penyakit dan barah dalam mahasiswa telah menular.penyakit dan barah ini bukan sahaja menjadi pembunuh tetapi bakal menghancurkan mahasiswa itu sendiri.Persoalan yang saya ingin bangkitkan di sini ialah mengenai sikap dan sifat mahasiswa yang mempunyai nilai yang negatif.mereka ini nampak baik dari segi luarannya tetapi telah menyemai dan menabur fitnah dikalangan mereka sendiri.
budaya ini sememangnya tidak sihat dan menyemai benih kebencian sesama mereka.akibat daripada perbezaan ideologi,``kawan menjadi lawan``.perkara ini tampak jelas dalam pilihan raya kampus di universiti malaya ini.
kita tidak mahu menghancurkan semangat perpaduan yang telah kita bina di universiti malaya ini.usah bicara,mengenai perpaduaan kaum di dalam kampus ini jika perpaduaan sesama bangsa melayu sendiri berpecah belah.saling fitnah-meminah,kata-mengata dan sebagainya mencerminkan mahasiswa yang hanya mementingkan emosi daripada kewarasan akal fikiran.
kita tidak mahu mahasiswa berpecah belah akibat daripada perbezaan ideologi ini.mahasiswa seharusnya bersatu dalam menyatakan pendirian mereka mengenai isu-isu utama dan penting seperti peperangan di GAZA,isu palestin,masalah ekonomi dan sebagainya.
kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan sepatutnya lebih bersikap akademik dan fikiran yang futuristik.jangan hanya kenyataan yang mahasiswa keluarkan itu bakal mengundang bencana yang parah ke atas intitusi mahasiswa itu sendiri.kita tidak mahu lihat mahasiswa berpecah...kita mahu seluruh mahasiswa bersatu......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan