Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Isnin, 18 Oktober 2010

KENAIKAN ELAUN PEMIMPIN MASYARAKAT:SEJAUH MANA KEBERKESANANYA?

Salam kepada semua....


Penulis tertarik untuk mengulas berkaitan isu kenaikan elaun Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP), Pengerusi Kampung Baru, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli digesa meningkatkan prestasi selari dengan kenaikan elaun bulanan yang diumumkan pada Bajet 2011.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 Jumaat lepas mengumumkan kenaikan elaun terhadap pemimpin masyarakat berkenaan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 sekarang.

Penulis yakin,tersenyum lebarlah semua pemimpin -pemimpin masyarakat ini atas pengumuman kenaikan elaun mereka.Tetapi apa yang lebih penting adalah perkhidmatan mereka kepada masyarakat.Jika soal kebajikan di kampung atau tempat mereka tidak terpelihara,Keselamatan dan kebersihan kampung atau kawasan mereka diabaikan,masih ramai lagi golongan miskin dan fakir di kawasan persekitaran mereka masih tidak mendapat pembelaan dan bantuan daripada kerajaan.Maka,kenaikan elaun yang diumumkan itu hanyalah akan membazirkan wang rakyat kerana diberikan kepada pemimpin masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

Apa yang penulis tulis ini adalah kesan daripada perbualan penulis dengan beberapa masyarakat setempat di kampung dan desa yang telah penulis lawati dan menjalankan program di kawasan itu.Terdapat golongan masyarakat yang tidak berpuas hati dengan pemimpin masyarakat di kawasan mereka yang langsung tidak ambil peduli hal ehwal masyarakat,malahan untuk turun ke program yang dijalankan oleh penduduk setempat juga tidak pernah nampak dan penduduk setempat juga sukar untuk berjumpa dengan mereka jika mahu berurusan dengan mereka.Bantuan yang disalurkan oleh kerajaan juga ada yang tidak sampai kepada golongan masyarakat.Yang akan dapat adalah kroni dan anak beranak mereka yang sudah ternyata senang dan mewah manakala penduduk yang miskin dan merempat dibiarkan tanpa arah tuju.Mungkin mereka fikir golongan fakir dan miskin ini memang dah bodoh kerana tidak tahu nak mintak bantuan daripada mana.Lalu dibiarkan sahaja mereka ini tanpa apa-apa bantuan.Perkara ini memang berlaku di beberapa dan sesetengah kawasan walaupun tidak semua,kerana masih ada golongan pemimpin yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam menjalankan amanah dan tangggungjawab mereka,sehinggakan sanggup menghabiskan wang ringgit mereka sendiri demi membantu masyarakat walaupun mereka bukan daripada golongan berada.Hanya golongan ini sahajalah yang benar-benar layak menerima kenaikan elaun ini oleh perdana Menteri.

Penulis mencadangkan agar kerajaan menilai dan membuat pemantauan tahap prestasi pemimpin masyarakat ini.Wujudkan KPI yang tersendiri buat mereka kerana amat rugi bagi kerajaan yang membayar pemimpin masyarakat yang tidak pernah berkhidmat untuk rakyat di kawasan mereka sendiri apatah lagi untuk memperjuangkan nasib dan hak mereka kepada pihak yang bertangggungjawab.Masyarakat setempat pasti tidak boleh menerima pemimpin yang sekadar makan gaji buta semata-mata.Walaupun niat kerajaan sangat baik dalam isu ini,tetapi bagi penulis sendiri kelihatan jawatan ini akan menjadi rebutan oleh masyarakat setempat untuk menjadi pemimpin masyarakat di kawasan mereka kerana atas sebab mendapat elaun yang tinggi dan boleh hidup mewah.Adakah ini pemimpin masyarakat yang kita mahukan?...

sekadar pandangan daripada penulis.....

1 ulasan:

NaeemUMP berkata...

kita hari ini berdepan dgn hal duit semata, org sentiasa mencari peluang selagi dptnya duit dn harta..dimanakah pemimpin2 yg kita harapkan spt saidina umar,abu bakr,usman,ali dn xlain tidak bukan Rasulullah sendiri,mereka secara total tidak memikirkan soal kewangan mereka sendiri,priorities on masyarakat sekeliling..perlunya berlandaskan AlQuran wa Sunnah,barulah lahir pemimpin2 yg hebat2...insyaAllah (maherzain)

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse