SALAM.
tahniah di ucapkan kepada pro m UM kerana telah berjaya memenangi pilihan raya kampus UM.
kemenangan ini merupakan pilihan pelajar universiti malaya sendiri yang inginkan perubahan.
kemenangan ini juga mengejutkan kerana dari tahun 2004 pro m tidak pernah menang dan tahun 2009 ini merupakan tahun keramat mereka.
bagi pihak penggerak juga,kekalahan ini merupakan satu titik permulaan untuk merubah secara menyeluruh seluruh sistem yang tidak adil dan rasuah.Penggerak mahasiswa harus membuktikan kepada seluruh mahasiswa UM bahawa mereka lebih telus dan bersih daripada tahun-tahun sebelumnya.
mahasiswa harus bersatu padu bagi memperlihatkan bahawa mahasiswa bukan orang biasa,mahasiswa adalah golongan terpelajar.Satu budaya yang tidak sihat terus belaku iaitu ejek mengejek,fitnah menfitnah,keganasan dan penipuan masih belaku di kalangan mahasiswa yang intelek ini.
pihak pro M haruslah menyatupadukan seluruh mahasiswa UM ini agar mereka tidak lagi berpecah kepada puak-puak dan golongan tertentu.jadikanlah UM ini sebagai medan untuk kita semua bersatu padu mengelakkan sebarang permusuhan dan pergaduhan.
cuba kita semua bayangkan jika seluruh mahasiswa di UM ini amnya dan seluruh malaysia khasnya,semua mahasiswa bersatu dan bertolenrasi,negara ini bakal melahirkan pemimpin yang cemerlang dan bijak dalam membina semangat perpaduan dan bersatu padu.
pada pilihan raya kampus ini kita melihat banyak insiden besar telah belaku,bukan sahaja menyentuh sensitiviti individu malahan agama dan bangsa.Keghairahan untuk memenangi pilihan raya adalah faktor perkara-perkara seperti ini dilakukan.tetapi kesannya sangat buruk jika tidak dibendung.permusuhan dan penindasan akan berleluasa dan seluruh mahasiswa akan berpuak-puak.budaya ini adalah budaya lapuk,dan kita perlu menuju kepada perubahan iaitu membentuk budaya sayang menyanyangi dan sentiasa bertolak ansur.
semoga perubahan ini akan berlaku dan pihak PRO M akan menunaikan segala janji mereka dalam manifesto yang mereka war-warkan.
salam perjuangan!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan