salam.
hari ini asri belajar mengenai analisis kompetensi keusahawanan diri yang perlu ada dalam diri seorang usahawan.antara sikap yang perlu ada ialah inisiatif,melihat dan merebut peluang,kecekalan,mencari maklumat,menitikberatkan mutu kerja yang tinggi,komoitmen terhadap perjanjian kerja,berorientasikan kecekapan,membuat perancangan yang sistematik,menyelesaikan masalah,keyakinan diri,ketegasan,menyakinkan orang lain dan menggunakan strategi pengaruh
banyak faktor yang mempengaruhi untuk melahirkan seorang usahawan yang berjaya,tetapi perkara paling penting ialah mengenai sikap dan keyakinan diri.seorang usahawan yang hanya merancang tetapi tidak mampu mengimplimentasikan dalam bentuk kejayaan sangat merugikan kerana perancangan yang hebat tetapi tidak dilaksanakan menyebabkan perahan pemikiran dan idea yang bernas itu tidak digunakan dengan sebaiknya.
tetapi berbeza pula bagi mereka yang tidak mempunyai idea dan pemikiran yang baik kearah usaha meningkatkan perniagaan,tetapi pandai mengeksploitasikan idea dan pemikiran orang lain dalam bentuk yang lebih sistematik dan dinamik akan membuahkan kejayaan.oleh itu jangan kita pandang serong kepada mereka yang tidak boleh berfikir dengan baik,kerana kemungkinan mereka bijak menggunakan pemikiran kita untuk berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan