Penulis ingin membuat ulasan dan pandangan mengenai BAJET 2011 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 15 oktober ini.Bajet 2011 ini merupakan suatu bajet terpenting sebagai satu indikator atau kayu pengukur untuk negara kita menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.Bajet ini juga merupakan suatu pertunjuk bagaimana kerajaan mahu memulakan Model Baru Ekonomi(MBE)
Menurut Perdana Menteri Bajet pada kali ini akan di capai melalui empat tonggak agenda Transformasi negara iaitu konsep 1Malaysia,program tranformasi kerajaan,Model Baru Ekonomi(MBE) dan Rancangan Malaysia ke-sepepuluh.Bajet pada kali ini juga akan mengaktifkan lima teras strategik yang telah digariskan sewaktu rancangan Malaysia yang ke-sepuluh. iaitu mentransformasikan Malaysia menggunakan bidang hasil utama nasional(NKRA),meningkastkan pertumbuhan ekonomi yang merangkumi pembangunan sosio-ekonomi,memajukan dan mengekalkan asas bakat dunia pertama,serta meningkatkan kualiti kehidupan.Bagi menjayakan rancangan ini sektor swasta merupakan pemacu utama manakala kerajaan meruapakan pemudah cara.
Menurut penulis untuk mencapai usaha ini dan kejayaan bajet 2011 merupakan satu usaha bersama seluruh pihak di negara kita dalam meningkatkan taraf sosio-ekonmi di negara kita.Tidak hanya sektor kerajaan dan swasta yang mengepalai bajet 2011 ini,tetapi masyarakat juga seharusnya melakukan yang terbaik demi memastikan peningkatan ekonomi di negara kita.Rangsangan ekonomi sangat penting bagi negara kita untuk menigkatkan kadar pendapatan dan pelaburan bagi negara.Masyarakat sekarang harus berani mendepani cabaran masa depan dalam usaha kita mencapai hasrat wawasan 2020.Cara befikir dan juga semangat dan keyakinan dalam masyarakat perlu diubah kepada yang lebih baik dan berani.Sekurang-kurangnya taraf hidup masyarakat malaysia berada dalam keadaan sederhana dan sifar kadar kemiskinan.
Namun perkara yang merisaukan penulis adalah sejauh manakah sistem ekonomi dan bajet 2011 ini akan membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dan juga golongan miskin yang berada di kawasan pandalaman.Apa yang dikhuatiri berlaku adalah dalam usaha kita mengejar kecanggihan teknologi dan ekonomi berpendapatan tinggi,golongan yang berpedapatan rendah dan miskin ini jauh tercicir ke belakang kerana tidak dapat bersaing dan memperbaiki taraf kehidupan mereka kerana sistem`YANG KAYA BERTAMBAH KAYA,YANG MISKIN PAPA KEDANA``.Perkara yang nyata telah berlaku di negara-negara maju seperti amerika syarikat dan jepun yang mana rakyat-rakyat miskin mereka terpaksa merempat di jalanan dan lorong-lorong bandar kerana taraf hidup semakin tinggi dan tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah sekalipun.Adakah kita mahukan masyarakat kita akan berada dalam keadaan seperti ini apabila hasrat kita untuk mencapai status negara maju dan ekonomi berpendapatan tinggi berjaya.Perkara ini harus difikirkan bersama dalam keghairahan kita untuk menjadi negara yang maju dan mencapai wawasan 2020.Bukan sahaja ekonomi yang perlu dibangun dan dipertingkatkan,tetapi taraf dan pemikiran masyarakat juga harus berubah..Biar kita bangunkan negara dan seluruh masyarakat suapaya menjadi contoh seantero dunia dan membina tamadun baru di alaf baru ini,suatu Tamadun yang akan menjadi sejarah pada era globalisasi ini.
``BERUSAHA MENCAPAI EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI``
SEKIAN..
MOHD ASRI BIN ZULKIFLI
PRESIDEN KOLEJ-KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYA
PRESIDEN KOLEJ KEDIAMAN UNGKU AZIZ
PELAJAR TAHUN AKHIR UNIVERSITI MALAYA.
1 ulasan:
Nie la dinamakan sistem kapitalis..
Salah satu daripada bajet 2011 adalah, membina lebih banyak kelab malam di tempat-tempat terpilih dalam jarak 100m dari kawasan perumahan.
Alasan yang diberikan di dalam pembentangan bajet khas untuk kelab malam: Untuk pelancong asing.. Jumlah warga asing yang berkunjung ke setiap 1 kelab malam: 1000 orang
Logik ke pelancong asing sampai 1000 orang untuk satu-satu hari? Adakah kelab malam ini khas untuk pelancong asing sahaja? Apa yang saya perhatikan, kelab malam pada hari ini pun tak ramai pelancong asing.. malah penduduk tempatan yang berbangsa melayu yang lebih ramai..
Jadi, bajet 2011 nanti akan menyebabkan golongan miskin mencari kerja di kelab malam.. So, maksiat berleluasa..
(from student architecture UiTM Shah Alam)
Catat Ulasan