hari ini saya telah mengikuti kempen calon penggerak mahasiswa universiti malaya.
sememangnya semua calon-calon yang akan bertanding,bersemangat waja untuk memenangi pilihan raya kampus ini.
tetapi senario pilihan raya kampus ini tidak akan sunyi dengan sebarang ugutan dan ancaman.ketua-ketua jentera sememanya akan terus diancam serta beberapa calon yang bertanding.
apa yang tidak sihat adalah ada diantaranya yang di ancam bunuh.Budaya seperti ini langsung tidak mencerminkan keintelektualan mahasiswa.
mahasiswa sepatutnya memberikan contoh yang terbaik untuk mencerminkan bahawa mahasiswa adalah penggerak masyarakat yang mampu memberikan sinar dan harapan untuk terus menjadikan malaysia ini sebagai sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi pembagunan tetapi juga terus aman dan makmur.
pilihan raya kampus merupakan satu platform kepada mahasiswa yang ingin menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan