Selamat datang ke blog Smart Generation kami menyediakan pelbagai jenis barangan untuk anda pilih dengan harga berpatutan! kepuasan anda keutamaan kami!.Jangan lupa untuk follow blog ini ok..:-)..SMART GENERATION MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Jumaat, 2 Januari 2009

master kolejku

salam.
hari ini saya ingin menceritakan sedikit mengenai perbualan saya tadi bersama master kolej kediaman kesebelas um iaitu Dr Abdul Jalil Othman di pejabatnya petang tadi.pada mulanya saya berjumpa dengannya mengenai urusan projek kami,iaitu kelab fasilitator yang akan mengadakan 4 projek pada tahun ini iaitu YOGURT dan FUYOOH...yang akan diadakan di sek keb sri petaling,VIOVA dan XPLORA yang kan diadakan di smk victoria dan smk teknik gombak.

saya berkesempatan untuk berborak sebentar dengan master selepas perbincangan mengenai projek kami.sememangnya master kolej kami ini sangat baik dan peramah serta banyak menjawab pertanyaan kami tadi.sebagai pengenalan master kami ini seorang yang sangat berjaya.dalam usianya yang muda dia telah berjaya mencapai segala impiannya.sebelum umurnya memasuki 30 tahun beliau telah berjaya memiliki rumah banglo dan kereta mercedez.impianya untuk menjadi seorang penulis juga berjaya.beliau telah menghasilkan lebih daripada 150 buah buku dan juga menulis untuk buku2 teks yang digunakan di sekolah sekarang serta di majalah.sememangnya hasil daripada penulisanya dia telah berjaya menjadi seorang yang jutawan.

diceritakan mengenai pengalamannya sememangnya beliau bermula daripada susah,kerjaya pertama beliau adalah seorang guru.dan beliau memegang azam dan cita2 untuk terus berjaya.beliau telah melanjutkan pelajaranya sehingga ke peringkat doktor falsafah iaitu phd.kunci kejayaannya ialah tekun apabila ingin melakukan sesuatu.apabila beliau ingin menulis karyanya beliau memerlukan satu bilik yang sangat tenang dan katanya karya yang ditulis dalam masa 10 minit boleh mendapat duit sehingga 500 ringgit.walupun sibuk dengan tugas tetapi beliau boleh melakukan banyak perkara.seorang yang minat bermain golf.separuh daripada dunia ini pernah beliau lawati.pada 7 hb januari ni beliau akan bertolak ke jepun untuk menjadi tetamu di sebuah universiti di terkemuka jepun iaitu university of tokyo.ini masuk kali kelima beliau pergi ke jepun.negara yang paling diminati olehnya ialah england tetapi baginya malaysia adalah sangat sangat bagus.

anak beliau juga semuanya berjaya.seorang bakal bergelar doktor dan seorang lagi akan ke jepun untuk meneruskan pengajian dalam bahasa jepun.sememangnya kejayaan bukanlah sesuatu yang mudah.tetapi memerlukan kesungguhan.itulah kunci utama beliau.``be your self``dan`` jadikan diri kamu sebagai hamba kamu sendiri``itu kata-katanya yang masih terngiang-ngiang di telinga saya.beliau hanya tidur 2 jam sehari,masa selebihnya digunakan untuk membaca dan menyiapkan tugasan beliau.sememangnya beliau telah berjaya mencapai impiannya.harapan saya moga saya juga boleh berjaya seperti beliau suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

CARI ITEM PILIHAN ANDA DI SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BORANG TEMPAHAN ONLINE (LENGKAPKAN SELEPAS PEMBAYARAN DI BUAT SAHAJA)

Powered by 123ContactForm | Report abuse