majlis tamat pada jam 9.30 malam dan para pelajar KAB bertolak pulang ke UPSI.

Penulis berharap program kerjasama seumpama ini akan terus dijalankan untuk masa-masa yang akan datang.Semoga ikatan ukhuwah akan terus terjalin antara mahasiswa UPSI bersama mahasiswa UM.Terima kasih penulis ucapkan atas kesudian pihak kolej Aminudin Baki UPSI menjalankan program jelasah sukiasi KPT di kolej kediaman Ungku Aziz Universiti Malaya.YOU ALL THE BEST:-)

1 ulasan:

Nia berkata...

Salam ziarah kembali,
ini blog rasmi kolej ke? bagus la, rajin update aktiviti kolej.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut