Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 15 Oktober 2010

INTIPATI BAJET 2011



PADA HARI INI DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK TELAH MENGUMUMKAN PEMBENTANGAN BAJET 2011 DI DEWAN RAKYAT.PEMBENTANGAN BAJET 2011 INI SEMEMANGNYA DINANTI-NANTIKAN OLEH SEMUA PIHAK KERANA PEMBENTANGAN BAJET PADA KALI INI MERUPAKAN SALAH SATU PENGGERAK KEPADA USAHA KERAJAAN UNTUK MENCAPAI WAWASAN 2020 DAN STATUS NEGARA MAJU,JUSTERU TEMA YANG DIGUNAKAN PADA PEMBENTANGAN BAJET 2011 PADA KALI INI ADALAH``TRANSFORMASI KEARAH NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI.``.BAJET 2011 INI JUGA MERUPAKAN PEMULA KEPADA DASAR BARU KERAJAAN IAITU MODEL EKONOMI BARU(MEB).PEMBENTANGAN BAJET PADA KALI INI JUGA MENDAPAT CADANGAN DAN PANDANGAN DARIPADA RAKYAT APABILA DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SECARA TERBUKA MEMBERI PELUANG KEPADA RAKYAT UNTUK SAMA-SAMA MEMBERIKAN IDEA DAN CADANGAN UNTUK PEMBENTANGAN BAJET PADA KALI INI,DI MANA SEMUA RAKYAT BOLEH MENGHANTARKAN CADANGAN DAN PANDANGAN MEREKA KE BLOG RASMI BELIAU.PENULIS MENGHARAPKAN BAJET PADA KALI INI DAPAT MEMBUKA LEMBARAN YANG LEBIH BAIK BUAT EKONOMI DAN PEMBANGUNAN NEGARA DEMI KELESTARIAN PADA MASA HADAPAN.SLOGAN YANG DIGUNAKAN OLEH DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK``RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN`` SANGAT BAIK DAN INDAH SEKALI JIKA BENAR-BENAR DIREALISASIKAN.

BERIKUT MERUPAKAN INTIPATI YANG TERDAPAT DALAM BAJET 2011 PADA KALI INI:


Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi
- RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan
- RM49.2 bilion
Berikut petikan penting ucapannya:
  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan. 
  •  
  •   Warisan Merdeka - Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  •  
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  •  
  • Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam



Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse