Sabtu, 17 Januari 2009
KONGRES EKONOMI ISLAM KETIGA
Salam.
pada 12-15 januari yang lalu saya berpeluang untuk menjadi pemerhati siswa di kongres ekonomi islam ke 3 bertempat di PWTC,kuala lumpur.
sememangnya kehadiran saya selama 4 hari ini sangat bermakna kerana di sini semua permasalahan dan juga idea-idea baru telah timbul untuk memperkasakan lagi ekonomi ummah di malaysia ini.
menurut kajian,umat islam didunia ini adalah seramai 1.7 bilion dan simpanan umat islam di bank-bank seluruh dunia ialah sebanyak 1 trilion us dolar.
umat islam perlu membina kekuatan ekonomi supaya umat islam di atas mukabumi ini tidak lagi ditindas,jihad ekonomi serta penggunaan dinar emas merupakan antara isu yang hangat di bincangkan di dalam kongres ini.
sebelum ini kongres ekonomi islam kedua yang telah berlangsung di kolej islam malaya pada tahun 1972,berlangsung dengan jayanya dan telah menghasilkan resolusi-resolusi yang penting,sekaligus berupaya membawa perubahan kepada corak pembangunan ekonomi islam di negara ini.
antara intitusi yang ditubuhkan hasil gagasan dan resolusi kongres tersebut ialah intitusi pengajian tinggi islam seperti universiti islam(universiti islam antarabangsa),intitusi kewangan islam seperti bank islam(bank islam malaysia berhad) dan intitusi pembangunan sosioekonomi seperti yayasan pembangunan ekonomi islam malaysia
saya berharap moga hasil daripada resolusi kongres ekonomi islam ketiga ini akan berjaya diaplikasikan dan di terjemahkan dengan kejayaan ekonomi umat islam pada masa hadapan.
umat islam seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka untuk memastikan ekonomi ummah ini akan terus dikekalkan supaya umat islam akan mempunyai kelebihan seterusnya menafikan kehebatan ekonomi barat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI
BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)
Powered by 123ContactForm | Report abuse
Tiada ulasan:
Catat Ulasan