Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 16 Januari 2009

pilihan raya kampus UM

salam.
pilihan raya kampus um sekarang semakin panas.tarikh pengundian ditetapkan pada 19 januari ini.
hari ini menyaksikan satu perbuatan terkutuk dan keji telah dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.pihak polis masih menyiasat perkara ini.
tindakan ini mencerminkan satu budaya yang tidak sihat belaku di malaysia.sesungguhnya perkara ini menunjukkan bahawa masyarakat tidak lagi bertamadun.
Di UM pro mahasiswa dan penggerak mahasiswa akan menentukan kekuatan jentera masing-masing pada 19 januari ini.kita mengharapkan supaya dan moga-moga pilihan raya ini akan berjalan dengan penuh demokrasi dan telus.
kita mengharapkan supaya calon-calon yang memperjuangkan manifesto masing-masing akan memastikan perkara itu dapat dilaksanakan,janganlah hanya sekadar retorik semata-mata.
bermacam-macam cerita yang saya dengar mengenai pilihan raya kampus di UM untuk tahun ini.bermula pada hari penamaan calon mahasiswa yang ingin memperjuangkan ideologi parti masing-masing telah berkumpul seawal jam 8 pagi di kompleks perdana siswa universiti malaya.pada hari ini menyaksikan ketua jentera penggerak mahasiswa iaitu wan mohd hasif menyatakan untuk berdamai dengan pro mahasiswa untuk isu palestin tetapi telah ditolak oleh pro mahasiswa malahan pro mahasiswa telah menyuarakan mengenai salah laku yang telah dilakukan oleh aspirasi dahulu yang mana sekarang ini adalah penggerak mahasiswa.
selain itu beberapa orang kuat penggerak mahasiswa telah dituduh sebagai orang yang merancang untuk meruntuhkan berhala di perak.tidak cukup dengan itu lagi TNC HEP UM prof madya datuk dr azrae telah difitnah rasuah dalam pilihan raya kampus tahun ini,susulan itu tnc hep telah membuat laporan polis dan rumah aktivis pro mahasiswa di seksyen 12 telah diserbu oleh 20 orang polis.Mengikut laporan,pihak polis telah mengeledah rumah mereka dan mengambil dua buah laptop mahasiswi.
sememangnya sempena pilihan raya kampus ini kita lihat mahasiswa ramai yang berpecah belah akibat berbeza ideologi.kita tidak mahu mahasiswa bergaduh sesama sendiri.kita mahukan mahasiswa bersatu demi kepentingan bangsa agama dan negara.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse