Pages

Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Rabu, 25 September 2013

LELAKI TAWAR KHIDMAT SEKS KEPADA POLIS




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memutuskan Raizi Toran, 20, dijatuhi hukuman penjara empat bulan bagi kesalahan menawarkan khidmat seks dan penjara dua bulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Bagaimanapun, Raizi hanya perlu menjalani hukuman penjara empat bulan selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh dia ditangkap, semalam.

Raizi, berbaju T kelabu dan seluar merah ketat didakwa menawarkan khidmat seks kepada seorang pegawai polis di Lorong Haji Taib 3 di sini pada 6.30 petang semalam mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia juga didakwa gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 di tempat dan pada masa yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Pengikut