Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Selasa, 24 September 2013

MENGAPA GOLONGAN BARU GAGAL DALAM BISNES INTERNET?



Sehingga saat ini ramai di antara kita akan mengeluh mengenangkan kos sara hidup yang semakin lama semakin tinggi. Bagi individu yang menjalani kehidupan yang biasa. Seharian bangun dari tidur, masuk kerja tiada matahari, balik kerja tiada matahari; tidak akan merasai kenikmatan kehidupan yang sebenarnya. Oleh itu, terdetik di fikiran, adakah ada cara yang lebih mudah untuk menjadi lebih kaya, berjaya dan bergaya?

Setiap individu yang ingin berubah kehidupan mereka akan mula membuka mata hati dan fikiran mereka. Mereka mula membuat persoalan demi persoalan. Bagaimana insan tersebut boleh berjaya? Mengapa aku masih di tahap begini? Apa perbezaan aku dan dia? Sampai bila aku masih di tahap ini?

Maka terlintaslah salah satu platform masa kini iaitu internet menjadikan lebih mudah dan murah untuk menjana pendapatan. Bagaimana mahu mulakan? Itulah persoalan pertama yang akan timbul dari sanubari.

Baiklah, saya akan kongsikan mengikut pengalaman saya.

1. Cari bidang / niche yang anda minat atau pakar

Dalam proses ini, apa yang perlu anda lakukan adalah senaraikan kelebihan yang ada pada anda. Selalunya saya akan bertanya kepada peserta bengkel saya, apakah pendidikan atau pengalaman yang ada pada anda namun tiada pada orang lain. Kadang-kadang, kita terlepas pandang hal ini. Kita akan fikir kelebihan kita tiada gunanya. Itu adalah perkara yang perlu ditangkis. Jadi, anda perlu fikir sejenak, apakah kepakaran yang anda boleh tawarkan kepada masyarakat di luar sana.

2.Dalami ilmu dan kepakaran anda

Baik, sampai ke tahap ini, anda sudah memilih niche atau kepakaran anda. Saya ambil contoh salah seorang peserta bengkel saya mempunyai kepakaran mengurut badan. Beliau hanya tahu mengurut tanpa tahu teknik-teknik yang sebenarnya. Oleh itu, cara beliau mengurut bukan sahaja tidak betul malah menyakiti pesakitnya. Jadi, beliau perlu mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan kepakaran beliau. Beliau perlu mengambil masa untuk mendalami teknik yang betul untuk menjadi pakar dalam bidang tersebut.

Anda juga perlu mendalami ilmu dalam bidang yang ingin anda ceburi. Cari sumber-sumber yang dapat membantu anda menambah ilmu pengetahuan. Jangan terlalu tamak untuk menguasai segalanya. Cukup hanya untuk menambah ilmu tentang niche atau bidang yang ingin anda ceburi sahaja.

3. Kongsikan kepakaran anda dengan orang sekeliling.

Anda telah menguasai dan menjadi pakar dalam bidang yang anda ceburi. Kini, kepakaran anda tidak boleh dibiarkan menjadi perkasam dalam diri. Kongsikanlah kepakaran anda dengan orang sekeliling dengan anda. Buat permulaan, kongsikanlah dengan keluarga, rakan-rakan, jiran dan sebagainya. Jangan meletakkan harapan terlalu tinggi. Nama anda belum dikenali lagi sebagai pakar dalam bidang tersebut. Sebolehnya, kongsikanlah dan anda akan merasai bertapa seronoknya apabila kita berkongsi ilmu dan kepakaran dengan insan lain.

4. Wujudkan diri anda sebagai pakar untuk dirujuk

Pada tahap ini, nama anda mula dikenali. Anda kini akan dipanggil sebagai pakar. Keluarga, rakan taulan, jiran tetangga, sahabat handai semua menggelarkan anda sebagai pakar untuk dirujuk. Nah… Disini anda tidak perlu lagi membuat promosi hingga ratusan hingga ribuan ringgit. Promosinya adalah percuma. Dari mulut ke telinga, dari telinga ke fikiran, dari fikiran ke emosi. Itulah puncak segalanya. Anda akan menerima pelbagai tawaran.

5. Buat Artikel dan Ebuku berkenaan bidang yang anda pilih

Baiklah, disini anda memerlukan sedikit ilmu dalam bidang penulisan. Anda boleh berlatih menulis kerana apabila anda mula berlatih, ianya akan sendirinya hadir tanpa diminta. Anda sudah ada ilmu, pengalaman dan juga pelanggan yang telah menerima perkhimatan dan produk anda. Jadi kongsikanlah ilmu, pengalaman dan testimoni dari pelanggan anda dalam bentuk penulisan. Mungkin akan mengambil masa. Namun anda akan rasa kepuasan apabila anda mampu berkongsi dengan bakal pelanggan anda dalam penulisan tersebut. Secara tidak langsung, kredibiliti anda akan meningkat dan nama anda mula dikenali dan menjadi bualan.

6. Kongsikan ilmu dalam bengkel.

Setelah anda telah berjaya dalam bidang penulisan, anda perlu mempunyai ilmu untuk membuat perbentangan. Pelanggan anda mula mencari anda untuk dirujuk. Anda kini tiada masa untuk melayan setiap pelanggan. Jadi anda akan menawarkan bengkel untuk pelanggan anda. Anda perlu belajar untuk meningkatkan ilmu tersebut. Dan pada peringkat ini, anda boleh mengenakan sebarang cas untuk pelanggan anda mendapatkan ilmu dan pengalaman yang ada pada anda.

Oleh itu, terdapat pelbagai cara sebenarnya menjana pendapatan. Hanya pada yang mempunyai keazaman, kesabaran, kecekalan, kesungguhan dan kesedaran sahaja yang akan membezakan samada anda dalam golongan berjaya, mahupun golongan yang gagal. Pilihan ada pada diri anda.

Sekian,


SUMBER :- AMIR AZROS,USAHAWAN INTERNET

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse