Penulis yakin dan percaya bahawa semua mata politik kini melihat dan menganalisa Persidangan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) yang bermula pada 19 oktober dan berakhir pada 23 oktober ini.Kesemua para pewakilan tidak kira daripada pelbagai peringkat sayap ataupun bahagian dalam UMNO kini tertumpu di PWTC untuk sama-sama mengikuti Perhimpunan Agung UMNO ini.Tidak kira yang tua ataupun muda,daripada kampung ataupun bandar,termasuk di kawasan-kawasan pendalaman akan di bawa ke PWTC ini untuk sama-sama mengikuti perkembangan yang sedang belaku dalam parti keramat orang melayu ini.Tempoh 64 tahun merupakan suatu tempoh suka duka UMNO ini menjadi satu parti yang relevan kepada orang melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.Pelbagai halangan dan rintangan sejak daripada penubuhannya lagi sehinggalah ke hari ini.UMNO suatu ketika dahulu pernah melalui detik-detik yang sukar sehinggakan Parti ini pernah diharamkan penubuhannya dan mengalami krisis perpecahan yang terbesar.Oleh sebab itu,kekuatan dan tunjang utama yang terletak dalam PARTI UMNO ini merupakan perpaduan dan persefahaman yang erat dikalangan anggotanya dan parti ini perlulah kelihatan relevan mengikut zaman dan era globalisasi ini supaya Parti ini tidak sekadar menjadi parti sejarah dan parti orang-orang tua sahaja.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Perhimpunan Agung Umno 2010 menjadi titik permulaan kepada budaya dan model baru politik Umno untuk lebih terbuka dan lebih inklusif.Perdana Menteri berkata perhimpunan kali ini, selepas setahun Perlembagaan Umno dipinda, perlu disusuli dengan perubahan daripada segi budaya dan tindakan seluruh anggota parti.“Peranan parti diakar umbi mesti bersifat inklusif dan dapat menunjukkan imej yang disenangi rakyat (dan) sentiasa dekat di hati rakyat (melalui) pelbagai aktiviti, dan kita dapat tunjukkan Umno merupakan pemudah cara dan pelopor kepada segala kegiatan di akar umbi,” “Transformasi manusia memakan masa, transformasi fizikal mudah. Semua orang tahu transformasi manusia suatu yang amat mencabar, tetapi kita akan cuba melakukannya. Saya melihat ada yang respons, dan ada yang memakan masa lagi untuk menghayati sepenuhnya (transformasi itu).“Tapi (kita) jangan kecewa sebab kita berurusan dengan manusia, dan manusia, tentu sekali amat mencabar untuk melakukan perubahan besar dalam masa yang singkat,” katanya.katanya selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.Penulis Yakin dan percaya bahawa Parti Umno sekarang sedang melalui suatu proses transformasi yang mana mahukan perubahan yang menyeluruh dalam proses pendekatan dan pembawaan parti ini untuk memenangi hati rakyat.Penulis berharap supaya hasrat Presiden UMNO sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu membawa model politik baru dalam UMNO ini akan terlaksana agar terus relevan kepada generasi penerusnya iaitu golongan muda.
Sekarang ini sedang berlangsung Perhimpunan Agung tiga sayap utama dalam UMNO iaitu PEMUDA,PUTERI DAN WANITA.3 sayap dan komponen ini sangat penting kepada UMNO sebagai tulang belakang mereka untuk mengukuhkan dan menguatkan parti ini.Melalui pengamatan penulis berdasarkan ucapan-ucapan yang telah disampaikan oleh orang-orang penting UMNO dalam sayap ini ternyata mahu melihat suatu perubahan dan transformasi politik dalam parti UMNO ini.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mengajak seluruh ahli agar mengikis 10 ciri negatif bagi memastikan pergerakan itu terus dihormati oleh segenap lapisan rakyat.Menurut beliau antara ciri-ciri tersebut ialah sikap elitis dan egois, budaya syok sendiri, budaya kad perakam waktu iaitu daftar masuk dan keluar, budaya sate, budaya baling batu sembunyi tangan, Pemuda “interframe“, budaya “Yes man“, talam dua muka, budaya kerat mengerat dan budaya seronok tengok orang lain kena hentam.“Sikap suka melihat dan mengambil kesempatan dengan turut sama melontarkan kritikan ketika anggota parti dikritik lawan perlu dikikis dalam UMNO.“Sikap tidak bertanggungjawab itu perlu dikikis dan dielak dari dijadikan amalan oleh anggota parti kerana perbuatan tersebut tidak selaras dengan model politik baru yang ingin diperkenalkan parti.“Kita perlu ada tanggungjawab bersama, bukan suka tengok orang lain kena hentam. Kalau pembangkang, sekiranya ada orang dalam parti mereka kena serang, mereka akan pertahankan tetapi dalam parti kita seolah-olah kurang sedikit,“ katanya.Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan perwakilan Pemuda pada perhimpunan agung pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Tambah beliau lagi walaupun 10 ciri berkenaan sudah menjadi kebiasaan tetapi ia perlu sentiasa diingatkan kerana semua ciri-ciri tersebut akan hanya terhakis melalui penonjolan teladan yang baik di kalangan pemimpin.“Sekiranya ketua-ketua Pemuda bahagian termasuk saya dapat mengamalkan perkara tersebut dengan politik ikhlas dan jujur, saya rasa perkara ini dapat dielakkan, cuma saya perlu ingatkan banyak kali kerana perkara ini telah jadi kelaziman pada mana-mana parti politik,” katanya.Penulis beranggapan bahawa Ketua Pemuda UMNO sendiri mengakui kelemahan yang masih terdapat dalam parti UMNO ini dan perkara inilah yang perlu dihapuskan dalam minda dan pemikiran selurh ahli UMNO.Sememangnya dalam politik ini ``KAWAN BOLEH JADI LAWAN``.Inilah lumrah yang berlaku,tetapi dalam politik baru,perkara ini tidak boleh menjadi lumrah lagi bagi pendapat penulis kerana inilah barah yang akan merrosakkan mana-mana perjuangan parti.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil mencadangkan konsep 'Ketuanan Melayu' digantikan dengan 'Kemuliaan Melayu' yang kini lebih relevan kepada masyarakat itu.“Ketuanan Melayu mungkin sesuai suatu ketika dulu. Tetapi jika kita lihat keadaan politik hari ini, konsep yang perlu dihidupkan semula adalah kemulian melayu.“Jika ditinjau dengan teliti, ciri-ciri kemuliaan Melayu yang membawa kepada kemerdekaan dan memacu BN ke arah pencapaiannya hari ini,” Shahrizat juga mengajak ahli pergerakan itu untuk memperjuangkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti dan kerajaan.Katanya, beliau dan anggota exco Wanita akan memperjuang dan menyediakan ''prasarana'' dan ''lebuh raya'' untuk wanita melonjak ke satu tahap kepimpinan yang membanggakan.Beliau juga mahu melihat ada anggota pergerakan itu yang dapat menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri, pengerusi perhubungan negeri dan jawatan-jawatan tinggi dalam parti."Ia akan dijadikan warisan saya untuk Wanita Umno keseluruhannya pada zaman serba moden dan progresif ini," katanya disambut tepukan gemuruh dari para perwakilan pergerakan itu.Shahrizat berkata jika Wanita Umno sudah bersiap sedia, dan BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-13, beliau percaya perkara itu tidak mustahil boleh berlaku di era kepimpinan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri seorang yang berwawasan yang mampu dan berani untuk mengupayakan wanita.Penulis juga melihat bahawa wanita UMNO sendiri mengakui bahawa konsep ketuanan melayu yang sebelum ini dilaung-laungkan oleh UMNO kini tidak kelihatan relevan lagi,justeru perubahan itu perlu dilakukan bagi menjamin Parti itu mendapat sokongan yang penuh daripada orang melayu sendiri.
Pergerakan Puteri Umno perlu menjadi perintis trend dan bukan pengikut agar perjuangannya mewakili generasi muda dihormati parti dan rakyat, kata ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.Beliau berkata Puteri yang mewakili "pejuang bangsa Melayu moden" perlu lebih agresif selaku pewaris negara untuk merencanakan kehidupan rakyat dan masa depan negara melalui idea mantap dan program berkesan."Dalam kita menakhkoda bahtera perjuangan, kedengaran suara-suara meminta pergerakan ini dibubarkan. Mengapa timbul cakap-cakap sedemikian rupa? Tentulah ada sebabnya...adakah kerana ada yang melihat kita tidak sepenuh hati berjuang untuk parti?"Kita mesti mengembalikan semangat (perjuangan) ini... Puteri mesti merapatkan barisan perjuangan parti tanpa mengira sama ada kita berjawatan atau tidak," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .Sehubungan itu, sayap parti yang ditubuhkan pada 2001 itu bersetuju dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya setiap pihak perlu berubah dan memperkasakan politik"Ini dapat memberi landasan yang lebih jelas tentang hala tuju yang bersifat praktikal dan pragmatik dengan mengekalkan roh serta semangat perjuangan tokoh-tokoh terdahulu, berteraskan tuntutan akar umbi dan dalam masa yang sama mengasimilasikan gagasan 1Malaysia," katanya.Rosnah juga yakin bahawa kehadiran Puteri mampu menjadi daya penarik kepada kumpulan muda untuk menyokong perjuangan Umno dan seterusnya membantu parti untuk cemerlang pada pilihan raya umum ke 13 kelak"Komitmen kita sebagai generasi muda yang kini dilatih sebagai pemimpin pelapis mestilah lebih besar lantaran kitalah yang akan meneruskan pembangunan negara dan menjalin kesinambungan politik menegakkan agama, bangsa dan negara," katanya.Menurutnya sehingga 12 Okt lepas dan selepas proses pemutihan, Puteri kini mempunyai 347,378 anggota berdaftar, hasil daripada program berterusan mendekati golongan muda.Rosnah turut menyokong usaha utama membangunkan bangsa Melayu dan Bumiputera tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain seperti yang dimaklumkan Perdana Menteri menerusi Model Baru Ekonomi (MBE)."Kita percaya kewujudan MBE dapat menyelesaikan sebahagian besar permasalahan bangsa Melayu dan Bumiputera pada masa akan datang, tetapi MBE saja tidak mencukupi."Pimpinan Melayu mestilah boleh menonjol dan menguasai ruang politik pelbagai etnik secara meritokrasi bukan kroni, dan pada masa yang sama mempunyai sikap benci rasuah, politik wang dan budaya mengambil kesempatan atas wang rakyat," katanya.Beliau juga berkata bagi membantu rakyat menyesuaikan diri dengan taraf hidup semasa, Puteri mencadangkan supaya rakyat yang berpendapatan di bawah RM4,000 dikecualikan daripada cukai pendapatan."Untuk memantapkan kualiti pendidikan di negara ini pula, Puteri menyarankan agar lebih banyak sekolah-sekolah kemahiran dibina, diberi pengiktirafan sewajarnya dan diangkat sebagai antara asas pembangunan modal insan dari sudut pendidikan.Rosnah juga berkata sudah tiba masanya kerajaan mengecualikan kutipan yuran pengajian pelajar di 22 universiti awam manakala kekurangan pendapatan universiti berkenaan ditampung melalui penambahan peruntukan kerajaan."Dengan itu, kita dengan penuh bangganya boleh menyatakan pendidikan di Malaysia adalah percuma dari tadika hingga ke menara gading," katanya.Katanya bagi mengurangkan masalah sosial di kalangan generasi muda masa kini seperti pembuangan bayi atau seks luar nikah, maka satu silibus atau bab yang lebih fokus dalam aspek reproduktif perlu diperkenalkan dalam kurikulum Sains di sekolah menengah."Puteri juga menyokong usaha untuk mewujudkan sebuah rumah perlindungan dan pembelajaran seperti yang telah dibuat oleh kerajaan negeri Melaka dengan mewujudkan Sekolah Harapan."Cara ini dilihat ramai seolah-olah seperti menggalakkan gejala ini berleluasa namun percayalah ada banyak baiknya, dengan adanya premis yang lebih kondusif, selamat dan terjaga dengan baik, anak-anak muda yang terlanjur ini dapat membina semula kehidupan dengan anak mereka yang tidak berdosa," katanya.Seramai 785 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung pergerakan itu.Penulis turut melihat bahawa puteri UMNO juga dalam usaha untuk melakukan transformasi kepada parti UMNO ini untuk menarik golongan muda terutama golongan remaja wanita untuk sama-sama dengan mereka memperjuangkan hak dan nasib golongan muda di negara ini. sesuai dengan lanskap politik semasa, katanya.
Penulis melihat bahawa kekuatan 3 sayap utama dalam UMNO ini perlu diubah kepada politik baru yang akan membawa kekuatan sebenar dalam UMNO.Perlu ada golongan pemuda,pemudi,puteri dan wanita yang benar-benar mahukan pembaharuan dalam UMNO.kerana pandangan penulis sendiri berkaitan sikap yang ditunjukkan oleh sesetengah anggota ataupun pimpinan dalam puteri,wanita ataupun pemuda UMNO yang kelihatan berlagak dan sombong.Malahan merasakan diri terlalu hebat dan hanya mahukan kekuasaan semata-mata,tetapi dari segi pengorbanan dan tanggungjawab langsung tiada.Perkara ini mungkin berlaku suatu ketika dahulu,dan perkara inilah yang perlu diubah supaya pandangan masyarakat kepada mereka adalah hormat bukannya merasa jelik dan benci apabila melihat telatah mereka ini.Boleh juga penulis katakan terdapat daripada golongan wanita ataupun puteri UMNO ini yang geli kepada tempat-tempat yang kotor dan tidak mahu ke tempat-tempat yang susah dan pendalaman.Perkara inilah yang menimbulkan kebencian rakyat kepada parti ini disebabkan sikap anggotannya yang begitu.
PENULIS MENGHARAPKAN AGAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PADA KALI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PERLU KEPADA SUATU TRANSFORMASI POLITIK YANG BARU BAGI MENERUSKAN AGENDA PERJUANGAN MEREKA DAN RELEVAN KEPADA SELURUH MASYARAKAT.UMNO HARUS BERANI BERUBAH DEMI KEBAIAKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SELURUHNYA.!!!!
PENULIS MENGHARAPKAN AGAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO PADA KALI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN PERLU KEPADA SUATU TRANSFORMASI POLITIK YANG BARU BAGI MENERUSKAN AGENDA PERJUANGAN MEREKA DAN RELEVAN KEPADA SELURUH MASYARAKAT.UMNO HARUS BERANI BERUBAH DEMI KEBAIAKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT SELURUHNYA.!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan