Setiap orang pasti mempunyai idola masing-masing.sememangnya idola ini merupakan suatu cara untuk kita meningkatkan motivasi diri dan menambahkan keyakinan untuk diri kita.Jika ditanya kepada penulis.,siapakah idola penulis di Malaysia ini?sudah tentu penulis akan jawab TUN DR MAHATHIR MOHAMAD dan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..Sejak daripada sekolah lagi penulis sudah meletakkan 2 orang pemimpin ini sebagai idola penulis.Penulis memilih mereka berdua sebagai idola penulis kerana mereka mempunyai karisma dan kebolehan yang tersendiri,malahan dari banyak aspek penulis akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa 2 orang pemimpin ini.Walaupun sekarang ini 2 orang pemimpin ini tidak lagi sehaluan tetapi mereka pernah bergandingan bersama sewaktu memerintah negara pada masa dahulu yang membawa perubahan besar kepada masyarakat Malaysia dan memperkenalkan Malaysia di mata dunia.Kekuatan yang ada pada mereka berdua inilah yang menjadi tunjang kekuatan utama ekonomi di negara kita.Mereka berdua seperti wira di negara ini.Namun,segalanya tidak lagi sehaluan apabila DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dipenjarakan atas tuduhan salah guna kuasa dan liwat.Setelah itu mereka telah menjadi musuh.Namun.penulis mengharapkan mereka berdua akan berdamai walaupun sukar untuk melihat perkara ini sebagai suatu kenyataan,tetapi perkara ini bukan sesuatu yang mustahil.Penulis masih ingat ketika DATUK SERI ANWAR IBRAHIM dijatuhkan hukuman dan dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1998,penulis menangis dan mengalirkan air mata menonton di televisyen tentang penangkapan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM,walaupun pada ketika itu penulis masih lagi di sekolah rendah.Walaupun kini DATUK SERI ANWAR IBRAHIM telah dibebaskan namun beliau masih lagi menghadapi tuduhan liwat dan masih lagi dalam perbicaraan sehingga kini.Penulis mungkin tidak tahu adakah tuduhan itu benar atau palsu,tetapi penulis mengharapkan agar tuduhan itu palsu.DATUK SERI ANWAR IBRAHIM adalah pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi kerana walaupun telah dipenjarakan tetapi masih lagi kuat untuk membina dan membangunkan bangsa tanah air ini.
TUN DR MAHATHIR juga merupakan negarawan ulung yang paling terkenal dalam sejarah Malaysia.Tun mempunyai idea dan pemikiran yang lebih jauh ke depan dalam membina bangsa dan negaranya.Walaupun kadang-kadang cadangan dan pandangan TUN MAHATHIR agak berbeza daripada pandangan umum,tetapi beliau berani dalam membuat sesuatu keputusan untuk kepentingan negara.Penulis masih ingat lagi selepas Peperiksaan PMR,penulis mengisi masa lapang dengan membuat satu buku khas dan dokumentari tentang TUN MAHATHIR dalam sebuat satu buku log tebal bewarna hijau.Semua gambar dan artikel mengenai TUN MAHATHIR penulis telah letakkan dalam buku itu.Penulis juga mengalirkan air mata dan merasa kesedihan apabila TUN MAHATHIR mengumumkan perletakan jawatan beliau.Penulis begitu kagum dengan gaya kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh TUN MAHATHIR MOHAMAD.
Harapan penulis ialah melihat kembali ikatan keakraban dua orang pemimpin ulung dalam negara kita iaitu TUN MAHATHIR MOHAMAD dan DATUK SERI ANWAR IBRAHIM walaupun perkara itu mustahil.Dahulu Anwar ibrahim ibarat anak emas kepada TUN MAHATHIR MOHAMAD,begitu juga dengan ANWAR IBRAHIM yang begitu sayangkan TUN MAHATHIR MOHAMAD.mereka pernah bersama-sama menetang pemerintahan TUNKU ABD RAHMAN suatu masa dahulu sehinggalah sewaktu mereka di dalam kerajaan.kombinasi antara TUN MAHATHIR dan ANWAR IBRAHIM merupakan satu kekuatan bagi Malaysia.
``WALAU APA PUN YANG TERJADI SEJARAH TIDAK PERNAH AKAN TERPADAM,KEBENARAN TIDAK PERNAH AKAN HILANG DAN KEBATILAN PASTI TERHAPUS. ``
sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan