Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 13 Oktober 2010

TRAGEDI KEMALANGAN 10/10/10:APA SIKAP KITA?







PENULIS INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KELUARGA MANGSA YANG TERLIBAT DENGAN TRAGEDI BERDARAH 10/10/10 DALAM KEMALANGAN NGERI MELIBATKAN 2 BUAH BAS,3 BUAH KERETA DAN 1 BUAH VAN.MENURUT SAKSI KEJADIAN BAS EKSPRES DELIMA YANG DALAM PERJALANAN DARIPADA MELAKA KE KUALA LUMPUR ITU TERBABAS LALU MEREMPUH PEMBAHAGI JALAN SEBELUM TERBALIK DAN MENGHEMPAP BEBERAPA KENDERAAN SERTA MELANGGAR SEBUAH BAS YANG LAIN.

TRAGEDI PADA 6.40 PETANG ITU TELAH MENGORBANKAN 12 NYAWA DAN 38 LAGI CEDERA DI KILOMETER 223 ,LEBUH RAYA UTARA SELATAN,BERHAMPIRAN PLAZA TOL SIMPANG AMPAT,ALOR GAJAH MELAKA.

PENULIS MELIHAT BAHAWA ISU KEMALANGAN JALAN RAYA SEPERTI INI PASTI AKAN BERLAKU JIKA TIDAK ADA KESEDARAN OLEH SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA.KALAU MELIHAT DARIPADA STATISTIK YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK PDRM SABAN HARI TERDAPAT KES KEMALANGAN DI SELURUH NEGARA.ISU KEMALANGAN INI BUKANLAH SUATU ISU BARI,TETAPI PERMASALAHAN YANG TELAH BERNANAH DAN BUSUK SEJAK SEKIAN LAMA.APABILA BERLAKU KEMALANGAN NGERI YANG DAHSYAT SEHINGGA MENGORBANKAN BERPULUH-PULUH NYAWA BARULAH ADA PIHAK YANG BANGUN MENYALAHKAN ANTARA SATU SAMA LAIN,TERMASUK YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN KEMALANGAN ITU PUN.PERKARA INI BERLAKU KERANA SIKAP MASYARAKAT KITA YANG TIDAK MELETAKKAN SESUATU PERMASALAHAN ITU SEBAGAI PERMASALAHAN BERSAMA,BUKAN SEMATA-MATA PADA PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB.``SUDAH TERHANTUK,BARU TERNGADAH`` ITULAH PERUMPAMAAN YANG SESUAI DIBERIKAN KEPADA SIKAP KITA SEMUA SEBAGAI MASYARAKAT.

PENULIS BERHARAP,SEMUA PIHAK AKAN SAMA-SAMA MEMASTIKAN KADAR KEMALANGAN DI JALAN RAYA MENURUN SERTA SIKAP PENGGUNA JALAN RAYA AKAN BERUBAH DAN SENTIASA BERHEMAH DALAM PEMANDUAN.``MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI``

SEKIAN....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut