Perhimpunan Agung UMNO telah pun melabuhkan tirainya pada 23 oktober yang lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) yang mana ke semua perwakilan daripada setiap bahagian dan cabang UMNO telah pun membahaskan hujah dan usul masing-masing demi kesejahteraan dan penambaikan parti UMNO itu sendiri yang kini semakin menerima pelbagai cabaran di alaf baru ini.Transformasi yang ingin di bawa kedalam parti terbesar orang melayu pada kali ini sebagai signal jelas kepada rakyat dalam usaha parti ini memperkuatkan barisan jentera mereka bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.Menurut Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin walaupun tidak tahu tarikh sebenar pilihan raya umum yang ke-13 ini,beliau yakin Perdana Menteri akan umumkan dalam beberapa bulan sahaja lagi.Ini menunjukkan pukulan gendang pilihan raya umum semakin di rasai dalam perhimpunan Agung UMNO ini.Penulis beranggapan bahawa berdasarkan prestasi UMNO dan kerajaan pada masa kini tidak mustahil Pilihan Raya Umum KE-13 akan dilaksanakan pada masa terdekat kerana ini merupakan salah satu strategi kerajaan untuk memastikan rakyat tetap memilih parti mereka berdasarkan pencapaian yang dicapai.Mungkin kerajaan sudah membuat kajian dan anlisis yang lebih awal berkenaan prestasi dan pencapaian kerajaan,jika pilihan raya umum ini tidak diawal,kemungkinan selepas ini kerajaan akan menghadapi isu yang lebih besar dan berat terutama jika ekonomi tidak stabil dan perkara ini akan memberikan suatu signal perubahan undi oleh rakyat untuk menyokong pakatan pembangkang yang akan menggunakan isu ini dengan sebaiknya bagi menyerang musuh tradisi mereka iaitu kerajaan Barisan Nasional.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata usaha pembangkang untuk mereka perlembagaan baru adalah sia-sia kerana hak orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini sudah terjamin dalam perlembagaan sedia ada.Justeru tegasnya jika hak orang Melayu sudah tidak boleh dipinda maka tidak perlulah menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kononnya perjuang ketuanan rakyat dan DAP dengan dasar Malaysian Malaysianya.“Tak perlu laung ketuanan rakyat sebab dah termaktub dalam perlembagaan.Tak perlu Malaysian Malaysia sebab orang Melayu tetap ada haknya dan bangsa lain juga ada haknya…usaha pembangkang untuk reka perlembagaan baru adalah sia-sia”, katanya.Beliau turut menyeru agar kaum Cina yang dipesong boleh kembali menyokong Barisan Nasional (BN).UMNO juga kata beliau lagi telah menfsir perkara 153 dengan melaksanakan pelbagai peluang untuk Bumiputera. “…pembangkang sinis untuk bela bumiputera…berpasaklah kepada parti UMNO bertetaplah kepada janji-janji BN… Bina Melayu Abad 21”, ujarnya.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata kewujudan institusi yang terdiri daripada ahli pergerakan itu termasuk golongan profesor dan profesional sangat penting bagi memastikan perjuangan UMNO terus melekat di hati rakyat.Menurut beliau banyak dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah dijalankan sehingga hari ini, ramai dah lupa atau buat-buat lupa.“Dari penubuhan UiTM, UKM, UIA, semuanya daripada UMNO. Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Bumiputera, perlembagaan asas, soal Islam, malah kemerdekaan itu juga perjuangan UMNO.“Saya harap Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat wujudkan ‘touch point’ bukan untuk kerajaan tapi untuk UMNO dan BN supaya kita tak dilihat sebagai pelengkap tetapi sebagai nadi yang gerakkan transformasi kerajaan, untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Khairy seterusnya menegaskan meskipun program kemasyarakatan rakyat yang sedang giat dijalankan UMNO dilihat berkesan, beliau turut melontarkan kehuatiran terhadap usaha berkenaan yang dieksploitasi oleh pembangkang.Beliau juga turut melahirkan keyakinan perjuangan UMNO akan melekat kuat di hati rakyat sehingga akhirnya dividen dan sokongan datang kembali sekiranya institusi itu dapat direalisasikan.Pada masa yang sama beliau turut menasihatkan orang Melayu agar tidak terlalu obses tentang hak dan keistimewaan yang termaktub dalam perkara 152 dan 153, sebaliknya terus berusaha berdikari dan bersikap kompetitif agar menjadi bangsa maju dan berdaya saing.“Jangan kita Melayu risau dan takut kerana segala hak ini dijaga baik dan terkunci kemas, tetapi kita perlu cari kunci kejayaan. Bagaimana kita boleh tingkat dan martabat bangsa Melayu untuk jadi jaguh yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Saya rasa tak ada makna sekiranya negara jadi maju pada tahun 2020, tapi Melayu masih tak maju.“Jadi saya pohon sebagai anak muda, sekiranya cetusan idea keramat 30 peratus diilhamkan Tun Abdul Razak (Perdana Menteri ke-2), biarlah dalam tempoh masa anaknya menjadi Perdana Menteri sebelum 2020, kita sampai ke garisan penamat, kita bawa orang Melayu ke garisan 30 peratus, tapi sama-samalah kita berdikari, kerja kuat, dan buang tongkat,” katanya lagi.Pada akhir ucapan penggulungannya, Khairy sempat mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan taktik dan sandiwara pembangkang yang begitu menginginkan tampuk pemerintahan kerana dikhuatiri ia akan menghancurkan negara.Penulis juga melihat dalam perhimpunan agung UMNO pada kali ini PEMUDA UMNO kini telah sedar akan peranan orang muda dalam masyarakat kita pada hari ini.Justeru Permintaan mereka untuk membenarkan mahasiswa berpolitik salah satu aspek yang dilihat oleh mereka sebagai satu perkara yang perlu dilakukan kerana pihak pembangkan sudah pun memulakan perkara itu.Kegagalan UMNO dalam merealisasikan impian anak muda akan menyebabkan parti itu akan kecundang dalam pilihan raya umum akan datang kerana anak muda kini lebih terdedah kepada informasi melalui sumber media baru dan mereka akan mudah dipengaruhi dengan berita dan khabar-khabar angin dalam media baru sekarang ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berpuas hati dengan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang bermula dengan forum antarabangsa sejak Isnin lalu.Katanya, komitmen dan semangat bekerja yang ditunjukkan oleh semua pihak membuatkan perancangan Ibu pejabat bagi melaksanakan agenda parti dapat berjalan dengan lancar dan teratur.“Kita telah bertungkus-lumus bagi memastikan perkumpulan terbesar UMNO dapat dilangsungkan dengan jayanya yang secara tidak langsung membuktikan bahawa kita sentisa cekap, telus dan cemerlang melaksanakan amanah parti,” .Tengku Adnan juga menyeru kakitangannya turut sama menyerap semangat perjuangan yang dilaungkan oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha melaksanakan transformasi dalam UMNO.“Kita perlu menjadikan aspirasi Presiden yang menyebut empat tonggak kemenangan sebagai matlamat kita iaitu kepimpinan nasional, kepimpinan negeri, parti dan calon; justeru kita adalah bertanggungjawab memastikan gerak kerja di Ibu Pejabat lancar bagi menentukan kuasa UMNO,” katanya.Beliau turut berharap agar semangat tersebut akan terus tertanam di dalam sanubari iaitu bukan hanya bekerja hanya kerana kakitangan atau ahli UMNO semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting adalah amanah dan perjuangan yang berterusan iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air.Dalam kesempatan tersebut, beliau turut mengucapkan syabas kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh dan kakitangan Ibu Pejabat yang telah bertungkus-lumus melakukan perancangan dan menjayakan persidangan terbesar ini.“Tahniah atas kejayaan kita melaksanakan tanggungjawab bukan sahaja kepada parti tetapi kepada agama, bangsa dan negara malah tidak mengenal penat biarpun banyak perkara yang tentunya menjadi cabaran kepada kita.” Perhimpunan Agung UMNO 2010 dimulakan buat julung kalinya dengan forum antarabangsa yang mengumpulkan sekitar 500 peserta dari kalangan pemimpin dalam dan luar negara bermula 18 – 19 Oktober diikuti dengan Amanat Presiden dan persidangan sayap-sayap UMNO.
Penulis mengharapkan agar agenda transformasi politik dalam UMNO dan agenda politik baru bukan sekadar retorik daripada pimpinan parti untuk memastikan kata-kata ini sebgai keramat dan semua perwakilan gembira tetapi perlulah di realisasikan dengan sepenuh hati bagi memastikan parti ini terus kekal dan relevan di mata rakyat.Perubahan yang besar dalam UMNO diperlukan bagi menghasilkan pemimpin yang berkualiti dan bekerja untuk rakyat.Pemimpin-pemimpin yang mencorakkan UMNO adalah tunjang utama kepada perjuangan parti ini.Jika baik pimpinan ini,maka baiklah juga parti ini,jika buruk pimpinan ini,maka buruklah parti ini.Akhir kata daripada penulis.``UMNO ADALAH NAMA DAN LAMBANG PARTI,YANG AKAN MENENTUKAN PARTI INI ADALAH SIAPA YANG MENAKHODA PARTI INI.UMNO ADALAH SUATU NAMA,NAMUN PERJUANGAN ITU TIDAK MEMERLUKAN NAMA,TETAPI ORANG YANG BENAR-BENAR IKHLAS DALAM MEMPERJUANGKAN AGENDA KEBENARAN DAN KEADILAN``
sekian.
PENULIS MERUPAKAN MOHD ASRI B ZULKIFLI,PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan