salam kepada semua.
tengah malam semalam asri telah menceritakan mengenai bas shuttle di um.alhamdullilah hari ini asri telah bertemu dengan ketua pemantau operasi bas um dan mendapat sedikit penjelasan daripadanya.menurutnya sememangnya masalah bas shuttle dalam um ni belaku apabila pihak pentadbiran um telah memberi keistimewaan kepada pelajar um untuk tidak membayar bulanan bas um ini,tetapi di berikan secara percuma serta terdapat arahan supaya pelajar tahun 1 dan 2 tidak dibenarkan membawa kenderaan,sebelum ini masalah bas shuttle ini tidak belaku.
menurutnya semua bas yang ada di um ini sebanyak 19 buah dan ada diantaranya sedang dibaik pulih di bengkel.di samping itu,kekurangan pemandu juga menjadi punca kepada masalah ini.
menurutnya untuk menampung ribuan pelajar di um ini sememangnya akan belaku masalah.menurutnya lagi,mungkin ada di kalangan pekerja yang bercuti.jadi sebagai pelajar kita tidak boleh menuduh sebarangan kepada para pemandu ini.pihak pentadbiran um sepatutnya mengetahui perkara ini.
bukan sahaja kepada pelajar,tetapi kepada permasalahan pekerja bas ini,menurutnya jika ada pemandu yang mencukupi dan bas yang banyak mungkin masalah ini dapat di atasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan