Pada hari ini semua berita di media massa dan dada akhbar semuanya berkisar mengenai pembentangan bajet 2011 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Pelbagai andaian dan persoalan yang telah ditimbulkan oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat.Daripada suri rumah,pekebun kecil,orang-rang kampung dan bandar,ahli politik,golongan muda dan pelbagai lapisan masyarakat yang prihatin mengenai bajet 2011 pada sesi kali ini.Penulis beranggapan Bajet pada kali ini adalah lebih mesra rakyat dan satu bajet selamat yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri.
Menurut pandangan beberapa pihak dan penganalisa bahawa bajet pada kali ini merupakan petanda kepada pilihan raya umum yang ke -13 mungkin akan dijalankan lebih awal.Namun itu semua adalah anggapan dan pandangan oleh beberapa pihak tertentu sahaja.Mengikut daripada kefahaman penulis sendiri,bajet pada kali ini merupakan suatu cabaran terbesar bagi pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha untuk memastikan hasrat wawasan 2020 akan terlaksana dan juga kearah negara yang ekonomi berpendapatan tinggi.Bukan mudah untuk kita merancang dan menilai untuk masa depan.Keadaan ekonomi dunia yang masih belum stabil sepenuhnya lagi akan menjadikan bajet pada kali ini terumbang ambing seperti di pukul oleh ombak di lautan.Penulis beranggapan sedemikian kerana segala yang telah kita rancangkan ini tidak akan berjaya jika kuasa ekonomi besar dunia masih lagi menguasai ekonomi dunia ini sepenuhnya.Jika saham dan mata wang mereka jatuh dan berada pada paras yang terendah kesannya sangat dalam kepada seluruh negara-negara di dunia ini.
Bajet 2011 ini juga kelihatan mesra kepada rakyat dan dikatakan memakmurkan rakyat.Mungkin kerajaan tidak boleh memenuhi semua permintaan daripada rakyat terutama dari segi soal peruntukan kepada sektor ataupun golongan tertentu,tapi bajet pada kali ini masih lagi kelihatan sangat baik kerana ada berita gembira kepada sesetengah golongan tidak kira tua atau muda.Bonus kepada kakitangan kerajaan juga terpaksa diberikan untuk menarik hati golongan pekerja awam ini walaupun kesannya kepada ekonomi negara agak besar juga.Tetapi itulah slogan yang patut dilaksanakan iaitu `rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan``.
Penulis juga mahu membuat ulasan berkaitan dengan anggapan beberapa pihak politik yang menyatakan bahawa bajet Datuk Seri Najib pada kali ini adalah hadiah buat isterinya Datin Seri Rosmah Mansur kerana parti politik ini melihat peruntukan bajet yang diberikan kepada program PERMATA yang diusahakan dan diasaskan oleh isteri perdana menteri itu mendapat peruntukan tertinggi iaitu RM111 juta berbanding parlimen yang mendapat 78 juta dan Sekolah Agama Rakyat(SAR) 90 juta.serta permansuhan duti import untuk barangan pilihan pelancong termasuk minyak wangi dan seluar dalam wanita.Parti politik pembangkang meliaht seolah-olah bajet pada kali ini memberikan keistimewaan kepada isteri beliau sendiri.Tetapi bagi penulis kita mengahrapkan segala bajet yang telah diberikan itu akan digunakan sebaik mungki untuk masa depan anak-anak yang bakal mewarisi pemerintahan negara pada masa depan kerana program permata itu salah satu usaha yang sangat baik bagi memberikan pendidikan terbaik buat golongan muda ini terutama kana-kanak yang memerlukan ``melentur buluh biarlah daripada rebungnya``.Semoga bajet RM 111 juta itu akan memastikan kanak-kanak pintar negara dan berpotensi ini akan menjadi aset terpenting negara pada era 2020 nanti.
Jumlah bajet yang diperuntukan juga pada kali ini adalah 2.8 peratus lebih tinggi daripada bajet 2010 yang mana jumlahnya adalah RM 212 bilion.RM 162.8 bilion untuk kos operasi manakala RM 49.2 bilion untuk kos pembangunan.kerajaan masih lagi memastikan trend berlanjawan yang hampis sama dengan bajet pada tahun lalu iaitu RM 131 bilion untuk kos operasi dan RM 51 bilion untuk kos pembangunan.Kebajikan dan pembangunan rakyat perlulah selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi.Jika pembangunan yang menjadi keutamaan semata-mata mahu menjadi negara maju dan gah di persada antarabangsa dengan bangunan yang canggih dan pencakar langit,tetapi rakyat masih merempat di jalanan serta ``kais pagi makan pagi,kais petang makan petang`` penulis sendiri akan melihat bajet pada kali ini sesuatu yang amat dangkal sekali.Tetapi kerajaan masih melihat betapa pentingnya hasrat dan keutamaan di berikan kepada rakyat.oleh sebab itu bajet pada kali ini memberikan satu pandangan optimis rakyat kepada kerajaan yang masih tidak mangabaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat.Walaupun ada dikalangan yang berpendapat bahawa pemberian bonus oleh kerajan termasuk menaikkan gaji kepada beberapa golongan tertentu iaitu pengawal keselamatan dan ketua kampung bersama tok-tok imam di masjid-masjid merupakan usaha kerajaan untuk memancing undi golongan ini.
ketua pembangkang di dewan rakyat pula menyatakan bahawa Bajet pada kali ini tidak mencapai objektif isu utama iaitu menanggani defisit yang berlaku.isu penyelewengan dan rasuha langsung tidak disentuh pada bajet kali ini.beliau beranggapan bahawa terdapat banyak imbuhan diberikan tetapi rakyat tidak akan mendapatnya.kerana projek-projek mega yang berbillion ringgit akan diberikan kepada kroni-kroni mereka manakala rakyat hanya mendapat ratusan ringgit.Menurut beliau lagi bajet pada kali ini ternyata menambat hati rakyat dan menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.Selain itu,terdapt juga pelabur yang tidak berpuas hati dengan bajet yang telah dibentangkan ini kerana terdapat kekurangan pembaharuan dalam subsidi negara dan dasar negara yang berasaskan perkauman.mereka semua ini tidak berpuas hati kerana bajet pada kali ini tidak memberikan bentuk wang yang sebenar kepada mereka menurut bebrapa pengnalisa ekonomi.
Bagi golongan belia dan mahasiswa bajet pada kali ini ternyata memberikan sedikit senyuman kepada golongan muda.Dengan cukai telefon mudah alih yang dihapuskan serta merta memberikan sedikit kegembiraan buat golongan muda yang sering kali taksub dan fanatik dengan teknologi yang terbaru dikeluarkan melalui telefon bimbiti ini.Selain itu,pinjaman rumah 100% untuk golongan muda juga merupakan satu berita baik dibawah `skim rumah pertamaku`` yang mana membantu golongan muda yang baru bekerja yang mendapat pendapatan kurang daripada RM 3000 untuk memiliki rumah dengan kata lain pembeli rumah tidak memerlukan pendahaluan sebanyak 10 % untuk membeli rumah seperti sebelum ini.RM 500 juta juga diperuntukan untuk program latihan 1Malaysia untuk golongan muda meningkatkan kemahiran mereka termasuk gaji minimum dan dana untuk golongan media.Mahasiswa juga mengharapkan peruntukan sebanyak RM 10.3 bilion yang telah diterima oleh kementerian pengajian tinggi akan digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan kemahiran dan insaniah kepada golongan mahasiswa.Selain itu,Penulis yang juga merupakan golongan mahasiswa masih mengharapkan bantuan penuh daripada kerajaan terutama untuk yuran-yuran pengajian dan penginapan di universiti.biasiswa yang diterima lebih-lebih lagi yang sekadar mendapat pinjaman merupakan satu beban kepada golongan mahasiswa apabila menjejakkan kaki ke menara gading.Hasrat untuk menuntut ilmu dibebankan lagi dengan tuntutan hutang daripada PTPTN dan pinjaman daripada agensi lain.Wang untuk sari diri juga tidak mengcukupi bagi golongan mahasiswa yang kampus mereka berada di tengah-tengah bandar atau sekitar kawasan bandar.Seharusnya peruntukan yang lebih besar perlu diberikan juga kepada golongan mahasiswa yang sudah barang tentu akan menjadi produk yang terpenting buat negara dan pemimpin pada masa hadapan.
PENULIS IALAH MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGU AZIZ UNIVERSITI MALAYA
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGU AZIZ UNIVERSITI MALAYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan