Penulis pada hari ini mahu membuat satu analisa dan satu pandangan penulis sendiri berkaitan perkara yang sedang hangat dibincangkan sekarang di arena politik iaitu pemilihan parti PKR 2010.Dengan meletakkan asas bahawa penulisan ini merupakan satu pandangan peribadi penulis dan juga etika dalam membuat suatu penulisan iaitu meletakkan kebenaran sebagai asas utama tanpa memihak kepada sesiapa sahaja.Analisa dan pandangan penulis ini diharapkan sebagai satu penjelasan dan fakta yang dapat difahami dan diselidiki untuk generasi masa hadapan.
Sebelum penulis melanjutkan perbincangan mengenai pemilihan parti PKR 2010 ini penulis akan menjelaskan sedikit berkaitan sejarah penubuhan parti PKR(PARTI KEADILAN RAKYAT) ini dan juga apakah asas dan matlamat perjuangan parti PKR ini.Sejarah penubuhan PKR ini bermula apabila berlangsungnya Pelancaran Parti Keadilan Nasional yang diadakan pada 4 April 1999.Parti Keadilan Nasional kemudiannya membentuk Barisan Alternatif dengan PRM, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik(DAP)
Matlamat dan asas perjuangan politik Parti PKR ini adalah termaktub dibawah 17 perkara iaitu :-
1.Membentuk masyarakat yang adil
2.Menyemai rasa hormat untuk sistem Raja Berperlembagaan
3.Mengasaskan dan menyemai kedaulatan undang-undang
4.Menjamin kebebasan
5.Mendaulatkan Islam sebagai agama Persekutuan sambil menjamin hak bukan Islam untuk beragama dan berfikir
6.Menjamin Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi,
7.Memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil
8.Memperkasakan kemuliaan insan
9.Membentuk ekonomi yang adil dan dinamik
10.Menjamin, berasaskan prinsip keadilan, kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak
11.Memberikan kemudahan sosial
12.Memperkembangkan dan melindungi hak bekerja
13.Memperkukuhkan kedudukan wanita dalam masyarakat
14.Menyemai hak belia dan pembangunan penuh potensi mereka
15.Membaiki mutu kehidupan Orang Asal
16.Melindungi alam sekitar
17.Menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik
Perkara yang telah dijelaskan oleh penulis di permulaan penulisan ini berkaitan sejarah dan matlamat asas perjuangan parti PKR ini adalah untuk menilai sejauh mana perjalanan parti ini selepas mereka keluar dan tumbuh dalam pentas politik tanah air dan sejauh manakah matlamat dan asas perjuangan parti PKR ini tercapai?.Ini merupakan suatu persoalan yang ditimbulkan oleh penulis sebagai satu perkara untuk kita fikir dan nilaikan bersama.Mungkin Parti ini tidak sehebat Parti Umno yang kini sudah dewasa dan matang kerana pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa parti kerajaan ini tempuhi termasuklah ketika Parti UMNO ini pernah diharamkan suatu ketika dahulu.Tidak mustahil perkara sebegini akan berlaku lagi kepada mana-mana parti di Malaysia.
Sebagai sebuah negara yang demokrasi tetapi masih berpegang kepada prinsip raja berpelembagaan sudah tentu rakyat dan masyarakat Malaysia kini matang untuk memilih parti yang terbaik dan mereka percayai untuk memacu dan menjadi kapten dan nakhoda kepada kapal yang diberi nama MALAYSIA ini.justeru pemilihan kepimpinan PKR pada tahun 2010 menjadi salah satu perkara penting yang perlu di nilai oleh masyarakat untuk melihat perkembangan yang berlaku dalam organisasi parti ini,Kekuatan organisasi sebuah parti politik merupakan aset utama dan juga keperluan untuk mengekalkan kewibawaan parti itu.
Pemilihan PKR 2010 yang sedang berlangsung sekarang merupakan ujian terbesar buat parti PKR ini untuk menjadi sebuah parti yang relevan di dalam negara ini.Dengan slogan reformasi dan ketinggian demokrasi yang dilaung-laung kan oleh mereka selama ini perlu lah dilahirkan dengan pembuktian.Kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR kali ini diperingkat cabang dan melibatkan lebih daripada 500 ribu orang ahli yang akan terlibat dalam pemilihan kali ini merupakan suatu cabaran yang sangat besar bagi parti PKR ini.Rakyat sedang melihat segala perkara yang berlaku dalam pemilihan kali ini.Dengan dunia globalisasi yang tanpa sempadan ini sudah tentu segala maklumat akan diperolehi dengan pantas dan cepat.Oleh itu,kekecohan dan kehangatan pemilihan PKR ini mudah tersebar kepada umum.
Parti yang berpegang kepada prinsip keadilan dan ketelusan ini perlu menjadi parti yang memberikan contoh kepada parti-parti lain,Namun apa yang penulis lihat,pemilihan parti PKR ini tidak jauh bezanya dengan parti-parti yang lain termasuk parti yang menajdi musuh mereka.kekecohan yang berlaku ini walaupun dalam pandangan sesetengah pihak yang menganggap bahawa perkara itu sebagai kematangan demokrasi,tetapi bagi penulis PKR gagal menjadi contoh yang baik dalam pemilihan kepimpinan mereka.
kewujudan blok-blok sokongan kepada pemimpin tertentu serta sokongan secara terbuka beberapa pimpinan parti kepada calon yang bertanding merupakan antara barah yang sedang berlaku di dalam Parti ini,tidak kurang juga ada dikalangan mereka yang dituduh terlibat dalam politik wang dan menyalahgunakan wang parti untuk kempen mereka.Isu NEPOTISME turut dikatakan berlaku di dalam parti ini.serangan peribadi kepada beberapa pimpinan mereka juga menjadi tajuk hangat.Kewujudan Zaid Ibrahim di dalam parti PKR ini juga tidak disenangi oleh sesetengah pihak dan pimpinan dalam PKR kerana turut mendapat pencalonan untuk jawatan no 2 di dalam parti PKR itu,sedangkan mereka yang telah lama memperjuangkan parti ini dan berkorban untuk parti ini tidak diberikan tempat.Masalah-masalah yang berlaku ini jika tidak diatasi akan menjadi busuk dan nanah yang kotor di dalam PKR.segala kepercayaan yang diberikan oleh rakyat dan masyarakat akan tercalar.Mungkin Parti ini akan terkubur lebih awal jika politik kotor dan pemusnahan karier politik yang mereka mainkan.Perkara itu tidak mustahil bagi penulis.Tetapi jika pemilihan kali ini dilakukan secara bersih dan adil tidak mustahil hasrat mereka untuk ke putrajaya pada PRU ke-13 akan terlaksana dengan syarat parti ini benar-benar bersih dan mempunyai pemimpin yang berwibawa.
kesimpulannya,kesedaran dan keinsafan sangat perlu bagi parti ini terus relevan di mata masyarakat.Penulis melihat bahawa parti PKR ini masih belum teruji dengan ujian yang sebenar.Melihat kepada perkembangan yang berlaku di dalam parti ini dengan ramai daripada ahlinya yang keluar daripada parti menjadi halangan terbesar kepada PKR.bukan sahaja ahli-ahli bawahan tetapi pemimpin-pemimpin atasan termasuk ahli parlimen,adun dan yang memegang jawatan dalam parti juga telah keluar daripada parti ini,.Adakah akan berlaku pembersihan PKR secara menyeluruh?adakah PKR akan menjadi parti ``retak menanti belah``?.atau adakah akan menjadi parti``tumbuh seperti cendawan selepas hujan``?.Cabang-cabang PKR yang telah mengadakan mesyuarat sejak minggu lepas dan kesemua 218 cabangnya dijadual menyelesaikan pencalonan masing-masing menjelang 3 Oktober serta Parti menetapkan 10 Oktober sebagai tarikh akhir bagi pencalonan.Pemilihan bagi jawatan pemimpin tinggi PKR akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 21 November manakala kongres kebangsaan parti pada 26-28 November ini.
sekian.
PENULIS IALAH MOHD ASRI B ZULKIFLI PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA YANG JUGA MERUPAKAN PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan