Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 6 Oktober 2010

PUISI TAKDIR CINTA...

salam kepada semua....

sekadar coretan puisi penulis yang lahir daripada hati dan sanubari penulis...dan puisi ini ditujukan khas kepada seseorang yang sangat bermakna dalam hidup penulis...

MEMANG SUKAR UNTUK KITA MEMAHAMI...
APA ITU SEBENARNYA CINTA....
MEMANG SUKAR UNTUK KITA TAFSIR...
APA ITU SEBENARNYA  KASIH...
MEMANG SUKAR UNTUK KITA HAYATI...
APA ITU SAYANG.....
MEMANG SUKAR UNTUK KITA GAMBARKAN...
APA ITU KEHIDUPAN CINTA...
MEMANG SUKAR UNTUK KITA UCAPKAN....
KATA-KATA CINTA JIKA TIDAK LAHIR DARI HATI YANG IKHLAS..

PANDANGAN MATA...MUNGKIN SILAP MENILAI APA ERTI CINTA..
NAMUN PANDANGAN HATI....MEMAHAT RAPI....APA ITU CINTA...

KALAU HATI INI...BERGETAR...
TUBUH AKAN JADI KAKU...
SEDALAM MANA CINTA ITU MERESAP KEDALAM DIRI...
SEDALAM ITULAH CINTA ITU AKAN MENGALIR DALAM SETIAP ALIRAN DARAH INI...

KATA-KATA BUKAN LAH KEHEBATAN CINTA...
TANGISAN JUGA BOLEH JADI MUNGKIN BUKAN KERANA CINTA..
PERLAKUAN JUGA...BUKAN TAFSIRAN PERBUATAN CINTA...
RAYUAN DAN KEINGINAN LEBIH JAUH DARIPADA CINTA...
YANG ADA PADA CINTA ADALAH KEYAKINAN....
KERANA KEYAKINAN ITU KITA LETAKKAN DALAM HATI...

KEHADIRANMU MEMBAWA SINAR...
KEHADIRANMU MEMBAWA KEKUATAN...
KEHADIRANMU MEMBAWA KEBAHAGIAAN...
KEHADIRANMU MEMBAWA SEJUTA MAKNA....
DALAM SETIAP LANGKAH PERJALANAN KU...
KEHADIRANMU..BENAR-BENAR MENUSUK
DALAM HATI DAN SANUBARIKU...
JIKA TIDAK...KENAPA AKU BEGINI....

 UDARA YANG KU SEDUT...
NAFAS YANG AKU HEMBUSKAN...
FIKIRAN YANG MELAYANG-LAYANG....
MATA YANG KU PEJAM....
TANGAN YANG KU GENGGAM ERAT...
SELERUH TUBUHKU...
DISELUBUNGI....PERASAAN CINTAKU PADAMU....

AKU TAK MAMPU...
UNTUK BERJANJI MEMBERIKAN KAMU KEMEWAHAN DAN KESENANGAN...
AKU TAK MAMPU...
UNTUK BERJANJI MENUNAIKAN SEGALA PERMINTAAN DAN IMPIAN KAMU..
AKU TAK MAMPU
UNTUK BERJANJI..MENGUCAPKAN KATA-KATA CINTA DAN MANIS SEHARI-HARI..
AKU JUGA TIDAK MAMPU...
UNTUK BERJANJI SEHIDUP SEMATI DENGAN KAMU...
TAPI...
DENGAN SEGALA KUDRAT DAN DAYAKU...
DENGAN SEGALA TENAGA DAN KEKUATAN KU..
DENGAN SEGALA KEBOLEHAN DAN KELEBIHANKU...
DENGAN SEGALA RASA CINTA DAN KASIH SAYANGKU...
DENGAN SEGALA PENGORBANAN YANG AKAN KU CURAHKAN..
ENGKAU SENDIRI AKAN MERASAI....
DALAM SETIAP INGATAN DAN PEMIKIRANMU...
BAHAWA AKU ADALAH SATU-SATUNYA YANG MELAKUKAN SEMUA INI DEMI KAMU...

ANDAI....SUATU HARI.....
CINTA INI TERUJI..DENGAN DURI DAN RANJAU...
CINTA INI TERUJI DENGAN SIKAP DAN KELAKUAN KU..
CINTA INI TERUJI DENGAN PERBEZAAN DAN PERBALAHAN...
CINTA INI TERUJI DENGAN TAKDIR YANG TELAH TERTULIS...
AKU MOHON KEPADA KAMU...
KUBURKAN CINTA INI DALAM HATI MU....
KUBURKAN CINTA INI JAUH KEDALAM SETIAP NALURI DAN JIWAMU...
KUBURKAN CINTA INI SEDALAM-DALAMNYA.....
KUBURKAN CINTA INI JAUH DARIPADA KEHIDUPANMU...
SEMOGA CINTA INI TIDAK AKAN PERNAH MELUKAI MU...
KERANA AKU TIDAK SANGGUP UNTUK MEMBUATKAN DIRIMU TERLUKA...
AKU TIDAK SANGGUP MELIHAT TITISAN AIR MATA MENGALIR MEMBASAHI PIPIMU..
AKU TIDAK SANGGUP UNTUK MELIHAT BAHAWA DIRIMU MEMBENCI DIRIKU....

AKU BERMOHON....
SEMOGA ENGKAU MENJADI SATU-SATUNYA CINTAKU...
SEMOGA ENGKAU MENJADI SATU-SATUNYA PENEMAN HIDUPKU...
SEMOGA ENGKAU MENJADI SATU-SATUNYA BIDADARI KU DI SYURGA...
SEMOGA ENGKAU MENJADI SATU-SATUNYA TAKDIR YANG TELAH TERTULIS UNTUK KU
SEMOGA ENGKAU MEMANG BENAR-BENAR UNTUK DIRIKU...
KERANA AKU BENAR-BENAR CINTAKAN DIRIMU....

SEKIAN.....
4.11 A.M...

5 ulasan:

hamzah ian berkata...

alahai..

mamaafzal berkata...

tersentuh hati akak baca.jarang lelaki mengungkap kata cinta..semoga korang berdua ada jodoh yek!

Tanpa Nama berkata...

jika cinta ini teruji dengan duri & ranjau..,akan ku pertahankn dgn taman yg indah..jika cinta ini teruji dgn sikap & perlakuanmu..akan ku pertahankan dgn kesabaran & kesetiaan pd mu..jika cinta ini teruji dgn perbezaan & pebalahan..akan ku pertahankan dgn kepercayaan & keyakinan ku pd mu..namun andai teruji dgn tkdir ILLAHI..aku pasrah & redha..namun x akan pernah ku kburkan cinta ini..

Tanpa Nama berkata...

moga dirimu bahagia selamanya bersama dia..moga dia xkn pernah mncalar dan melukai cintamu padanya~..cintailah dirinya kerana Allah..pasti cintamu sampai ke syurga..

kak ina mail berkata...

pusi akak suka.tengah bercinta ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut